BTC USD 85,272.9 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

Membangunkan Masjid


عَنْ عُثْمَانِ بْنَ عَفَّانَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَقُولُ مَنْ بَنَى مَسْجِدًا لِلَّهِ بَنَى اللَّهُ لَهُ فِي الْجَنَّةِ مِثْلَهُ

Dari Utsman bin Affan ra dia berkata; Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa yang membangun masjid ikhlas karena Allah
maka Allah akan membangunkan baginya yang serupa dengannya di surga.”
Riwayat Muslim


bird-wallpaper-1920x1080-044_zpshfgoit8q.jpg
 
dilarang mendirikan masjid di atas tanah kubur


عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ أُمَّ حَبِيبَةَ وَأُمَّ سَلَمَةَ ذَكَرَتَا كَنِيسَةً رَأَيْنَهَا بِالْحَبَشَةِ فِيهَا
تَصَاوِيرُ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
إِنَّ أُولَئِكِ إِذَا كَانَ فِيهِمْ الرَّجُلُ الصَّالِحُ فَمَاتَ بَنَوْا عَلَى قَبْرِهِ مَسْجِدًا
وَصَوَّرُوا فِيهِ تِلْكِ الصُّوَرَ أُولَئِكِ شِرَارُ الْخَلْقِ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Dari ‘Aisyah r.a. bahwa Ummu Habibah dan Ummu Salamah menceritakan
kepada Rasulullah s.a.w. mengenai sebuah gereja yang mereka lihat di negeri Habasyah,
di dalam gereja itu terdapat gambar-gambar.
Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Sesungguhnya mereka itu apabila di antara mereka terdapat
orang yang soleh yang meninggal maka mereka pun membangun
di atas kuburnya sebuah masjid/tempat ibadah dan mereka
memasang di dalamnya gambar-gambar untuk mengenang orang-orang soleh tersebut.
Mereka itu adalah makhluk yang paling buruk di sisi Allah pada hari kiamat kelak.”
Riwayat Muslim


_73820506_mikerawlingsbbc_zps8c5zk9km.jpg
 
minuman yang dihinggapi lalat


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم
قَالَ إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ كُلَّهُ
ثُمَّ لْيَطْرَحْهُ فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ شِفَاءً وَفِي الآخَرِدَاءً

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda : "Apabila lalat hinggap dalam minuman salah seorang di antara kamu
maka celupkanlah seluruh (tubuhnya), kemudian angkatlah lalat itu
kerana pada salah satu sayapnya mengandungi penawar dan
yang lainnya mengandungi penyakit
Hadis sahih riwayat Ahmad , Bukhari, Abu Daud dan Ibnu Majjah


411713-beautiful-birds-lavender-and-blue-bird_zps5n3gpjnt.jpg
 
memberi nafkah


عَنْ سَعْدٍ بِنْ أَبِيْ وَقَّاصٍ
أَنَّ رَسُول اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
قَالَ إِنَّكَ لَنْ تُنْفِقَ نَفَقَةً تَبْتَغِيْ بِهَا
وَجْهَ اللهِ اِلا أُخِرْتَ عَلَيْهَا
حَتّى مَا تَجْعَلُ فِى آمْرَأَتِكَ

Dari Saad bin Abu Waqqas r.a.
bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda
"Sesungguhnya kamu tidaklah memberikan sesuatu nafkah yang
dengan itu kamu mengharap keredhaan Allah, melainkan
kamu diberikan pahala atas nafkah yang kemu berikan itu,
sehingga sesuatu yang kamu berikan untuk makanan isterimu
yakni memberi nafkah makanan kepada isteri itupun ada pahalanya.
Hadis sahih riwayat Bukhari


12192010_Picture_Yellow_Backed_Weaver_Bird_at_Bukakata_DD_zpswqpp7onu.jpg
 
tikus masuk dalam makanan


‏عَنْ ‏ ‏مَيْمُونَةَ ‏ ‏أَنَّ النَّبِيَّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
‏سُئِلَ عَنْ فَأْرَةٍ سَقَطَتْ فِي سَمْنٍ فَقَالَ ‏ ‏خُذُوهَا وَمَا حَوْلَهَا فَاطْرَحُوهُ

Dari Maimunah bahawa sesungguhnya Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam
pernah ditanya mengenai seekor tikus yang jatuh ke dalam minyak sapi,
kemudian beliau sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab:
” Ambil saja tikus itu, juga minyak yang ada di sekelilingnya supaya kamu buangkan,
jadi minyak sapi yang masih ada di bekasnya itu tetap suci dan boleh dimakan.”
Hadis sahih riwayat Bukhari


bird-sightings-merlin_zpsflywji63.jpg
 
dilarang buang air mengadap qiblat


عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولُ الله
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم قَالَ
اِذَا جَلَسَ أَحَدُكُم عَلَى حَاجَتِةِ
فَلاَ يَسْتَقْبِلِ الْقِبْلَةَ وَلا يَسْتَدْبِرْهَا

Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Bersabda
Rasulullah s.a.w. : "Apabila kamu duduk akan buang
air maka janganlah menghadap/membelakangi qiblat
Hadis sahih riwayat Muslim


bird-wallpaper_zpsiv9qle5a.jpg
 
salam


عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَجُلا مَرَّوَ رَسُول اللهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم يَبُولُ فَسَلَّمَ فَلَمْ يَرُدُّ عَلَيْهِ
Dari Ibnu Umar r.a. katanya : Bahawasanya seorang leleki lewat pada
Rasulullah s.a.w. dan beliau sedang buang air kecil, lalu lelaki itu
memberi salam kepada beliau tetapi tidak dijawabnya.
Hadis sahih riwayat Muslim


bluebird_2_zpsbexnccrx.jpg
 
cemas jika awan menurunkan siksaan


عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم
تَقُوْلُ كَانَ رسول الله صلى الله عليه وسلم
اِذَا كَانَ يَوْمُ الرِّيْحِ وَالْغَيْمِ عُرِفَ ذَلِكَ فِى وَجْهِهِ
وَاَقْبَلَ وَاَدْبَرَ فَاِذَا مَطَرَتْ سُرَّبِهِ وَذَهَبَ عَنْهُ
ذََلِكَ قَالَتْ عَائِشَةُ فَسَاَلْتُهُ فَقَالَ إِنِّى خَشِيْتُ
أَنْ يَكُونَ عَذَابًا سُلِّطَ عَلَى اُمَّتِى
وَيَقُوْلُ اِذَا رَأىَ الْمَطَرَ رَحْمَةًٌ

Dari 'Aisyah isteri Nabi s.a.w. katanya :
"Rasulullah s.a.w. pernah di waktu angin kencang bertiup atau ada awan tebal
tampak cemas dimuka beliau dan berjalan ke hilir mudik,
tetapi setelah hujan turun beliau gembira kerananya dan hilang cemas beliau
Kata 'Aisyah : "Sebab itu saya menanyakan kepada beliau."
Dijawabnya : "Sesungguhnya aku cemas kalau (awan tebal)
itu siksaan yang ditimpakan kepada umatku.
"Setelah melihat hujan, beliau mengucapkan : "Inilah rahmat!"
Hadis sahih riwayat Muslim


hummingbird_zpslztbonar.jpg
 
Mimpi buruk dan mimpi baik



عَنْ أَبِي سَلَمَةَ قَالَ كُنْتُ أَرَى الرُّؤْيَا أُعْرَى مِنْهَا غَيْرَ أَنِّي لَا أُزَمَّلُ
حَتَّى لَقِيتُ أَبَا قَتَادَةَ فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لَهُ
فَقَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَقُولُ الرُّؤْيَا مِنْ اللَّهِ وَالْحُلْمُ مِنْ الشَّيْطَانِ
فَإِذَا حَلَمَ أَحَدُكُمْ حُلْمًا يَكْرَهُهُ
فَلْيَنْفُثْ عَنْ يَسَارِهِ ثَلَاثًا وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ
مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا لَنْ تَضُرَّهُ

و حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عُمَرَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ مَوْلَى آلِ طَلْحَةَ
وَعَبْدِ رَبِّهِ وَيَحْيَى ابْنَيْ سَعِيدٍ وَمُحَمَّدِ بْنِ عَمْرِو بْنِ عَلْقَمَةَ
عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي قَتَادَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
مِثْلَهُ وَلَمْ يَذْكُرْ فِي حَدِيثِهِمْ قَوْلَ أَبِي سَلَمَةَ كُنْتُ أَرَى الرُّؤْيَا أُعْرَى مِنْهَا غَيْرَ أَنِّي لَا أُزَمَّلُ
و حَدَّثَنِي حَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي يُونُسُ ح
و حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ وَعَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ قَالَا أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ
أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ كِلَاهُمَا عَنْ الزُّهْرِيِّ بِهَذَا الْإِسْنَادِ
وَلَيْسَ فِي حَدِيثِهِمَا أُعْرَى مِنْهَا وَزَادَ فِي حَدِيثِ يُونُسَ
فَلْيَبْصُقْ عَلَى يَسَارِهِ حِينَ يَهُبُّ مِنْ نَوْمِهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ

رَوَاهُ مُسْلِمٌ


Dari Abu Salamah dia berkata; 'Aku bermimpi sesuatu yang menyebabkan aku sakit
dan waktu itu aku tidur tanpa selimut. Lalu aku bertemu dengan Abu Qatadah
lalu aku menyampaikan hal itu kepadanya hingga kemudian dia berkata;
"Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mimpi yang baik datang dari Allah
dan mimpi yang buruk datang dari syaitan.
Apabila kamu bermimpi sesuatu yang tidak kamu senangi,
maka meludahlah ke kiri tiga kali, kemudian berlindunglah kepada Allah
dari bahaya kejahatannya, niscaya dia tidak akan membahayakan.

Dan telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu 'Umar;
Telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Muhammad bin 'Abdur Rahman
-seorang budak dari keluarga- Thalhah dan 'Abdu Rabbih
dan Yahya Ibnu Sa'id dan Muhammad bin 'Amru bin 'Alqamah
dari Abu Salamah dari Abu Qatadah dari Nabi s.a.w. dengan Hadith yang serupa.
Namun dia tidak menyebutkan perkataan Abu Salamah.
Dan telah menceritakan kepadaku Harmalah bin Yahya;
Telah mengabarkan kepada kami Ibnu Wahb; Telah mengabarkan kepadaku Yunus;
Demikian juga diriwayatkan dari jalur lainnya,
Dan telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Ibrahim dan 'Abdu bin Humaid keduanya berkata;
Telah mengabarkan kepada kami 'Abdur Razaq;
Telah mengabarkan kepada kami Ma'mar keduanya dari Az Zuhri melalui jalur ini.
Dan di dalamnya tidak ada perkataan Abu Salamah.
Di dalam Hadith Yunus ada tambahan;
'Maka meludahlah ke kiri ketika dia bangun tidur sebanyak tiga kali.'

Riwayat Muslim


quail_zps0cuhriad.jpg
 
sikap ghibthah dalam ilmu


عَنْ عَبْدِاللهِ بْنُ مَسْعُودُ قَالَ
آلنَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
لا حَسَدَ اِلا فِى آثْنَتَيْنِ
رَجُلٌ آتَاهُ اللهُ مَا لا فَسُلِّطَ عَلَى هَلَكَتِهِ فِى الحَقِّ
وَرَجُلٌ آتَاهُ الْحِكْمَةَ فَهُوَ يَقْضِي بِهَا وَيَعُلِّمُهَا

Dari Abdullah bin Masud r.a. katanya :
"Tidak boleh ada kedengkian dalam hati setiap muslim dan mukmin
melainkan dua macam, iaitu orang yang dikurniakan oleh Allah
akan harta , kemudian ia menggunakannya sampai habis
pada jalan kebenaran dan orang yang dikurniakan Allah kebijaksanaan
kemudian memutuskan dengan bijak terhadap segala hal
yang dihadapi dan ia suka mengajarkannya
Hadis sahih riwayat Bukhari


robin_red_breast_bird_on_log3_zpsguxojnap.jpg
 
Back
Top
Log in Register