BTC USD 85,272.9 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

wanita yang solehah


عَنْ عَبْدِالله بْنِ عَنْرٍ وَقَالَ
قَلَ رَسُولُ الله صلعم
الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرأَةُ الصَّالِحَةُ

Dari Abdullah b Amru katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
Dunia ini barang yang berguna (menyenangkan) dan barang berguna yang paling baik
ialah wanita yang solehah
Hadis sahih riwayat Muslim


white-flower-1_zps9vir6kgj.jpg
 
tiada larangan wanita berjamaah ke masjid


عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ سَمِعْتُ
رَسًولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
يَقُولُ لاَ تَمْنَعُوا نِسَاءَ كُمُ الْمَسَاجِدَ
اِذَا اسْتَأْذَنَّكُم اِلَيْهَا

Dari Abdullah bin Umar r.a. katanya : "Saya dengar akan
sabda Rasulullah s.a.w. katanya : "Janganlah kamu larang wanita
berjamaah ke masjid jika mereka minta izin lebih dahulu kepadamu".
Hadis sahih riwayat Muslim


Wild_Petunia_Blue_Flower_1_zpss0ujvqvv.jpg
 
Last edited:
mendidik wanita dengan hikmah.


عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ قَال َقَالََ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
اِنَّ الْمَرْأَةَ كا لضِّلَعِ اِذَا ذَهَبْتَ تَقِيمُهَا كَسَرْتَه
َاِنْ تَرَكْتَهَا اِسْتَمْتَعتَ بِهَا وَفِيْهَا عِوَجٌ

Dari Abu Hurairah r.a. Katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Sesungguhnya kaum wanita itu bagai tulang rusuk.
Kalau engkau berusaha untuk meluruskannya (dengan keras)
akibatnya engakau mematahkannya dan kalau engkau biarkan
dapat engkau pergunakan, sedangkan dia tetap bengkok."
Hadis sahih riwayat Muslim


yellow-flower%202_zpsgxqlyc5n.jpg
 
wanita dijadikan dari tulang rusuk


وَعَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رضى الله عنه قَالَ:
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم:
اسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا،
فَإِنَّ الْمَرْأَةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلَعٍ،
وَإِنَّ أَعْوَجَ مَا فِى الضِّلَعِ أَعْلَاهُ،
فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيْمُهُ كَسَرْتَهُ،
وَإِنْ تَرَكْتَهُ لَمْ يَزَلْ أَعْوَجَ، فَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. ia berkata,
“Telah bersabda Rasulullah s.a.w:
“Berwasiatlah kalian terhadap para wanita dengan wasiat yang baik.
Sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk,
dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bagian atasnya.
Oleh karena itu jika kamu meluruskannya dengan paksa
maka kamu akan mematahkannya,
akan tetapi jika kamu biarkan maka ia akan tetap bengkok,
maka berwasiatlah kamu terhadap para wanita dengan wasiat yang baik”.
Muttafaq ‘alaih HR: Bukhari dan Muslim


3850b1bf67efed5a8d9bb729624f577a_zpsvwqm3y1b.jpg
 
tidak boleh kahwin saudara sesusuan


عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ زَوْجِ النَّبِى صلعم
تَقُولُ قِيْلَ لِرَسُولُ اللهِ صلعم
أَيْنَ أَنْتَ يَا رَسُولُ اللهِ عَنِ ابْنَةِ حَمْزَةَ
أَوْ قِيْلَ أَلا تَخْطُبُ بِنْتَ حَمْزَةَ بْنِ عَبْدِالْمُطَّلِبِ
قَالَ اِنَّ حَمْزَةَ أَخِى مِنَ الرَّضَاعَةِ

Dari Ummu Salamah isteri Nabi s.a.w. :
"Ditanyakan orang kepada Rasulullah s.a.w. :
"Adakah engkau ingin ya Rasulullah mengahwini puteri Hamzah?
atau ditanyakan : "Mengapakah engkau tidak hendak meminang
puteri Hamzah bin Abdul Muttalib? Nabi s.a.w. menjawab :
"Sesungguhnya Hamzah saudara sesusu dengan aku"
Hadis sahih riwayat Muslim


africanjadepalmstones_zpsexp04vaz.jpg
 
larangan memakai haruman ke masjid


عَنْ أبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
أَيُّمَا آمْرَاَةٍ أَصَابَتْ بَخُوْرًا فَلا تَشْهَدْ
مَعَنَا الْعِشَاءَ الاخِرَةَ

Dari Abu Hurairah r.a. berkata :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Wanita mana saja yang memakai harum-haruman,
maka janganlah ia hadir bersama-sama kami menunaikan sembahyang Isya'
Hadis sahih riwayat Muslim


alexandrite3_zpsxspoqtd8.jpg
 
melarang wanita berwangian ke masjid


عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيْدٍ عَنْ عُمْرَةَ عَنْ عَائِشَةَ
قَالَتْ لَو اَدْرَكَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
مَا اَحَدَثَ النِّسَاءُ لَمَنَعَهُنَّ كَمَا مُنِعَتْ نِسَاءُ
بَنِى اِسْرَائِيْلَ قُلتُ لِعُمْرَةَ اَوَ مُنِعْنَ قَالَتْ نَعَمْ

Dari Yahya bin Said dari 'Amrah dari Aisyah r.a. katanya :
"Andaikata Rasulullah s.a.w. menemui apa yang dilakukan
oleh perempuan kini , kalau ke masjid sama mengadakan
berbagai macam hiasan mengenakan wangi-wangian dan
lain-lain hal yang menimbulkan syahwat bagi kaum lelaki
nescaya beliau s.a.w melarang mereka untuk pergi itu
sebagaimana kaum perempuan Bani Israil juga dilarang".
Aku bertanya (kepada Amrah bt Abdurrahman):
"Apakah kaum perempuan Bani Israil itu dilarang sebab
berbuat demikian itu?" Ia menjawab : "Ya, benar begitu"
Hadis sahih riwayat Bukhari


amethyst_zpsnvxiyrd8.jpg
 
wanita masuk syurga


عَنْ عَبدُالرَّحْمَن بن العوف
اَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ قَالَ
اِذَا صَلَّتِ الْمِرَأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا
وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَاطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيْلَ لَهَا
أُدْ خُلِى الْجَنَّةَ مِنْ اَيِّ اَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ

Dari Abdurrahman bin Auf bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Jika perempuan mengerjakan solat yang lima ,
puasa Ramadhannya , memelihara kehormatannya
dan taat kepada suaminya maka akan dikatakan kepadanya
masuklah ke dalam syurga dari pintu yang mana saja engkau suka
Hadis riwayat Ahmad dan Thabarani


Apollo_synthetic_diamond_zpsgihxnunl.jpg
 
menutup aurat


عَنْ بَهْزِ بْنِ حَلِيمٍ عَنْ اَبِيْهِ عَنْ جَدِّهِ
قَالَ قُلتُ يَا رَسُولُ الله عَوْرَتَنَا مَا تَأتِى مِنْهَا وَمَا تَدَّرُ؟
قَالَ اِحْفَظْ عَورَتَكَ اِلا مِن زَوْجَتِلَ اَوْ مَا مَلَكَتْ يَمِينُلَ
قُلتُ فَاِذَا كَانَ الْقَومُ بَعْضُهُمْ فِى بَعْضٍ؟
قَالَ اِنِ اسْتَطَعْتَ اَنْ لا يَرَا هَا اَحَدً فَلا يَرَيْنَهَا
قَلْتُ فَاِذَا كَانَ اَحَدُنَا خَالِيًا؟
قَالَ فَالله تَبَرَكَ وَتَعَالَى اَحَقُّ اَنْ يُسْتَحْيى مِنْهُ

Dari Bahz bin Hakim dari ayahya ,dari datuknya, ia berkata
Aku bertanya : "Ya Rasulullah , mana aurat-aurat yang harus kami tutup
dan kami biarkan? Nabi s.a.w. menjawab :
"Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu dan hamba-hambamu"
Aku berkata (Bagaimana) kalau kaum itu sebahagian mereka bercampur
dengan sebahagian? Nabi s.a.w. menjawab:
Kalau engkau dapat yang sekiranya seorang itu pun tidak melihatnya
maka janganlah ia sekali-kali melihatnya.
Aku bertanya : "Bagaimana kalau salah seorang itu kami sendiri?"
Nabi menjawab :
"Allah itu lebih berhak dimalui"
Hadis riwayat Iman yang lima kecuali Nasai


black-opal_zpsjekyv1bn.jpg
 
kewajiban menutup aurat


عَنْ عَائِشَةَ اَنَّ النَّبِي صلى الله عليه وسلم
قَالَ لا يَقْبَلُ الله صَلاةَ حَائِضٍ اِلا بِخِمَارٍ

Dari Aisyah r.a. bahawa Nabi s.a.w. besabda :
"Allah tidak menerima sembahyang perempuan yang sudah baligh
kecuali dengan memakai tudung.
Hadis riwayat Imam yang lima kecuali Nasai


bloodstone-pillow_zpskxxfoe68.jpg
 
Back
Top
Log in Register