BTC USD 81,115.2 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

Albania

Albania atau dikenali sebagai Republik Albania merupakan sebuah negara Mediterranean yang terletak di tenggara Eropah. Ia bersempadankan Montenegro di barat laut, Kosovo di timur laut, Republik Macedonia di timur dan Greece di selatan dan di tenggara. Laut Adriatik terletak di sebelah barat , manakala Laut Ionia di barat daya. Jarak di antara Albania dan Italy ialah 72km, melepasi Selat Otranto yang bersambung dengan Laut Adriatik dan ke Laut Ionia.

Albania ialah ahli dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, Organization for Security and Co-operation in Europe, Council of Europe, World Trade Organization dan Union for the Mediterranean.Albania mempunyai potensi untuk menyertai Kesatuan Eropah sejak Januari 2003.

Pada era globalisasi, Albania menyempunyai banyak titik sejarah dengan Negeri Kerajaan Rom iaitu Dalmatia (selatan lllyricium), Macedonia (sebahagian Epirus Nova) dan Moesia Superior.Zaman Moden Republik Albania ini merdeka setelah kejatuhan Kerajaan Ottoman di Eropah dengan Perang Balkan.Albania merdeka pada tahun 1912.

jala%20beach%20albania_zpsh8u9yuzl.jpg
 
Kyrgyzstan

Kyrgyzstan ialah sebuah negara kecil, miskin dan bergunung-ganang, dengan ekonomi pertanian terutamanya. Gandum, ubi kentang, bit gula, kapas, bulu biri, tembakau, buah-buahan, daging lembu dan daging kambing ialah keluaran pertanian utama, dengan kapas, bulu biri dan daging merupakan eksport utama. Eksport perindustrian termasuk emas, raksa, uranium, dan elektrik. Kyrgyzstan ialah salah satu negara bekas Kesatuan Soviet yang paling progresif dalam pelaksanaan pembaharuan pasaran. Selepas rancangan penstabilan yang berjaya dan yang mengurangkan inflasi dari 88% pada 1994 ke 15% pada 1997, perhatian telah berpaling kepada perangsangan pertumbuhan. Banyak daripada saham-saham kerajaan dalam syarikat-syarikat telah dijual. Kejatuhan pengeluaran adalah teruk sejak keruntuhan Kesatuan Soviet pada bulan Disember 1991 tetapi menjelang pertengahan tahun 1995, pengeluaran mula berpulih dan eksport mula bertambah. Pesara-pesara, penganggur-penganggur, dan pekerja-pekerja kerajaan dengan tunggakan gaji terus menderita. Bantuan luar negeri memainkan peranan yang penting dalam pemulihan ekonomi negara. Kerajaan telah mengamalkan satu siri langkah-langkah untuk membanteras masalah-masalah teruku seperti hutang luar negeri yang berketerlaluan, inflasi, pemungutan hasil yang tidak mencukupi, dan limpahan daripada gangguan ekonomi Rusia. Kyrgyzstan telah mencapai pertumbuhan yang tegap setiap tahun sejak 1999.

_48058525_009512010-1_zps7bfdd820.jpg
 
Tajikistan

Tajikistan (disebut /təˈdʒɪkɨstæn/ or /təˈdʒiːkɨstæn/; Bahasa Tajik: Тоҷикистон, disebut tɔʤikɪsˈtɔn, atau [tɒːʤikɪsˈtɒn], Bahasa Parsi: تاجیکی‎, tojikí), secara rasmi bernama Republik Tajikistan (Bahasa Tajik: Ҷумҳурии Тоҷикистон, Jumhurii Tojikiston) ialah sebuah negara dikelilingi daratan serta bergunung-ganang yang terletak di Asia Tengah. Negara ini bersempadan dengan Afghanistan di selatan; Uzbekistan di barat; Kyrgyzstan di utara, dan China di timur. Tajikistan juga terletak bersebelahan dengan Pakistan, tetapi kedua-dua negara ini dipisahkan oleh koridor Wakhan.

Republik Tajikistan merupakan tempat asal orang-orang Tajik yang berkongsi budaya dan sejarah dengan orang-orang Iran, dan bertutur dalam bahasa Tajik yang amat berkait dengan bahasa Parsi. Negara ini yang pada satu ketika merupakan tempat Empayar Samanid yang terkenal, kemudian menjadi salah satu republik Kesatuan Soviet pada abad ke-20, dan dikenali sebagai Republik Sosialis Soviet Tajik.

Bagaimanapun, selepas kemerdekaan, Tajikistan mengalami perang saudara yang mengakibatkan kemusnahan, dan yang berlangsung sejak tahun 1992 sehingga 1997. Sejak keakhiran perang ini, kestabilan politik dan bantuan asing telah membenarkan ekonomi negara ini untuk bertumbuh. Sumber-sumber semula jadinya seperti kapas dan aluminium telah amat menyumbang kepada kemajuannya yang tetap.

Pamir_Mountains_Tajikistan_06-04-2008_zpszxc8kcxu.jpg
 
Turkmenistan

Republik Turkmenistan (Bahasa Turkmen:Türkmenistan Respublikasy), juga dikenali sebagai Turkmenia (Bahasa Rusia: Туркмения). Sehingga tahun 1990, Turkmenistan masih tergolongdalam konstitusi Kesatuan Soviet, yang bernama Republik Sosialis Soviet Turkmenistan. Turkmenistan terletak di Asia Tengah dan bersempadan terus dengan Iran di selatan, Afghanistan di tenggara, Uzbekistan di utara, Kazakhstan di barat laut dan Laut Kaspia di barat. Sebahagian besar wilayahnya merupakan hamparan gurun pasir Karakum. Negara ini memiliki cadangan gas alam kelima terbesar di dunia.

Saat ini, Turkmenistan menerapkan sistem politik parti tunggal. Sistem ini dianggap tidak memenuhi prinsip-prinsip dasar demokrasi.[1]. Sejak kemerdekaannya dari Kesatuan Soviet, Turkmenistan dipimpin oleh Saparmurat Atayevich Niyazov, bahkan beliau menamakan dirinya sebagai Turkmenbashi (Bahasa Turkmen: Türkmenbaşy, yang bermaksud Pemimpin semua bangsa Turkmen). Pada 21 Disember 2006, beliau meninggal dunia dan digantikan oleh Gurbanguly Mälikgulyýeviç Berdimuhammedow yang ditunjuk oleh Dewan Keamanan Negara Turkmenistan, melalui pemilihan umum pada 11 Februari 2007.

041211-1_zpsc2966dde.jpg
 
Mozambique

Republik Mozambik adalah sebuah negara di Afrika bagian selatan yang berbatasan dengan Afrika Selatan, Swaziland, Tanzania, Malawi, Zambia dan Zimbabwe. Mozambik merupakan anggota Komunitas Negara-Negara Berbahasa Portugis dan Persemakmuran. Ibu kota sekaligus kota terbesarnya ialah Maputo yang terletak di penghujung bagian selatan.

Mozambik terbagi menjadi 11 provinsi: Cabo Delgado, Gaza, Inhambane, Manica, Maputo (kota), Maputo, Nampula, Niassa, Sofala, Tete, and Zambezia.

ac4989d2cae2ecd0979f46a3b0c328f1_zpsc2817347.jpg
 
Kazakhstan

Kazakhstan (bahasa Kazakh: Қазақстан, Qazaqstan) merupakan negara kesembilan terbesar di dunia mengikut keluasan. Keluasan Kazakhstan 2,717,300 km², iaitu lebih besar daripada Eropah Barat. Kazakhstan pernah menjadi sebahagian daripada Kesatuan Soviet. Kebanyakan wilayah Kazakhstan ditutupi steppe, kawasan separuh gurun, separuh hutan.

Astana, sebuah bandar terancang, dijadikan ibu negara Kazakhstan pada 1997, menggantikan Almaty.

kazakhstan-people-views-3_zpsb4a340f3.jpg
 
Uzbekistan

Republik Uzbekistan (kadang-kadang dieja Uzbekstan atau Ozbekistan)(bahasa Uzbek: O‘zbekiston Respublikasi atau O‘zbekiston Jumhuriyati: Sirilik: Ўзбекистон Республикаси; bahasa Rusia: Республика Узбекистан), adalah sebuah negara antar benua yang terletak sebagian di Asia Tengah dan Eropa Timur yang sebelumnya merupakan bagian dari negara Uni Soviet. Negara dengan wilayah yang terkurung daratan ini berbatasan dengan Kazakhstan di sebelah barat dan utara, Kirgizstan dan Tajikistan di timur dan Afganistan dan Turkmenistan di selatan. Bahasa resmi satu-satunya adalah bahasa Uzbek sebuah bahasa Turkik tetapi bahasa Rusia tetap dipergunakan secara luas, sisa peninggalan pemerintahan Soviet. Sekitar 1 juta suku Tajik sebuah kelompok etnis yang masih serumpun dengan bangsa Persia menghuni negara ini [5] dan merupakan 4,8% dari seluruh jumlah penduduknya.[6] Kata Ozbek terbentuk dari oz ("sejati/asli") dan bek ("pemimpin/bangsawan") sehingga "Ozbek" berarti "bangsawan" atau "pemimpin sejati".

karshi_people_12-12_zps8014038b.jpg
 
Suriname

Republik Suriname, merupakan sebuah negara terletak dibahagian utara Amerika Selatan. Nama bagi pertuturan orang tempatan ialah Sranang. Ia sebelum ini dikenali sebagai Nederlands Guyana, Netherlands Guiana atau Dutch Guiana. Berkedudukan diantara dua Guyana yang lain iaitu Guiana Perancis, disebelah timur dan Guyana yang terletak disebelah barat. Diselatan negara ini pula, terletaknya negara Brazil, manakala disebelah utara pula ialah Laut Atlantik. Ia merupakan negara yang paling kecil di rantau Amerika Selatan yang diberi pengisytiharaan mereka.

Populasi Surinam terdiri daripada beberapa kumpulan minoriti. Kelompok terbesar adalah Hindustani,

Populasi Surinam adalah campuran daripada kumpulan etnik ini, dengan antara kurung peratusan kumpulan pada bancian ketujuh pada tahun 2004:

Hindu (27,4%), Creoles (17,7%), Maroon (Busnengre) dan Maroon (14,7%), Jawa (14,6%), Kelompok lain (6,5%): Indian, China, Boeroes (putih, petani), Sephardic Yahudi dan Yahudi Ashkenazi, Lubnan, Brazil., Ada 12,5% berasal dari campuran dan 6,6% tidak mempunyai data yang tersedia.

Agama Pada bancian ketujuh pada tahun 2007 nisbah antara agama-agama sebagai berikut:

40.7% Kristian (Katolik Rom lihat Keuskupan Paramaribo, Peerke Donders, Reformed, Reformed, dll Protestan, terutama Moravia), 19.9% Hindu, 13.5% Islam, 5.8% tradisional dan agama lain, 4.4% tidak ada agama, 15.7% tidak ada data.

Bahasa Belanda merupakan bahasa rasmi di Surinam. Orang Suriname juga bertutur bahasa mereka: Sranang Tongo, bahasa Hindustani, bahasa Jawa Surinam, dan lain-lain. Dan juga bahasa asal bahasa Caribbean dan bahasa Arawakan, orang Indian Suriname juga bicara bahasa mereka sendiri. Sebagai tambahan bahasa Inggeris juga digunakan luas, terutama dalam kemudahan dan kedai yang berorientasikan pelancong.

72acfeee720e3aeed065128e009ffea7_zps71c21e90.jpg
 
Togo

Ekonomi sub-Sahara Togo yang kecil ini amat bergantung kepada kedua-dua pertanian komersil serta pertanian sara diri yang memberikan pekerjaan kepada 65% daripada tenaga buruhnya. Koko, kopi, dan kapas bersama-sama memberikan lebih kurang 30% daripada perolehan eksport Togo. Togo adalah negara mampu diri dari segi bahan makanan asas ketika tuaiannya adalah normal, dengan kesukaran bekalan kawasan dihadapi sekali-sekala. Dalam sektor perindustrian, pelombongan fosfat merupakan kegiatannya yang paling penting walaupun ekonomi Togo telah terjejas, akibat kejatuhan harga fosfat dunia serta persaingan asing yang meningkat. Pendapatan negara kasar (PNK) per kapita ialah AS$380 (Bank Dunia, 2005).

Togo bertindak sebagai sebuah pusat komersil dan perdagangan wilayah. Usaha kerajaan selama sedekad yang dibantu oleh Bank Dunia dan IMF untuk melaksanakan langkah-langkah reformasi ekonomi, menggalakkan pelaburan asing, dan menyebabkan hasil negara sepadan dengan perbelanjaan, telah berhenti.

Pergolakan politik, termasuk mogok-mogok dalam sektor kerajaan dan swasta pada sepanjang tahun 1992 dan 1993 telah menjejaskan rancangan reformasi, menyusutkan asas cukai, serta mengganggu kegiatan-kegiatan ekonomi yang penting. Turun nilai mata wang pada 12 Januari 1994 sebanyak 50% memberikan dorongan yang penting terhadap pelarasan struktur yang baru. Usaha-usaha itu dimudahkan oleh keakhiran persengketaan pada tahun 1994 dan pengembalian kepada ketenangan politik yang terang-terangan. Kemajuan negara ini bergantung kepada keterbukaan operasi-operasi kewangan kerajaan (untuk memberi perkhidmatan sosial yang lebih banyak) dan mungkinnya pengurangan saiz tenteranya yang rejim itu telah bergantung untuk mengekalkan diri. Kekurangan bantuan, bersama-sama dengan harga koko yang murah, mengakibatkan penurunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 1% pada tahun 1998, dengan pertumbuhan disambung semula pada tahun 1999.

lome-Togo-Africa-1275416354_zpsfa4e298f.jpg
 
Guyana

Republik Kerjasama Guyana, dahulu bernama Guyana Inggeris, adalah sebuah negara di pesisir utara Amerika Selatan. Guyana merupakan satu-satunya negara di kawasan itu yang menetapkan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasminya. Guyana bersempadan dengan Suriname di sebelah timur, Brazil di selatan, Venezuela di barat, dan Lautan Atlantik di utara. Eksploitasi bauksit dan industri aluminium telah mengurangi ketergantungan negara ini kepada pertanian tradisional semata-mata.


guyana-falls_zps010c404a.jpg
 
Back
Top
Log in Register