Dari Ibnu Shibhab bahawa Sahal bin Saad Al Anshari menceritakan kepadanya
"Ada seorang laki-laki yang menengok kamar Rasulullah s.a.w. dari pintu,
sedang Rasulullah s.a.w. mengatakan kepadanya : Kalau aku tahu
bahawa engkau melihat-lihat, nescaya ku tusuk mata engkau dengan ini.
Sesungguhnya Allah menyuruh minta izin (masuk) kerana melihat."
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda : Sesiapa yang mengintip di rumah orang
dengan tiada izin yang punya rumah,
maka sesungguhnya halal bagi mereka mencungkil matanya
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Abdullah bin 'Amr, katanya :
Bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w. katanya :
"Perbuatan apakah yang sebaik-baiknya dalam Islam?"
Jawab Rasulullah s.a.w. : "Mendermakan makanan dan memberi salam kepada
orang yang engkau kenal dan belum engkau kenal."
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Tidaklah akan masuk syurga barangsiapa yang jirannya tidak aman dari bahayanya."
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari Kiamat
maka hendaklah ia berkata baik atau diam saja
Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari Kiamat
maka hendaklah ia memuliakan jirannya
Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari Kiamat
maka hendaklah ia memuliakan tetamu".
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Dua pekerjaan menyebabkan kekafiran ; merendahkan keturunan orang lain
dan menjerit-jerit meratapi mayat."
Hadis sahih riwayat Muslim
عَنْ عبد الله بن عُمْرِو بْنِ العَاصِ يَقُولُ اِنَّ رَجُلا
سَأَلَ رَسُولُ الله صَلَّى عَلَيْهِ وَسَلَّن
أَتَى الْمُسلِمِيْنَ خَيْرٌ قَالَ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنَ لِسَانِهِ وَيَدِهِ
Dari Abdullah bin Amr bin Ash katanya: Bertanya seorang lelaki
kepada Rasulullah s.a.w. : "Siapakah yang terbaik di antara kaum muslimin ini?"
Jawab Rasulullah s.a.w. : "Ialah kaum muslimin yang terhindar dari bencana lidah dan tangannya"
Dari Abdullah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda : Hai para pemuda ! Siapa
di antra kamu yang sanggup memikul tanggung jawab perkahwinan,
hendaklah dia berkahwin, kerana perkahwinan itu menahan pandangan
dan memelihara kesopanan (kesucian). Tetapi siapa yang tidak
sanggup, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu menahan nafsunya".
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Abu Said Al Khudri r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesungguhnya orang yang paling buruk keadaannya disisi Allah pada hari kiamat
ialah seorang lelaki yang bergaul rapat dengan isterinya,
dan isterinya bergaul rapat dengannya
dan kemudian lelaki itu menyiarkan rahsia isterinya."
Hadis sahih riwayat Muslim
ْDari Abdullah bin 'Umar r.a. katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w.:
"Hai kaum wanita, berdermalah kamu dan perbanyakkanlah meminta ampun,
kerana saya lihat jenismu yang terbanyak dari isi neraka.
Maka bertanya seorang wanita yang cerdik, katanya : "Ya Rasulullah,
apakah sebab kebanyakkan kami ahli neraka?" Jawab Rasulullah s.a.w. :
"Kaum wanita suka mencerca dan mudah melupakan jasa suami,
dan saya tidak melihat di antara orang-orang yang kurang pendandan dan agama
yang merusakkan jiwa seorang lelaki cerdik dan cermat , lebih dari kaum wanita"
Katanya pula: "Apakah yang dimaksudkan kurang pandangan dan kurang agama?"
Jawab Rasulullah s.a.w. : "Adapun yang dimaksudkan kurang pandangan ialah
kesaksian dua orang wanita sama dengan seorang lelaki,
dan wanita tidak sembahyang beberapa malam dan tidak berpuasa dibulan
Ramadhan , inilah maksud kurang agama".