BTC USD 81,068.1 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

Oman

Oman ialah sebuah negara yang terletak di Semenanjung Arab atau Jazirah Arab di bahagian tenggara, Asia bahagian barat daya. Oman bersempadan dengan Emiriah Arab Bersatu yang terletak di sebelah timur laut, Arab Saudi di barat, dan Yaman di barat daya. Ibu negaranya adalah Muscat, Oman.

Sekitar 98,8% penduduk Oman adalah beragama Islam. Sultannya sekarang ialah Qaboos bin Said Al Said yang menggulingkan ayahandanya sendiri, Said bin Taimur, yang berkuasa pada 1932 hingga 23 Julai 1970. Luas wilayah Oman adalah lebih kurang separuh keluasan Pulau Sumatera, Indonesia.

dhofar-east-beach_zps7f391caa.jpg
 
Qatar

Setelah dominasi Inggris dan Kesultanan Utsmaniyah di Qatar, akhirnya Qatar menjadi negara yang merdeka pada 3 September 1971. Dahulu, Inggris menguasai Qatar sebagai tempat transito kapal dagang sebelum menuju India. Qatar kemudian memperoleh status sebagai dependen dari Inggris, kemudian status protektorat Inggris yang dihentikan pada tahun 1916.

Setelah Perang Dunia Kedua, Qatar berusaha memperoleh kemerdekaannya, terutama setelah India mencapai kemerdekaannya pada tahun 1950-an. Qatar makin maju setelah Inggris memberikan kemerdekaan kepada Kuwait pada tahun 1961. Pemerintah Inggris menyatakan akan menghentikan penguasaan politik tapi tetap meneruskan penguasaan ekonomi di Qatar. Hal ini tidak dibiarkan oleh Qatar dengan membentuk Federasi Arab Teluk bersama dengan Bahrain.

Awalnya, ekonomi Qatar difokuskan pada perikanan dan mutiara namun industri mutiara jatuh setelah munculnya mutiara yang dibudidayakan dari Jepun pada tahun 1920-an dan 1930-an. Transformasi ekonomi terjadi pada tahun 1940-an, yaitu pada masa penemuan simpanan minyak bumi. Sekarang, pemasukan utama Qatar adalah dari ekspor minyak dan gas bumi. Simpanan minyak negara ini diperkirakan sebesar 15 miliar barel (2,4 km³).

Untuk beberapa tahun ke depan, Qatar diperkirakan akan tetap fokus pada minyak dan gas bumi, namun sudah mulai mengembangkan sektor swasta. Pada 2004, Qatar Science & Technology Park dibuka untuk menarik dan melayani berbagai usaha berbasis teknologi, baik dari dalam maupun luar Qatar.

Dengan PDB per kapita nomor 2 tertinggi di dunia dengan perkiraan tahun 2008 sekitar $111.000[3]yang menjadikannya sebagai negara dengan taraf hidup penduduknya bisa disamakan bahkan lebih maju dibandingkan negara-negara Eropa Barat dengan berbagai layanan sosial dan fasilitas modern.

Doha-Qatar_zpsdea5f5e7.jpg
 
Syria

Syria (Bahasa Arab: سوريا‎ Sūriyā atau سورية Sūriyah), secara rasminya Republik Arab Syria (Arabic: الجمهورية العربية السورية) ialah sebuah negara di Asia Barat Daya yang bersempadan dengan Laut Mediterranean dan Lubnan di barat, Israel di barat daya, Jordan di selatan, Iraq di timur dan Turki di utara. Negara Syria moden ialah bekas mandat Perancis yang mencapai kemerdekaan pada tahun 1946, tetapi sejarahnya bermula seawal alaf ke-4 SM. Ibu negaranya Damsyik pernah dijadikan pusat pentadbiran Empayar Umayyad dan sebuah ibu wilayah Empayar Mamluk.

Syria mempunyai seramai 19.3 juta orang penduduk,[1] kebanyakannya penganut agama Islam Sunah berbahasa Arab iaitu 74% daripada seluruh populasi. Golongan Muslim lain termasuk mazhab Alawit pada 11%, Druze dan mazhab Islam lain pada 5%. Terdapat juga pelbagai mazhab Kristian yang membentuk 10% daripada seluruh populasi.[2] Sejak tahun 1963 negara ini ditadbir oleh Parti Baath; sejak 1970, ketua negeri sentiasa merupakan ahli keluarga Assad. Presiden Syria masa kini ialah Bashar al-Assad, anak kepada Hafez al-Assad yang memegang jawatan dari tahun 1970 sehinggalah meninggal dunia pada tahun 2000.[3] Mengikut sejarah, Syria pernah juga menakluki wilayah Lubnan, Israel, Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan bahagian-bahagian Jordan, tetapi terkecuali rantau Jazira di timur laut kawasan Syira moden.[perlu rujukan] Dalam erti kata sejarah, kawasan ini dikenali sebagai Syria Besar atau nama Arabnya Bilad al-Sham ( بلاد الشام). Kerajaan Syria telah melepaskan tuntutannya terhadap rantau İskenderun, yang sekarang merupakan sebahagian wilayah Hatay di Turki. Kawasan ini pernah dijadikan sebahagian Syria, tetapi pihak Damsyik bersetuju untuk mengiktiraf kedaulatan Turki sebagai sebahagian perjanjian damai dalam sedekad yang lalu. Ketika perang Enam Hari tahun 1967, Israel menawan Tanah Tinggi Golan daripada Syria.[4]

Nama Syria berasal daripada nama Greek kuno "Syrians", Σύροι Syroi, yang dipakai oleh orang Greek untuk menggelar orang Assyria.[5] nama itu mungkin merupakan berasal daripada Ἀσσυρία, Assyria, yang bverasal pula daripada Aššur dalam bahasa Akkadia.[6]

o-SYRIA-WAR-facebook_zps0d88836e.jpg
 
Emiriah Arab Bersatu

Negeri-negeri (lebih dikenali sebagai Amiriah) di sepanjang pesisir pantai Teluk Parsi memberikan kuasa pertahanan dan hal ehwal luar kepada Kerajaan United Kingdom pada kurun kesembilan belas. Pada tahun 1971, enam daripada negeri ini - Abu Dhabi, Ajman, Fujairah, Sharjah, Dubai, dan Umm al-Qaiwain - bergabung untuk menubuhkan Emiriah Arab Bersatu. Pada tahun 1972, persekutuan ini disertai pula oleh Ras al-Khaimah.

Majlis Tertinggi mengandungi pemerintah-pemerintah dari tujuh negeri. Jawatan Presiden dan Naib Presiden dilantik oleh Majlis Tertinggi setiap lima tahun. Majlis Tertinggi juga melantik barisan kabinet sementara Majlis Persekutuan Kebangsaan yang mempunyai ahli seramai 40 orang dari ketujuh-tujuh negeri meneliti dan membincangkan undang-undang yang dicadangkan. Terdapatnya satu sistem mahkamah persekutuan; kesemua negeri kecuali Dubai dan Ras al-Khaimah telah menyertai sistem persekutuan ini; kesemua negeri mempunyai undang-undang sekular dan Islam untuk kes-kes sivil, jenayah, dan mahkamah tinggi.

Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan merupakan Presiden kesatuan ini daripada penubuhan negara ini sehinggalah hari kematiannya pada 2 November 2004. Anak lelakinya, Khalifa bin Zayed Al Nahayan dilantik menjadi presiden keesokkan harinya.

Kekayaan UAE adalah berdasarkan kepada pengeluaran minyak dan gas iaitu 33% daripada GDP negara itu. UAE adalah negara pengeluar minyak ketiga terbesar di kawasan teluk selepas Arab Saudi dan Iran. Sejak 1973, UAE telah mengalami perubahan daripada negara kecil yang terletak di gurun kepada negara moden dengan taraf kehidupan yang tinggi.

UAE_zpsd50a5853.jpg
 
Sierra Leone

Republik Sierra Leone atau Sierra Leone merupakan sebuah negara di Afrika Barat. Namanya merupakan perkataan bahasa Portugis untuk "Banjaran Singa". Ibu negaranya, Freetown diasaskan pada 1787 oleh Syarikat Sierra Leone sebagai petempatan untuk bekas hamba keturunan Afrika-Amerika yang berjuang bagi pihak British dalam Perang Revolusi Amerika. Freetown menjadi Tanah Jajahan Mahkota pada 1896 manakala kawasan di sekelilingnya dijadikan negeri naungan British.

Kedua-dua entiti ini mencapai kemerdekaan sebagai satu negara pada 1961. Dari 1991 hingga 2002, Sierra Leone telah mengalami kemusnahan dan kemunduran disebabkan gerakan pemberontakan. Angkatan bersenjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan United Kingdom telah menewaskan anggota militia dan pemberontak itu pada 2002. Sejak itu, keamanan telah dikembalikan. Pilihan raya presiden dan umum telah diadakan pada Ogos 2007.

Sierra-Leone-4355-4web_zps2198d594.jpg
 
Bangladesh

Bangladesh, secara rasmi digelarkan Republik Rakyat Bangladesh, ialah sebuah negara di sebelah timur laut subbenua India yang terletak di Asia Selatan. Bangladesh bersempadan dengan India di sebelah barat, utara dan timur, dengan Myanmar di sebelah tenggara, dan Teluk Bengal di sebelah selatan. Bersama-sama dengan Bengal Barat di India, Bangladesh terdiri daripada kawasan etnik dan linguistik Bengal. Nama "Bangladesh" bermaksud "Negara Bengal". Bagaimanapun, keasalan perkataan "Bangla" atau "Bengal" tidak diketahui. Ibu negara dan bandar terbesar Bangladesh ialah Dhaka.

Sempadan Bangladesh ditetapkan oleh Pemecahan India pada tahun 1947 ketika negara ini merupakan sayap timur Pakistan (Pakistan Timur) yang dipisahkan daripada sayap barat sejauh 1,600 kilometer (1,000 batu). Walaupun mempunyai agama yang sama, jurang etnik dan linguistik antara kedua-dua sayap diburukkan lagi oleh sebuah kerajaan yang ditempatkan di Pakistan Barat yang bersikap tidak peduli. Ini menyebabkan kemerdekaan Bangladesh pada tahun 1971 selepas peperangan berdarah yang disokong oleh India. Tahun-tahun yang menyusul kemerdekaan ditandai dengan huru-hara politik yang terdiri daripada tiga belas ketua kerajaan yang berlainan, serta sekurang-kurang empat rampasan kuasa tentera.

Bangladesh mempunyai bilangan penduduk yang kelapan terbesar di dunia, tetapi kawasan negara ini sebanyak 144,000 kilometer persegi ditempatkan sembilan puluh tiga di dunia. Oleh itu, Bangladesh merupakan salah satu negara yang terpadat di dunia. Negara ini ialah negara yang mempunyai bilangan orang Islam yang tiga terbesar di dunia, tetapi bilangan ini masih kurang sedikit berbanding dengan bilangan orang Islam yang merupakan kelompok minoriti di India.

Secara geografi, Bangladesh dikuasai oleh Delta Ganges-Brahmaputra yang subur. Negara ini mengalami banjir monsun tahunan, dan siklon kerap berlaku.

Bangladesh adalah salah satu daripada ahli pengasas Pertubuhan Kerjasama Serantau Asia Selatan (SAARC), BIMSTEC, serta ahli Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) dan Lapan Negara Membangun (D-8).

working-people-in-bangladesh_zps29b35d35.jpg
 
Gabon

Republik Gabon adalah sebuah negara di Afrika bahagian barat yang hari kemerdekaannya sama dengan Indonesia. Gabon memiliki kekayaan mineral cukup banyak sedangkan jumlah penduduknya relatif kecil. Kerana kandungan buminya, Gabon dikenali sebagai salah satu negara kaya di Afrika. Gabon bersempadan dengan Guinea Khatulistiwa dan Cameroon di utara dan Republik Congo di barat dan selatan. Luas wilayahnya hampir sama dengan dua kali luas Provinsi Kalimantan Tengah.

Penduduk asli Gabon adalah orang kerdil, yang sudah banyak diserap ke dalam suku Bantu ketika mereka berhijrah. Pada abad ke-15, bangsa Eropah pertama tiba. Nama Gabon berasal daripada "Gabão", yang dalam bahasa Portugis bermaksud "mantle", berkaitan dengan bentuk muara sungai Komo berhampiran Libreville. Peneroka Pierre Savorgnan de Brazza dari Perancis memimpin misi pertama ke Gabon dan Congo pada tahun 1875. Ia mendirikan bandar Franceville, dan kemudian menjadi gabenor kolonial. Beberapa kumpulan Bantu tinggal di kawasan yang kini menjadi Gabon ketika Perancis mendudukinya pada tahun 1885. Pada tahun 1910, Gabon menjadi 1 dari 4 wilayah Afrika Khatulistiwa Perancis, persekutuan yang berlangsung sehingga tahun 1959. Wilayah ini merdeka pada tarikh 17 Ogos 1960. Presiden pertama adalah Léon m'ba yang dipilih tahun 1961, dengan Omar Bongo Ondimba sebagai Wapres. Kepentingan Perancis amat menentukan dalam kepimpinan di Gabon selepas merdeka; kepentingan penebangan Perancis melimpahkan dana untuk kempen pemilihan m'ba, 'evolué' dari kawasan pesisir. Setelah naiknya Gabriel Leon m'ba ke puncak kuasa, akhbar ditekan, demonstrasi politik dilarang, kebebasan bersuara disekat, ParPol lain dikeluarkan secara berperingkat dari kekuasaan dan perlembagaan berubah dengan tuntutan Perancis untuk memberi kuasa di presiden, jawatan yang diduduki Leon m'ba sendiri. Namun, apabila Gabriel Léon m'ba membubarkan Majlis Nasional pada bulan Januari 1964 untuk membentuk kuasa 1 parti, rampasan kuasa tentera muncul untuk mendepaknya dari kekuasaan dan memulihkan demokrasi berparlimen. Zaman kediktatoran m'ba dikenali sebagai "Kepentingan Perancis" yang kemudian secara ketara menjadi nyata ketika perajurit terjung payung Perancis terbang dalam masa 24 jam untuk mengembalikannya ke puncak kuasa. Setelah pertempuran beberapa hari, rampasan kuasa itu berakhir dan pembangkang dipenjara tanpa menghiraukan protes dan keributan yang meluas. Kerajaan Perancis tidak gentar akan kecaman antarabangsa dan paralayang tetap di Camp de Gaulle, di luar ibu kota Gabon. Ketika m'ba meninggal pada tahun 1967, Bongo menggantikannya sebagai presiden, dan terus menjadi ketua negara sehingga kematiannya pada tahun 2009, memenangi setiap pilihan raya dengan suara majoriti.

chicken-muamba_zpsf074aa80.jpg
 
Last edited:
Gambia

Gambia (secara rasmi dikenali sebagai Republik Gambia) ialah negara terkecil di tanah besar Afrika. Terletak di Afrika Barat, ia dibatasi pada sebelah utara, timur, dan selatan oleh Senegal, dan mempunyai pantai yang pendek di Lautan Atlantik di sebelah barat. Sempadan Gambia lebih kurang menepati lalulan Sungai Gambia yang mengalir merentasi bahagian tengah negara ke Lautan Atlantik. Saiznya sekitar 10,500 km², dengan jumlah penduduk sebanyak 1.7 juta orang. Banjul ialah ibu negara Gambia, tetapi konurbasi yang terbesar masih merupakan Serrekunda.

Pada 18 Februari 1965, Gambia diberi kemerdekaan oleh United Kingdom lalu menyertai Negara-Negara Komanwel, sehinggalah ia menarik diri pada Oktober 2013. Gambia berkongsi asal sejarah yang sama dengan banyak negara Afrika Barat, dengan perdagangan abdi merupakan faktor utama dalam pengasasan sebuah tanah jajahan di Sungai Gambia, mula-mulanya oleh orang Portugis dan kemudiannya oleh orang British. Sejak mencapai kemerdekaan, Gambia telah menghayati kestabilan, kecuali suatu tempoh pemerintahan tentera yang singkat pada 1994.[3]

Gambia ialah negara yang kaya dengan pertanian, dengan ekonominya dikuasai oleh pertanian dan penternakan, perikanan, serta pelancongan. Hampir sepertiga jumlah penduduknya hidup di bawah garis kemiskinan antarabangsa sebanyak AS$1.25 sehari.

gambia-village-1_zps7204aa7f.jpg
 
Guinea-Bissau

Republik Guinea-Bissau (República da Guiné-Bissau, disebut IPA /ʁɛ.'pu.βli.kɐ dɐ gi.'nɛ bi.'saw/) adalah sebuah negara di Afrika barat, dan antara negara paling kecil dalam benua Afrika. Ia berkongsi sempadan dengan Senegal di utara, Guinea di selatan dan timur, dengan Lautan Atlantik ke baratnya.

Ia meliputi 36,125 km² (hampir 14,000 bt per) dengan anggaran populasi 1,600,000.


Dahulunya ia tanah jajahan Portugis yang dinama Guinea Portugis, tetapi apabila mencapai kemerdekaan, nama ibu kotanya Bissau ditambah kepada nama rasmi negara untuk mengelak terjadi pengeliruan antaranya dengan Republik Guinea.

Guinea-bissau-bissau-1_zps8cd6e100.jpg
 
Uganda

Pewnghuni manusia terawal di tanah Uganda merupakan golongan pemburu-pengumpul. Antara 2000 dan 1500 tahun dahulu masyarakat berbahasa Bantu yang barangkali berasal dari kawasan tengah dan barat benua Afrika, berhijrah ke bahagian-bahagian selatan negara.[1][2] Golongan-golongan ini membawa dan mengembangkan kemahiran pertukangan besi dan ide-ide baru untuk pertubuhan sosial dan politik. Empayar Kitara pada abad ke-14 dan ke-15 dijadikan satu contoh bentuk terawal organisasi formal, diikuti kerajaan Bunyoro-Kitara, dan, kemudiannya, Buganda dan Ankole pada abad-abad seterusnya.[3]

Orang Nilotik termasuk orang Luo dan Ateker memasuki negara dari utara, barangkalinya sejak tahun 120 M. Kebanyakan mereka ialah gembala lembu dan petani sara diri yang bertumpu di kawasan utara dan timur negara. Sebilangan orang Luo menyerang masuk kawasan Bunyoro dan berasimilasi dengan orang Bantu di sana, lalu menubuhkan dinasti Babiito di bawah Omukama (pemerintah) Bunyoro-Kitara.[4] Migrasi Luo berterusan sehingga abad ke-16, dengan beberapa orang Luo tinggal bersama orang Bantu di Uganda Timur, manakala yang lain menghala ke pantai barat Tasik Victoria di Kenya dan Tanzania. Orang Ateker (Karimojong dan Teso) menduduki bahagian timur laut dan timur negara, dan ada yang bergabung dengan orang Luo di kawasan utara Tasik Kyoga.

Pedagang Arab berpindah ke pedalaman dari pantai Lautan Hindi Afrika Timur pada 1830-an, diikuti oleh peneroka British pada yang mencari punca Sungai Nil pada 1860-an. Mubaligh Protestan memasuki Uganda pada tahun 1877, diikuti mubaligh Katolik pada tahun 1879.[5] United Kingdom meletakkan kawasan Uganda di bawah piagam Syarikat Afrika Timur British pada tahun 1888, dan memerintahnya sebagai naungan sejak tahun 1894. Setelah disepadukan dengan wilkayah dan kerajaan yang lain, naungan muktamad bernama Uganda terbentuk pada tahun 1914.

Uganda mencapai kemerdekaan pada tahun 1962, dengan Milton Obote memegang kuasa eksekutif sebagai Perdana Menteri. Perlembagaan dipinda pada tahun 1963 untuk memuaskan perikatan antara Kongres Rakyat Uganda (UPC) dan Parti Kabaka Yekka ketika pilihanraya tahun 1962. Ini menghasilkan jawatan Ketua Negara atas nama iaitu Presiden dan juga jawatan naib presiden. Kerajaan UPC melantik Edward Muteesa II, Kabaka (Raja) Buganda, sebagai Presiden dan Ketua Panglima angkatan bersenjata. William Wilberforce Nadiope, Kyabazing Busoga, (ketua agung), dijadikan Naib Presiden. Pada tahun 1966, Obote menggulingkan raja tersebut. Parlimen yang didominasi UPC meminda perlembagaan dan Obote menjadi presiden. Pilihanraya digantung, lalu mengundang zaman yang mana banyak berlakunya rampasan kuasa sehingga pertengahan 1980-an. Obote digulingkan dari jawatannya dua kali oleh rampasan kuasa tentera.

Idi Amin merampas kuasa pada tahun 1971 dan memerintah negara dengan kuasa tentera untuk sedekad seterusnya.[6] Pemerintahan Idi Amin meragut sebanyak 300,000 nyawa orang Uganda. Beliau mengusir golongan minoriti usahawan India dari Uganda lalu mengecutkan lagi ekonomi negara. Pemerintahan Idi Amin berakhir setelah Perang Uganda-Tanzania pada tahun 1979 yang mana angkatan Tanzania yang dibantu orang buangan Uganda menyerang Uganda. Ini juga mengembalikan Obote, yang kemudian dijatuhkan sekali lagi pada tahun 1985 oleh Jeneral Tito Okello. Okello memerintah selama enam bulan sehingga digulingkan selepas perang belukar oleh Tentera Penentangan Rakyat (NRM) yang beroperasi di bawah kepimpinan presiden masa kini, Yoweri Museveni, dan pelbagai golongan pemberontak, termasuk Gerakan Demokratik Persekutuan oleh Andrew Kayiira, dan sebuah lagi yang dipimpin John Nkwanga.

Museveni memegang kuasa sejak tahun 1986. Pada pertengahan hingga akhir 1990-an, beliau dipuji oleh dunia Barat sebagai sebahagian generasi pemimpin Afrika baru. Bagaimanapun, kepimpinan Museveni tercabar oleh penglibatan beliau dalam perang saudara di Republik Demokratik Congo (DRC) dan konflik-konflik lain di kawasan Tasik-Tasik Besar, dan juga perang saudara menentang Tentera Penentangan Lord. Pada tahun 2007, Uganda menghantar askar ke dalam misi pengamanan Kesatuan Afrika di Somalia.

uganda_0957-r_zps18b5b0a5.jpg
 
Back
Top
Log in Register