BTC USD 84,441.4 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

enggan sujud


عَنْ عَبْدِ اللهِ عَنِ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
أَنَّهُ قَرَأَ وَالنَّجْمِ فَسَجَدَ مَنْ كَـانَ مَعَهُ غَيْرَأَنْ شَيْخًا أَخَذَ
كَـفًّا مِنْ حَصً أَوْ تُرَابٍ فَرَفَعَهُ اِلَى جَبْهَتِهِ وَقَالَ يَلْفِينِى
هَذَا قَالَ عَبْدُ اللهِ لَقَدْ رَأَيْتُهُ بَعْدَ قُتِلَ كَـافِرًا


Dari Abdullah r.a. katanya : " Bahawa Rasulullah s.a.w.
membaca surah An Najmi lalu sujud dan ma'mum pun sujud pula
kecuali seorang tua, ia mengambil segenggam kerikil atau tanah
dan diangkatnya ke dahinya sambil berkata : Cukuplah ini
Kata Abdullah, sesungguhnya kemudian beberapa lama
orang tua itu saya lihat mati terbunuh dalam kekafiran."
Hadis sahih riwayat Muslim


green_forest_zpsthf8izwc.jpg
 
sujud tilawah


عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ رُبَّمَا قَرَأَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
الْقُرْآنَ فَيَمُرُّ بِالسَّجْدَةِ فَيَسْجُدُ بِنَا حَتَّى اَزْدَ حَمْنَا عِنْدَهُ
حَتَّى مَا يَجِدُ أَحَدُ نَا مَكَـا نًا لِيَسْجُدَ فِى غَيْرِ صَلاةٍ


Dari Abdullah bin Umar r.a. katanya :
Pernah Rasulullah s.a.w. membaca Quran melewati ayat yang
menyebut sujud, lalu beliau sujud dengan kami, sehingga kami
kami terdesak-desak sekitar beliau, sampai ada di antara kami
yang tidak mendapat tempat lagi untuk sujud itu. Kata Abdullah
"Dan sujud ini bukan di dalam sembahyang."
Hadis sahih riwayat Muslim


Rain-rain-789610_1024_768_zpsvs4yiabr.jpg
 
membaca Quran dengan suara yang baik


عن ابى هريرة انه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم
يَقُوْلُ مَا أَذِنَ الله لِشَئِْ مَا أَذِنَ لِنَبِىِّ حَسَنِ الصَّوْتِ
يَتَغَنَّى بِالْقُرْآنِ يَجْهَرُبِهِ


Dari Abu Hurairah r.a. katanya : Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Tidaklah sesuatu mendapat perhatian penuh dari Allah,
sepenuh perhatianNya kepada irama yang nyaring dari pembaca Al Quran
terutama jika irama itu dari seorang Nabi yang baik suara"
Hadis sahih riwayat Muslim


Rain-Ariyaamo_zps1fcqidld.jpg
 
dosa-dosa besar


عَنْ أَنَسٍ عَنِ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فِى الْكَبَائِرِ قَالَ الْشِّرْكُ بِاللهِ وَعُقُوْقُ الوَالِدَيْنِ
وَقَتْلُ النَّفْسِ وَقَولُ الزُّوْرِ


Dari Anas r.a. katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. tentang dosa-dosa yang besar katanya :
"Menyekutukan Allah, durhaka kepada ibu bapa
membunuh orang dan berkata dusta".
Hadis sahih riwayat Muslim


bamboo%20tree%20wallpapers%20hd%204_zpsldegwjxb.jpg
 
Tujuh dosa besar



قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ.
قِيلَ: يَا رَسُولَ اللهِ وَمَا هُنَّ؟ قَالَ: الشِّرْكُ بِاللهِ، وَالسِّحْرُ،
وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللهُ إِ بِالْحَقِّ، وَأَكْلُ مَالِ الْيَتِيمِ،
وَأَكْلُ الرِّبَا، وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ،وَقَذْفُ الْمُحْصَنَاتِ الْغَافِ تَالِ الْمُؤْمِنَاتِ


Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Jauhi olehmu tujuh perkaran yang mencelakakan !"
Tanya orang kepada beliau : "Apa itu?" Jawab beliau : "Menyekutukan Allah,
mensihir atau percaya kepadanya, membunuh jiwa yang dilarang Allah
kecuali dengan jalan yang benar,
makan harta anak yatim, memakan riba, mundur dari medan pertempuran
dan menuduh zina kepada wanita-wanita mu'min yang memelihara kehormatannya."
Hadis sahih riwayat Muslim


BambooForest_zpssndakswa.jpg
 
orang yang mencanangkan dosanya


عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ
يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَقُولُ كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ وَإِنَّ مِنْ الْمُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلًا
ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ
فَيَقُولَ يَا فُلَانُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ
وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. ia berkata :
Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali
orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa)
. Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa
adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa,
kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia
dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya.
Ia berkata, Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu.
Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu,
tetapi justru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah.
Muttafaq alaih
Riwayat Bukhari dan Muslim


Chinese-Bamboo-Tree_zpsvw1o8nvs.jpg
 
tertutup aib di akhirat


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ
" لاَ يَسْتُرُ عَبْدٌ عَبْدًا فِي الدُّنْيَا إِلاَّ سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ " .


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. Nabi s.a.w. bersabda:
Seorang hamba tidak menutupi aib hamba yang lain di dunia
kecuali Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat.
Hadis sahih riwayat Muslim


bamboo%20tree%20wallpapers%20hd%201_zpslvtm4oej.jpg
 
Dosa lalu dihadapan orang yang sedang solat



حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ ، قَالَ : أَخْبَرَنَا مَالِكٌ ،
عَنْ أَبِي النَّضْرِ مَوْلَى عُمَرَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ ، عَنْ بُسْرِ بْنِ سَعِيدٍ ،
أَنَّ زَيْدَ بْنَ خَالِدٍ أَرْسَلَهُ إِلَى أَبِي جُهَيْمٍ يَسْأَلُهُ ،
مَاذَا سَمِعَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَارِّ بَيْنَ يَدَيِ الْمُصَلِّي ؟ فَقَالَ
أَبُو جُهَيْمٍ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
: " لَوْ يَعْلَمُ الْمَارُّ بَيْنَ يَدَيِ الْمُصَلِّي مَاذَا عَلَيْهِ ،
لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا لَهُ مِنْ أَنْ يَمُرَّ بَيْنَ يَدَيْهِ " ،
قَالَ أَبُو النَّضْرِ : لَا أَدْرِي ، أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا أَوْ شَهْرًا أَوْ سَنَةً


Busr bin Abi Sa'id mengatakan bahwa Zaid bin Khalid menyuruhnya menemui Abu Juhaim.
Ia perlu menanyakan kepadanya, apa yang pernah ia dengar dari Rasulullah s.a.w.
mengenai orang yang berjalan di depan orang yang sedang mengerjakan solat.
Kemudian Abu Juhaim berkata, "Rasulullah bersabda, 'Seandainya orang yang lewat di muka
orang yang sedang shalat itu mengetahui dosa yang dibebankan kepadanya,
niscaya ia berdiri empat puluh lebih baik daripada ia lewat di depannya.

"' Abu Nadhar (perawi) berkata, "Saya tidak mengetahui, apakah beliau bersabda empat puluh hari,
atau empat puluh bulan, atau empat puluh tahun."

Riwayat Bukhari


bamboo_zpsycu9qrmj.jpg
 
Bid'ah



عَنْ أُمِّ المُؤْمِنِيْنَ أُمِّ عَبْدِ اللهِ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ:
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْه وَسَلَّم :
مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ
. رواه البخاري ومسلم وفي
مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَليهُ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ
روایة لمسلم


Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah 'Aisyah r.a. رضي الله عنها
beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang bukan daripadanya, maka ia tertolak.
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim.)
Dalam riwayat Muslim, ada hadis lain berbunyi:
Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang tidak ada asal usul dengan agama kita, maka ia tertolak
(Al-Imam al-Bukhari dalam kitab ( آتاب الصلح ) bab ( باب إذا اصطلحوا على صلح جور ) nombor 2550
Al-Imam Muslim dalam kitab ( آتاب الأقضية ) bab ( باب نقض الأحكام الباطلة ورد محدثات الأمور ) nombor 1718).


Bamboo-Stone-1920x1200_zpsh0r47cfy.jpg
 
gangguan syaitan dalam solat


عَنِ أَبِى هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
إِنَّ أَحَدُ كُمْ إِذَا قَانَ يُصَلِّى جَاءَهُ الشَّيْطَنُ
فَلَبَسَ عَلَيْهِ حَتَّى لا يَدْرِى كُم صَلَّى
فَاِذَا وَجَدَ ذلِكَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْجُدْ
سَجْدَتَيْنِ وَهُوَ جَالِسٌ

Dari Abu Hurairah r.a. katanya : Bersabda Rasululllah s.a.w. :
Apabila salah seorang di antara kamu berdiri hendah sembahyang,
sesungguhnya syaitan itu mendatanginya , lalu membimbangkannya,
sehingga orang itu tak tahu berapa rakaat yang telah dikerjakan.
Apabila di antara kemu mengalami yang demikian itu, hendahlah
ia sujud sahwi dua kali duduk."
Hadis sahih riwayat Muslim


Flowering%20plum%20tree1_zps0ysw4f20.jpg
 
Back
Top
Log in Register