BTC USD 86,619.0 Gold USD 4,191.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

pintu Syurga khusus buat yang berpuasa


عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ
الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يَدْخُلُ مَعَهُمْ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ
يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُونَ فَيَدْخُلُونَ مِنْهُ
فَإِذَا دَخَلَ آخِرُهُمْ أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ

Dari Sahal bin Said r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesungguhnya disyurga ada sebuah pintu yang dinamakan 'kepuasan'
Orang-orang yang berpuasa masuk disitu di hari kiamat.
Tidak boleh seorang pun( masuk ) selain mereka.
Dipanggilkan : "Mana orang-orang yang berpuasa ?"
Lalu mereka masuk dari pintu itu. Setelah orang yang terakhir masuk
ke dalamnya, pintu itu dikunci (tutup)
Sebab tidak seorang pun dapat masuk kesitu."
Hadis sahih riwayat Muslim


DSC00993_zpsbhmjsgp0.jpg
 
puasa mengkafarahkan dosa


عَنْ عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ حَدَّثَنَا جَامِعٌ عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ
قَالَ عُمَرُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ مَنْ يَحْفَظُ
حَدِيثًا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فِي الْفِتْنَةِ قَالَ حُذَيْفَةُ
أَنَا سَمِعْتُهُ يَقُولُ فِتْنَةُ الرَّجُلِ فِي أَهْلِهِ وَمَالِهِ
وَجَارِهِ تُكَفِّرُهَا الصَّلَاةُ وَالصِّيَامُ وَالصَّدَقَةُ
قَالَ لَيْسَ أَسْأَلُ عَنْ ذِهِ إِنَّمَا أَسْأَلُ عَنْ الَّتِي تَمُوجُ كَمَا يَمُوجُ الْبَحْرُ
قَالَ وَإِنَّ دُونَ ذَلِكَ بَابًا مُغْلَقًا قَالَ فَيُفْتَحُ أَوْ يُكْسَرُ
قَالَ يُكْسَرُ قَالَ ذَاكَ أَجْدَرُ أَنْ لَا يُغْلَقَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ
فَقُلْنَا لِمَسْرُوقٍ سَلْهُ أَكَانَ عُمَرُ يَعْلَمُ مَنْ الْبَابُ فَسَأَلَهُ
فَقَالَ نَعَمْ كَمَا يَعْلَمُ أَنَّ دُونَ غَدٍ اللَّيْلَةَ

Dari Ali bin Abdullah, katanya : "kami diberitahu oleh Sufyan katanya :
Kami diberitahu oleh Jami' dari abu Wail dari Huzaifah katanya :
"Umar r.a. berkata : "Siapakah orang yang hafal hadith yang diterimanya
dari Nabi s.a.w. dalam hal fitnah?" Huzaifah lalu berkata :
"Aku pernah mendengarnya sendiri dari Nabi s.a.w. .
Nabi s.a.w. bersabda :
"Fitnah seorang lelaki itu dalam keluarganya. (kerana dengan sebab
mereka itu lalu seorang lelaki dapat terpengaruh untuk melalukan
hal-hal yang tidak dibolehkan ) dalam harta bendanya (sebab dengannya
orang akan mengambil dari jalan yang tidak dibenarkan agama serta
menafkahkannya untuk hal-hal yang bathil) dan juga tetangganya.
(kerana dapat menjadi tamak sehingga mengharapkan agar kenikmatan
yang dimiliki tetangganya itu jatuh pada dirinya dan tetangganya
menjadi miskin) Semua itu dapat dihapuskan dengan
solat , puasa, dan sedekah.
(sebab dengan mengerjakan semua tadi akan lenyaplah keutamaan
hatinya, lalu sedar akan kekeliruannya)

Umar kemudian berkata kepada Huzaifah :
"Bukan masalah ini yang ku tanyakan. Tetapi ku tanyakan itu hanyalah
dalam masalah fitnah yang bergelombang bagai gelembangnya lautan
yakni fitnah yang amat besar dan mengerikan

Huzaifah lalu berkata : "Sebenarnya fitnah tadi merupakan pintu
yang tetutup rapat-rapat di balik anda yakni di zaman anda berkuasa sebagai khalifah

Umar bertanya selanjutnya : "Apakah pintu dapat dibuka dengan mudah atau harus
dipecahkan yakni dirusak dengan paksa supaya terbuka?"

Huzaifah menjawab : Dipecahkan atau dirosakkan dengan paksa"

Umar berkata lagi : "Memang dipecahkan atau dirosakkan dengan paksa
adalah lebih nyata kemanfaatannya daripada dengan mudah.
Dengan demikian pintu tersebut terus menerus terbuka dan tampak
dengan jelas sampai saat tibanya hari kiamat

Syafiq bertanya kepada Masrup : "Cobalah anda bertanya kepada Huzaifah
adakah Umar mengetahui siapakah yang menjadi pintu itu
yakni yang pertama menimbulkan fitnah itu?"

Kemudian Masruq bertanya kepada Hudzaifah perihal itu,
kemudian Huzaifah menjawab : "Ya, Umar memang mengetahui siapalah
orangnya sebagaimana ia juga mengetahui bahawa sehabis malam ini
tentulah datanglah hari esok.".
Hadis sahih riwayat Bukhari


echinacea-echinacea-purpurea_zpszlookd4n.jpg
 
permulaan Ramadhan dan Syawal


عَنْ عُقَيْلٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ قَالَ أَخْبَرَنِي سَالِمُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ
بْنِ عُمَرَ أَنَّ ابْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّه صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَقُولُ إِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَصُومُوا وَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَأَفْطِرُوا
فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَاقْدُرُوا لَهُ وَقَالَ غَيْرُهُ عَنْ اللَّيْثِ
حَدَّثَنِي عُقَيْلٌ وَيُونُسُ لِهِلَالِ رَمَضَانَ

Dari 'Uqail ibnu Syihab, katanya : "Salim memberitahu kepadaku
bahawa ibnu Umar r.a. berkata : "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jikalau kamu semua meelihat bulan yakni bulan sabit tunggal 1 Ramadhan
maka berpuaalah kamu semua dan juga jikalau kamu semua melihat bulan
yakni bulan sabit tunggal 1 syawal , maka berbukalah
(ertinya janganlah kamu semua berpuasa) Tetapi jikalau bulan tertutup
oleh mega sehingga kamu tidak semua menampaknya, maka perkirakanlah
untuknya yakni baik permulaan puasa ataupun penghabisannya".
Hadis sahih riwayat Bukhari


herb%20plant_zpstrmpbwdk.png
 
lebih dermawan di bulan Ramadhan


عَنْ إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ أَخْبَرَنَا ابْنُ شِهَابٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّه
ِ بْنِ عُتْبَةَ أَنَّ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ
وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام يَلْقَاهُ كُلَّ لَيْلَةٍ فِي رَمَضَانَ
حَتَّى يَنْسَلِخَ يَعْرِضُ عَلَيْهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
الْقُرْآنَ فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ

Dari Ibrahim bin Saad katanya : "Kami diberitahu oleh Ibnu Syihab dari Ubaidullah
bin 'Utbah bahawasanya Ibnu Abbas r.a. berkata :
"Nabi s.a.w. itu adalah sedermawan umat manusia dalam memberikan kebaikan -
seperti bantuan, sokongan dan lain-lain, namun lebih-lebih lagi kedermawannya
dalam bulan Ramadhan apabila ditemui oleh Jibril a.s. Jibril menemui Nabi s.a.w.
pada setiap malam dalam bulan Ramadhan sehingga habis bulan Ramadhan
Kepentingannya menemui Nabi s.a.w. ialah untuk menyampaikan Al Quran
- sebahagian atau yang pokoknya - Apabila telah ditemui Jibril a.s.
maka keadaan beliau lebih dermawan untuk memberikan kebaikan
laju daripada angin yang berhembus kencang.
Hadis sahih riwayat Bukhari


July-2004-070_zpso7oeiw0p.jpg
 
puasa juga meninggalkan perbuatan keji


عَنْ ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ حَدَّثَنَا سَعِيدٌ الْمَقْبُرِيُّ
عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ
فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ

Dari Abu Dzib katanya : "Kami diberitahu oleh Sa'id Maqburi
dari ayahnya dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Barang siapa yang tidak dapat meninggalkan kata dusta
atau condong kepada keburukan, serta suka mengerjakan keburukan itu
maka tidak ada baginya Allah suatu keperluan yakni olehNya dianggap
tidak ada gunanya sama sekali meninggalkan makan dan minumnya"
Hadis sahih riwayat Bukhari


kitchen-herb-garden_zpshttcv9wl.jpg
 
kelebihan orang yang berpuasa


عَنْ هِشَامُ بْنُ يُوسُفَ عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ
قَالَ أَخْبَرَنِي عَطَاءٌ عَنْ أَبِي صَالِحٍ الزَّيَّاتِ
أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ اللَّهُ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ
فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ

وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ
فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ
فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ

وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ
مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا
إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ

Dari Hashim bin Yusuf dari Ibnu Juraij, katanya :
"Aku diberitahu oleh 'Atha dari Abu Shalih Zayyat bahawasanya
ia mendengar Abu Hurairah r.a. berkata : "Rasulullah s.a.w. bersabda :
Allah Taala berfirman (hadis Qudsi) "Setiap amalan anak Adam yakni manusia
untuknya (yakni dapat diperiksa sendiri dan dinilai baik buruknya)
melainkan amalan puasa, maka sesungguhnya puasa itu untukKU
dan oleh sebab itu Aku sendirilah yang akan menentukan berapa
banyak balasan yang perlu diberikan kepada orang yang berpuasa.

Puasa itu adalah suatu perisai atau benteng. Jikalau seseoang kamu
semua sedang berpuasa pada suatu hari, maka janganlah berkata
keji atau kotor dan janganlah berteriak-teriak atau bertengkar.
Manakala ada seseorang yang mencaci-makinya atau menyerangnya
atau memusuhinya , hendaklah dia berkata :
"Sesungguh aku adalah orang yang berpuasa"

Demi Zat yang jiwa Muhammad ada dalam genggaman kekuasaanNya
nescaya bau tidak enak keluar dari mulut orang yang berpuasa itu lebih
enaknya daripada bau kasturi. Bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan
dapat dirasakan. iaitu gembira apabila sudah tiba waktu berbuka atau
setelah habis Ramadhan dan gembira kerana puasa itu di waktu menemui
Tuhannya sebab akan memperoleh pahala yang luar biasa.
Hadis sahih riwayat Bukhari


rainforest%20plants_zpstceqhi3c.jpg
 
puasa boleh mengekang nafsu syahwat


عَنْ عَبْدَانُ عَنْ أَبِي حَمْزَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ عَلْقَمَةَ
قَالَ بَيْنَا أَنَا أَمْشِي مَعَ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
فَقَالَ كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَقَالَ مَنْ اسْتَطَاعَ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ
فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ
وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ

Dari 'Abdan dari Abu Hamzah dari A'masy dari Ibrahim dari Alqamah
katanya : "Pada suatu hari ketika aku berjalan-jalan bersama-sama dengan Abdullah r.a.
lalu ia berkata : "Aku pernah berada bersama Nabi s.a.w. lalu beliau bersabda :
"Barang siapa berkuasa nikah yakni memberi belanja sehari-hari, memberi pakaian
perumahan dan lain-lain yang diwajibkan, hendaklah dia kahwin
sebab sesungguhnya kahwin lebih memejamkan mata (yakni tidak mempunyai
kesukaan melihat perempuan yang bukan mahramnya secara melebihi batas)
dan lebih dapat menjaga kemaluan (yakni tidak mudah terjerumus ke dalam
lembah perzinaan).

Tetapi barang siapa yang tidak kuasa mengerjakan di atas itu (misalnya sebab miskin
dan sebagainya ) maka ia puasa saja (sebeb sesungguhnya puasa itu merupakan
penghalang syahwat - mengurangi keingginan bersetubuh)
Hadis sahih riwayat Bukhari


Taraxacum_plant_zpswkpsfsbn.jpg
 
Permulaan puasa ramadhan


عَنْ مَالِكٌ عَنْ نَافِعٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
ذَكَرَ رَمَضَانَ فَقَالَ لَا تَصُومُوا حَتَّى تَرَوْا الْهِلَالَ وَلَا تُفْطِرُوا
حَتَّى تَرَوْهُ فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَاقْدُرُوا لَهُ

Dari Malik dari Nafi' dari Abdullah bin Umar r.a.
bahawasanya Rasulullah s.a.w. menyebut-nyebutkan bulan Ramadhan
kemudian bersabda : "Janganlah kamu berpuasa sehingga kamu melihat
bulan sabit dan janganlah kamu semua berbuka sehingga kamu melihat
bulan sabit pula.Jikalau tertutup oleh awan sehingga kamu semua tidak
dapat melihatnya, maka perkirakanlah.
Hadis sahih riwayat Bukhari


windowsill-herb-garden-is_zps4wywuqob.jpg
 
hitungan hari raya


عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
وَحَدَّثَنِي مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا مُعْتَمِرٌ عَنْ خَالِدٍ الْحَذَّاءِ
قَالَ أَخْبَرَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي بَكْرَةَ عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ شَهْرَانِ لَا يَنْقُصَانِ شَهْرَا عِيدٍ رَمَضَانُ وَذُو الْحَجَّةِ

Dari Abdurrahman dari Abu Bakrah dari ayahnya r.a. dari Nabi s.a.w.
sabdanya : "Dua bulan tidak akan berkurangan hitungannya yakni
bulan menjelang hari raya Ramadhan (Aidul Fitri) dan bulan Zulhijjah
(di dalamnya ada hari raya Aidul Adha)
Hadis sahih riwayat Bukhari


bungakantan_zpsfvzct7ew.jpg
 
Pahala memberi makan orang berbuka


عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ أَبِي سُلَيْمَانَ عَنْ عَطَاءٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ
قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
Dari Zaid bin Khalid al-Juhani berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. :
Siapa memberi makan orang yang berpuasa,
maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut,
tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.”

Riwayat Ibnu Majjah dan At-Tarmizi


CIMG0986_zps8sp1tclg.jpg
 
Back
Top
Log in Register