Dari Utsman bin Affan ra dia berkata; Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa yang membangun masjid ikhlas karena Allah
maka Allah akan membangunkan baginya yang serupa dengannya di surga.”
Riwayat Muslim
Dari ‘Aisyah r.a. bahwa Ummu Habibah dan Ummu Salamah menceritakan
kepada Rasulullah s.a.w. mengenai sebuah gereja yang mereka lihat di negeri Habasyah,
di dalam gereja itu terdapat gambar-gambar.
Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Sesungguhnya mereka itu apabila di antara mereka terdapat
orang yang soleh yang meninggal maka mereka pun membangun
di atas kuburnya sebuah masjid/tempat ibadah dan mereka
memasang di dalamnya gambar-gambar untuk mengenang orang-orang soleh tersebut.
Mereka itu adalah makhluk yang paling buruk di sisi Allah pada hari kiamat kelak.”
Riwayat Muslim
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم
قَالَ إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ كُلَّهُ
ثُمَّ لْيَطْرَحْهُ فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ شِفَاءً وَفِي الآخَرِدَاءً
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda : "Apabila lalat hinggap dalam minuman salah seorang di antara kamu
maka celupkanlah seluruh (tubuhnya), kemudian angkatlah lalat itu
kerana pada salah satu sayapnya mengandungi penawar dan
yang lainnya mengandungi penyakit
Hadis sahih riwayat Ahmad , Bukhari, Abu Daud dan Ibnu Majjah
Dari Saad bin Abu Waqqas r.a.
bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda
"Sesungguhnya kamu tidaklah memberikan sesuatu nafkah yang
dengan itu kamu mengharap keredhaan Allah, melainkan
kamu diberikan pahala atas nafkah yang kemu berikan itu,
sehingga sesuatu yang kamu berikan untuk makanan isterimu
yakni memberi nafkah makanan kepada isteri itupun ada pahalanya.
Hadis sahih riwayat Bukhari
Dari Maimunah bahawa sesungguhnya Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam
pernah ditanya mengenai seekor tikus yang jatuh ke dalam minyak sapi,
kemudian beliau sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab:
” Ambil saja tikus itu, juga minyak yang ada di sekelilingnya supaya kamu buangkan,
jadi minyak sapi yang masih ada di bekasnya itu tetap suci dan boleh dimakan.”
Hadis sahih riwayat Bukhari
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Bersabda
Rasulullah s.a.w. : "Apabila kamu duduk akan buang
air maka janganlah menghadap/membelakangi qiblat
Hadis sahih riwayat Muslim
عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَجُلا مَرَّوَ رَسُول اللهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم يَبُولُ فَسَلَّمَ فَلَمْ يَرُدُّ عَلَيْهِ
Dari Ibnu Umar r.a. katanya : Bahawasanya seorang leleki lewat pada
Rasulullah s.a.w. dan beliau sedang buang air kecil, lalu lelaki itu
memberi salam kepada beliau tetapi tidak dijawabnya.
Hadis sahih riwayat Muslim
عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم
تَقُوْلُ كَانَ رسول الله صلى الله عليه وسلم
اِذَا كَانَ يَوْمُ الرِّيْحِ وَالْغَيْمِ عُرِفَ ذَلِكَ فِى وَجْهِهِ
وَاَقْبَلَ وَاَدْبَرَ فَاِذَا مَطَرَتْ سُرَّبِهِ وَذَهَبَ عَنْهُ
ذََلِكَ قَالَتْ عَائِشَةُ فَسَاَلْتُهُ فَقَالَ إِنِّى خَشِيْتُ
أَنْ يَكُونَ عَذَابًا سُلِّطَ عَلَى اُمَّتِى
وَيَقُوْلُ اِذَا رَأىَ الْمَطَرَ رَحْمَةًٌ
Dari 'Aisyah isteri Nabi s.a.w. katanya :
"Rasulullah s.a.w. pernah di waktu angin kencang bertiup atau ada awan tebal
tampak cemas dimuka beliau dan berjalan ke hilir mudik,
tetapi setelah hujan turun beliau gembira kerananya dan hilang cemas beliau
Kata 'Aisyah : "Sebab itu saya menanyakan kepada beliau."
Dijawabnya : "Sesungguhnya aku cemas kalau (awan tebal)
itu siksaan yang ditimpakan kepada umatku.
"Setelah melihat hujan, beliau mengucapkan : "Inilah rahmat!"
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Abu Salamah dia berkata; 'Aku bermimpi sesuatu yang menyebabkan aku sakit
dan waktu itu aku tidur tanpa selimut. Lalu aku bertemu dengan Abu Qatadah
lalu aku menyampaikan hal itu kepadanya hingga kemudian dia berkata;
"Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mimpi yang baik datang dari Allah
dan mimpi yang buruk datang dari syaitan.
Apabila kamu bermimpi sesuatu yang tidak kamu senangi,
maka meludahlah ke kiri tiga kali, kemudian berlindunglah kepada Allah
dari bahaya kejahatannya, niscaya dia tidak akan membahayakan.
Dan telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu 'Umar;
Telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Muhammad bin 'Abdur Rahman
-seorang budak dari keluarga- Thalhah dan 'Abdu Rabbih
dan Yahya Ibnu Sa'id dan Muhammad bin 'Amru bin 'Alqamah
dari Abu Salamah dari Abu Qatadah dari Nabi s.a.w. dengan Hadith yang serupa.
Namun dia tidak menyebutkan perkataan Abu Salamah.
Dan telah menceritakan kepadaku Harmalah bin Yahya;
Telah mengabarkan kepada kami Ibnu Wahb; Telah mengabarkan kepadaku Yunus;
Demikian juga diriwayatkan dari jalur lainnya,
Dan telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Ibrahim dan 'Abdu bin Humaid keduanya berkata;
Telah mengabarkan kepada kami 'Abdur Razaq;
Telah mengabarkan kepada kami Ma'mar keduanya dari Az Zuhri melalui jalur ini.
Dan di dalamnya tidak ada perkataan Abu Salamah.
Di dalam Hadith Yunus ada tambahan;
'Maka meludahlah ke kiri ketika dia bangun tidur sebanyak tiga kali.'
Dari Abdullah bin Masud r.a. katanya :
"Tidak boleh ada kedengkian dalam hati setiap muslim dan mukmin
melainkan dua macam, iaitu orang yang dikurniakan oleh Allah
akan harta , kemudian ia menggunakannya sampai habis
pada jalan kebenaran dan orang yang dikurniakan Allah kebijaksanaan
kemudian memutuskan dengan bijak terhadap segala hal
yang dihadapi dan ia suka mengajarkannya
Hadis sahih riwayat Bukhari