BTC USD 84,857.0 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

memerangi orang yang enggan berzakat


حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ بْنِ مَسْعُودٍ
أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
قَالَ لَمَّا تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
وَكَانَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ وَكَفَرَ مَنْ كَفَرَ مِنْ الْعَرَبِ
فَقَالَ عُمَرُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ كَيْفَ تُقَاتِلُ النَّاسَ
وَقَدْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَقُولُوا لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
فَمَنْ قَالَهَا فَقَدْ عَصَمَ مِنِّي مَالَهُ وَنَفْسَهُ إِلَّا بِحَقِّهِ
وَحِسَابُهُ عَلَى اللَّهِ فَقَالَ وَاللَّهِ لَأُقَاتِلَنَّ مَنْ فَرَّقَ بَيْنَ الصَّلَاةِ وَالزَّكَاةِ
فَإِنَّ الزَّكَاةَ حَقُّ الْمَالِ
وَاللَّهِ لَوْ مَنَعُونِي عَنَاقًا كَانُوا يُؤَدُّونَهَا
إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
لَقَاتَلْتُهُمْ عَلَى مَنْعِهَا
قَالَ عُمَرُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فَوَاللَّهِ مَا هُوَ
إِلَّا أَنْ قَدْ شَرَحَ اللَّهُ صَدْرَ أَبِي بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فَعَرَفْتُ أَنَّهُ الْحَقُّ

Dari 'Ubaidullah bin Abdullah bin 'Utbah bin Mas'ud
bahawasanya Abu Hurairah r.a. berkata :
"Ketika Rasulullah s.a.w. wafat dan yang menjadi penggantinya (khalifah)
ialah Abu Bakar r.a. Ketika itu kembali menjadi kafirlah manusia yang
menyukai kekafiran yakni golongan dari bangsa Arab.
Kemudian Umar r.a. berkata :
"Bagaimanakan anda dapat anda memerangi untuk mengikis habis
orang banyak, padahal Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Aku diperintah untuk memerangi manusia, sehingga mereka
mengucapkan 'Tiada Tuhan yang disembah selain Allah'
Maka barang siapa yang mengucapkannya, maka benar-benar
telah terpelihara lah daripadaku perihal harta dan jiwanya,
melainkan dengan haknya yakni dengan hak Islam
-misalnya membunuh orang lain yang diharamkan hukumnya,
tidak mahu solat, mengeluarkan zakat pada hal sudah
berkewajiban dan lain-lain lagi -
dan hisabnya terserah kepada Allah"
(Jadi tujuan ucapan Umar r.a. itu telah menanyakan dasar apa
yang digunakan untuk memerangi kaum yang kembali kufur sepeninggalan
Nabi s.a.w. yang enggan mengeluarkan zakat itu)
Mendengar itu Abu bakar r.a. berkata :
"Demi Allah, Nescaya betul-betul akan kuperangi orang yang
memisah-misahkan antara solat dan zakat
(yakni yang suka mengerjakan solat , namun enggan berzakat
sebab sesungguhnya zakat hanya harta - jadi bagaimana solat hanya tubuh
Demi Allah, andaikata mereka menolak untuk memberikan
seekor kambing betina yang dahulunya mereka mahu memberikannya
kepada Rasulullah s.a.w. nescaya aku akan memeranginya sebab
menolak memberikan kepadaku sebagai khalifah"
Umar r.a. lalu berkata :
"Demi Allah , hal itu tiada lain hanyalah kerana Allah telah melapangkan dada
Abu Bakar r.a. yakni untuk memerangi orang-orang yang enggan memberikan
zakat itu. Akhirnya aku pun mengetahui bahawa Abu Bakar r.a. adalah
benar tindakannya"
Hadis sahih riwayat Bukhari


tefekkur-a_zps6wh370nd.jpg
 
mendokan pemberi sedekah


عَنْ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي أَوْفَى قَالَ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
إِذَا أَتَاهُ قَوْمٌ بِصَدَقَتِهِمْ قَالَ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِمْ
فَأَتَاهُ أَبِي أَبُو أَوْفَى بِصَدَقَتِهِ فَقَالَ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى آلِ أَبِي أَوْفَى

Dari Abdullah bin Abu Aufa r.a. katanya :
"Pernah Rasulullah s.a.w. apabila satu kaum datang membawa sedekah mereka
beliau mendoakan : "Ya Allah! Berilah mereka rahmat"
Abu Aufa datang membawa sedekahnya lalu beliau mendoakan :
"Ya Allah, berikanlah keluarga Abu Aufa rahmat"
Hadis sahih riwayat Muslim


Tesbih_zpscwcwdi0f.jpg
 
Rasulullah s.a.w. terima hadiah


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
كَانَ إِذَا أُتِيَ بِطَعَامٍ سَأَلَ عَنْهُ فَإِنْ قِيلَ هَدِيَّةٌ أَكَلَ مِنْهَا
وَإِنْ قِيلَ صَدَقَةٌ لَمْ يَأْكُلْ مِنْهَا

Dari Abu Hurairah r.a. (menceritakan)
"Bahawa Nabi s.a.w. apabila dihidangkan makanan kepada beliau
ditanyakan. Kalau dikatakan "Hadiah" beliau makan sebahagiannya
Tetapi kalau dikatakan "Sedekah", tidak beliau makan."
Hadis sahih riwayat Muslim


unnamed_zpsu9joyogm.png
 
Sedekah Nabi s.a.w. telah sampai


عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ قَالَتْ
بَعَثَ إِلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
بِشَاةٍ مِنْ الصَّدَقَةِ فَبَعَثْتُ إِلَى عَائِشَةَ مِنْهَا بِشَيْءٍ
فَلَمَّا جَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
إِلَى عَائِشَةَ قَالَ هَلْ عِنْدَكُمْ شَيْءٌ
قَالَتْ لَا إِلَّا أَنَّ نُسَيْبَةَ بَعَثَتْ إِلَيْنَا مِنْ الشَّاةِ
الَّتِي بَعَثْتُمْ بِهَا إِلَيْهَا قَالَ إِنَّهَا قَدْ بَلَغَتْ مَحِلَّهَا

Dari Ummu 'Athiah r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. mengirim kepada saya kambing sedekah.
Lalu bahagianya saya kirimkan kepada 'Aisyah.
Setelah Rasulullah s.a.w. datang kepada 'Aisyah
beliau bertanya : "Adakah kamu mempunyai makanan agak sedikit?
Aisyah menjawab : "Tidak ada, hanya Nusaibah (Ummu Athiah)
mengirimkan kepada kita kambing dari yang engkau kirimkan
kepadanya" beliau s.a.w. berkata :
"Sesungguhnya sedekah itu telah sampai ke tempatnya."
Hadis sahih riwayat Muslim


zikir_zpsmcsskzam.gif
 
pemberian kepada yang baru Islam


عَنْ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ
أَنَّ أُنَاسًا مِنْ الْأنْصَارِ قَالُوا يَوْمَ حُنَيْنٍ حِينَ أَفَاءَ اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ
مِنْ أَمْوَالِ هَوَازِنَ مَا أَفَاءَ فَطَفِقَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يُعْطِي رِجَالًا مِنْ قُرَيْشٍ الْمِائَةَ مِنْ الْإِبِلِ
فَقَالُوا يَغْفِرُ اللَّهُ لِرَسُولِ اللَّهِ يُعْطِي قُرَيْشًا وَيَتْرُكُنَا وَسُيُوفُنَا تَقْطُرُ مِنْ دِمَائِهِمْ
قَالَ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ
فَحُدِّثَ ذَلِكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
مِنْ قَوْلِهِمْ فَأَرْسَلَ إِلَى الْأَنْصَارِ
فَجَمَعَهُمْ فِي قُبَّةٍ مِنْ أَدَمٍ فَلَمَّا اجْتَمَعُوا جَاءَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَقَالَ مَا حَدِيثٌ بَلَغَنِي عَنْكُمْ
فَقَالَ لَهُ فُقَهَاءُ الْأَنْصَارِ أَمَّا ذَوُو رَأْيِنَا
يَا رَسُولَ اللَّهِ فَلَمْ يَقُولُوا شَيْئًا وَأَمَّا أُنَاسٌ مِنَّا حَدِيثَةٌ أَسْنَانُهُمْ
قَالُوا يَغْفِرُ اللَّهُ لِرَسُولِهِ يُعْطِي
قُرَيْشًا وَيَتْرُكُنَا وَسُيُوفُنَا تَقْطُرُ مِنْ دِمَائِهِمْ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَإِنِّي أُعْطِي رِجَالًا حَدِيثِي عَهْدٍ بِكُفْرٍ أَتَأَلَّفُهُمْ أَفَلَا تَرْضَوْنَ
أَنْ يَذْهَبَ النَّاسُ بِالْأَمْوَالِ وَتَرْجِعُونَ إِلَى رِحَالِكُمْ
بِرَسُولِ اللَّهِ فَوَاللَّهِ لَمَا تَنْقَلِبُونَ بِهِ خَيْرٌ مِمَّا يَنْقَلِبُونَ بِهِ
فَقَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ رَضِينَا
قَالَ فَإِنَّكُمْ سَتَجِدُونَ أَثَرَةً شَدِيدَةً فَاصْبِرُوا
حَتَّى تَلْقَوْا اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَإِنِّي عَلَى الْحَوْضِ قَالُوا سَنَصْبِرُ

Dari Anas bin Malik r.a. (menceritakan)
"Sesungguhnya beberapa orang dari kaum Ansar mengucapkan di hari perang Hunain
ketika Allah memberikan harta rampasan kepada Rasulullah s.a.w. dari kaum Hawazin
Lalu Rasulullah s.a.w. memberikan seratus ekor unta kepada beberapa orang
dari kaum Quraisy. Mereka (beberapa orang Ansar) mengucapkan :
"Kiranya Allah mengampuni Rasulullah, Beliau memberikan kaum Quraisy
dan meninggalkan kami sedang pedang kami meneteskan darah mereka"
Anas bin Malik berkata : "lalu diberitakan kepada Rasulullah s.a.w. tentang
perkataan mereka. Sebab itu beliau s.a.w. menyuruh datang kaum Ansar dan
mengumpulkan mereka dalam suatu kemah dari kulit.
Setelah mereka berkumpul Rasulullah s.a.w. datang dan mengatakan :
"Benarkah berita yang sampai kepadaku daripada kamu?"
Orang-orang yang berfikiran dari kaum Ansar menjawab :
"Adapun orang-orang yang berfikiran di antara kami Ya Rasulullah
mereka tidak mengucapkan apa-apa"
Haya beberapa orang di antara kami yang masih muda umurnya mencucapkan
"Kiranya Allah mengampuni Rasulullah, Beliau memberikan kaum Quraisy
dan meninggalkan kami sedang pedang kami meneteskan darah mereka"
Lalu Rasulullah s.a.w. berkata :
"Sesungguhnya aku memberikan beberapa orang yang belum lama
keluar daripada kekafiran, untuk memujuk hati mereka,
Apakah kamu tidak merasa senang kalau orang lain pulang membawa harta
dan kamu pulang ke rumah kamu bersama Rasulullah?"
Sebab itu, demi Allah sesungguhnya apa yang kamu bawa pulang
adalah lebih baik daripada apa yang mereka bawa."
Mereka menjawab : "Ya (merasa senang), ya Rasulullah
kami telah merasa senang !" Nabi s.a.w. berkata :
"Sesungguhnya kamu akan dapati orang -orang yang sangat mementingkan
diri sendiri (loba). Sebab itu sabarlah kamu, sampai kamu menemui Allah
dan RasulNya, kerana aku (nanti) berada di kolam.
Mereka menjawab : "Kami sabar"
Hadis sahih riwayat Muslim


zikir_zpskhz557s7.png
 
menyimpan untuk yang berhak


عَنْ الْمِسْوَرِ بْنِ مَخْرَمَةَ أَنَّهُ قَالَ
قَسَمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَقْبِيَةً وَلَمْ يُعْطِ مَخْرَمَةَ شَيْئًا
فَقَالَ مَخْرَمَةُ يَا بُنَيَّ انْطَلِقْ بِنَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَانْطَلَقْتُ مَعَهُ قَالَ ادْخُلْ فَادْعُهُ لِي
قَالَ فَدَعَوْتُهُ لَهُ فَخَرَجَ إِلَيْهِ وَعَلَيْهِ قَبَاءٌ مِنْهَا
فَقَالَ خَبَأْتُ هَذَا لَكَ قَالَ فَنَظَرَ إِلَيْهِ فَقَالَ رَضِيَ مَخْرَمَةُ

Dari Miswar bin Makhramah r.a. katanya:
"Rasulullah s.a.w. membahagi-bahagikan beberapa helai baju
dan belum memberi Makhramah sesuatu apapun.
Sebab itu Makhramah berkata :
"Hai anakku (Miswar)! Mari kita pergi kepada Rasulullah s.a.w"
Lalu saya pergi bersama dengan dia. Kata Makhramah :
Masuklah (menemui Nabi s.a.w.) dan panggillah beliau"
Lalu saya memanggil Nabi s.a.w. untuk bertemu segera
dengan Makhramah. Lalu Nabi s.a.w. datang menemui Mahkramah
membawa sehelai baju dan mengatakan (kepada Mahkramah):
"Ini ku simpan untuk engkau" Nabi s.a.w. memandang kepadanya
dan mengatakan
"Kiranya Makhramah merasa senang"
Hadis sahih riwayat Muslim


zikir-660x457_zpsvbdv76ck.jpg
 
kesabaran Rasulullah s.a.w.


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ
كُنْتُ أَمْشِي مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
وَعَلَيْهِ رِدَاءٌ نَجْرَانِيٌّ غَلِيظُ الْحَاشِيَةِ فَأَدْرَكَهُ أَعْرَابِيٌّ
فَجَبَذَهُ بِرِدَائِهِ جَبْذَةً شَدِيدَةً نَظَرْتُ
إِلَى صَفْحَةِ عُنُقِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
وَقَدْ أَثَّرَتْ بِهَا حَاشِيَةُ الرِّدَاءِ مِنْ شِدَّةِ جَبْذَتِهِ
ثُمَّ قَالَ يَا مُحَمَّدُ مُرْ لِي مِنْ مَالِ اللَّهِ الَّذِي عِنْدَكَ
فَالْتَفَتَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَضَحِكَ ثُمَّ أَمَرَ لَهُ بِعَطَاءٍ

Dari Anas bin Malik r.a. katanya :
"Pernah saya berjalan bersama Rasulullah s.a.w. dan beliau memakai
cadar buatan Negeri Najran, tebal pinggirnya. Seorang Arab dusun
mengejar dari belakang dan ditarik cadar Nabi s.a.w dengan
tarikan yang sangat keras, sehingga saya melihat pada leher
Rasulullah s.a.w. kesan pinggu cadar itu kerana tarikan yang sangat keras.
Kemudian , orang Arab dusun itu berkata :
"Hai Muhammad! Perintahlah supaya saya memperoleh harta Allah
yang ada ditangan engkau!"
Lalu Rasulullah s.a.w. melengong kepada orang itu dan tertawa.
Kemudian beliau memerintahkan supaya orang itu diberi"
Hadis sahih riwayat Muslim


zikir-ayc4b1-ramazan-tesbih-ezkar_zpscjm3frqc.jpg
 
menuduh orang kedekut


عَنْ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
قَالَ قَسَمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَسْمًا فَقُلْتُ وَاللَّهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَغَيْرُ هَؤُلَاءِ كَانَ أَحَقَّ بِهِ مِنْهُمْ
قَالَ إِنَّهُمْ خَيَّرُونِي أَنْ يَسْأَلُونِي بِالْفُحْشِ أَوْ يُبَخِّلُونِي فَلَسْتُ بِبَاخِلٍ

Dari Umar bin Khattab r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. melaksanakan pembahagian sedekah.
lalu saya mengatakan demi Allah, ya Rasulullah ! Ada orang lain yang
lebih berhak (menerima sedekah) dari orang ini". Beliau menjawab
Sesungguhnya mereka menyuruh aku memilih antara mereka meminta
dengan cara yang tidak sopan atau menduduh aku seorang yang kedekut
sedang aku bukan orang yang kedekut."
Hadis sahih riwayat Muslim


zikir-dhikr-rememberance-of-allah_zps4cm5jcud.jpg
 
orang yang tua berjiwa muda


عَنْ أَنَسٍقَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَهْرَمُ ابْنُ آدَمَ وَتَشِبُّ مِنْهُ اثْنَتَانِ الْحِرْصُ عَلَى الْمَالِ وَالْحِرْصُ عَلَى الْعُمُرِ

Dari Anas r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Anak Adam (manusia) menjadi tua, tetapi masih muda dalam dua hal
(iaitu) Loba terhadap harta dan loba terhadap umur panjang"
Hadis sahih riwayat Muslim


Zikir-Fatimah_zpsgrlc20bb.jpg
 
bahagian amil zakat


عَنْ ابْنِ السَّاعِدِيِّ الْمَالِكِيِّ أَنَّهُ قَالَ
اسْتَعْمَلَنِي عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَلَى الصَّدَقَةِ فَلَمَّا فَرَغْتُ مِنْهَا وَأَدَّيْتُهَا إِلَيْهِ أَمَرَ لِي بِعُمَالَةٍ
فَقُلْتُ إِنَّمَا عَمِلْتُ لِلَّهِ وَأَجْرِي عَلَى اللَّهِ
فَقَالَ خُذْ مَا أُعْطِيتَ
فَإِنِّي عَمِلْتُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَعَمَّلَنِي فَقُلْتُ مِثْلَ قَوْلِكَ
فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
إِذَا أُعْطِيتَ شَيْئًا مِنْ غَيْرِ أَنْ تَسْأَلَ فَكُلْ وَتَصَدَّقْ

Dari Ibnu Sa'id Al Maliki r.a. katanya :
"Umar bin Khattab r.a. menugaskan kepada saya mengumpulkan sedekah
(zakat) Seletah selesai mengerjakannya dan telah saya serahkan kepada Umar.
Dia menyuruh saya supaya menerima wang jasa petugas zakat.
lalu saya menjawab : "Saya bekerja kerana Allah dan upah saya dari Allah"
Umar berkata : "Ambillah apa yang diberikan kepada engkau,
kerana saya pernah bekerja mengumpulkan zakat di masa Rasulullah s.a.w
dan beliau memberikan wang jasa kepada saya, lalu saya mengucapkan
serupa apa yang engkau ucapkan itu.
Rasulullah s.a.w. mengatakan kepada saya:
"Apabila engkau diberi sesuatu bukan disebabkan meminta
makanlah dan sedekahkanlah!"
Hadis sahih riwayat Muslim




zikir-ve-metafizik1_zpsqebrmnwf.gif
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register