BTC USD 77,980.2 Gold USD 4,381.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

Pakistan

Republik Islam Pakistan atau Pakistan, adalah sebuah negara yang terletak Asia Selatan. Ia mempunyai garis pantai 1,046 kilometer (650 batu) sepanjang Laut Arab di selatan, dan disemapadani oleh Afghanistan dan Iran di barat, India di timur dan China di timur laut jauh.


Majoriti penduduk Pakistan adalah Muslim Sunni. Pakistan adalah negara ke-6 yang mempunyai penduduk teramai di dunia dan negara ke-2 yang mempunyai penduduk beragama Islam teramai di dunia selepas Indonesia.

Pakistan sebenarnya sebahagian daripada India dan berpecah kepada Pakistan Barat dan Pakistan Timur. Pakistan Timur dikenali sebagai Bangladesh , kini.

Pakistan pernah dijajah oleh British dan menjadi sebahagian dari India British yang berpusat di Delhi. Tapak tamadun purba Mahenjo Daro terletak di Lembangan Indus, Pakistan. Lembangan ini pernah dijajah oleh kuasa Parsi dan Greek . Kemudian dikuasai oleh kuasa Arab, Afghan, Turki , Baloch dan Mongol.

Negara Pakistan kini terdiri daripada empat buah wilayah iaitu Sindh, Punjab, Balochistan dan Wilayah Sempadan Barat Laut. Ia turut mentadbir sebahagian wilayah Kashmir yang turut dituntut oleh India.

Lembangan Indus pernah terdiri beberapa kerajaan purba, termasuklah Mehrgarh, salah satu bandar purba yang terawal diketahui, dan Tamadun Lembah Indus di Harappa dan Mohenjo-daro.

Beberapa penakluk pernah menguasai wilayah ini. Kuasa penakluk itu termasuklah termasuk Harappa, Indo-Arya, Parsi, Yunani, Saka, Parthia, Kushan, White Hun, Afghan, Arab, Turki dan Mughal.

Tamadun Lembah Indus runtuh pada pertengahan alaf kedua SM dan diikuti oleh Tamadun Vedik yang menjangkau sebahagian besar dataran Indo-Ganges.

Negara Pakistan ditubuhkan pada 14 Ogos 1947. Tetapi sejarah awalnya bertindah-tindih dengan sejarah India, Afghanistan dan Iran. Ini termasuklah sejarah Laluan Sutera.

HiddenLakeKarumbar_zpsbd2aa367.jpg
 
Palestin

Palestin atau Negara Palestin (bahasa Arab:فلسطين Falasṭīn, bahasa Ibrani: פלשתינה Palestina) ialah nama yang digunakan dengan meluas sejak era Rom lagi untuk merujuk kepada kawasan di Timur Tengah di antara Laut Mediterranean, Terusan Suez dan Sungai Jordan.

Dalam pengertian geografi yang luas, Palestin merujuk kepada kawasan yang merangkumi wilayah-wilayah Palestin, di samping sebahagian daripada Jordan, Lubnan dan Syria serta Israel. Dalam pengertian yang sempit pula, ia merujuk kepada kawasan di dalam sempadan bekas Mandat British Palestin (1920-1948), di sebelah barat Sungai Jordan.

Hari ini, Palestin boleh digunakan untuk merujuk kepada Negara Palestin yang dicadangkan oleh Pihak Berkuasa Palestin yang berpusat di Wilayah Tebing Barat.

Di dalam konteks Konflik Israel-Palestin, istilah Palestin mempunyai konotasi politik yang amat berat dan boleh mencetuskan kontroversi.

Sejarah Palestin bermula sejarak zaman prasejarah. Selepas pembubaran Empayar Turki Uthmaniyyah pada 1922 selepas Perang Dunia Pertama, Liga Bangsa telah membahagikan tanah jajahan empayar tersebut antara Tentera Bersekutu. Bahagian yang dikenali sebagai Israel, Jordan, Tebing Barat dan Jalur Gaza hari ini diserahkan kepada pihak British sebagai Mandat British Palestin.

Pada 1948, Negeri Israel diisytiharkan merdeka dan menduduki tanah di bekas Mandat British yang dibahagikan kepada "negara Yahudi" di bawah Rancangan Pemecahan Bahagian PBB 1947 (tidak termasuk Tebing Barat). Cetusan Perang Arab-Israel 1948 pula mengubah lagi sempadan di tanah suci itu. Nerikutan perang itu, Jaluran Gaza diilhakkan oleh Mesir, manakala Tebing Barat diilhakkan oleh Jordan. Perjanjian Gencatan Senjata 1949 yang dimeterai oleh Israel dan negara-negara Arab menentukan sempadan antara Israel, Jaluran Gaza dan Tebing Barat.

Perang Enam Hari 1967 melihatkan Israel menceroboh Semenanjung Gaza, Tebing Barat dan Bukit Golan, Syria dalam satu operasi ketenteraan. Sehingga kini, Israel menjajah kebanyakan kawasan di Tebing Barat. Banyak petempatan Yahudi juga dibina sejak pengiilhakan tersebut

israel_palestine-map-edit-135360153824_zpsd1769aa7.jpg
 
Arab Saudi

Kerajaan Arab Saudi (Bahasa Arab: المملكة العربية السعودية‎, al-Mamlaka al-ʻArabiyya as-Suʻūdiyya) merupakan negara terbesar di Semenanjung Arab. Ia bersempadan dengan Jordan pada barat laut, Iraq pada utara dan timur laut, Kuwait, Qatar, Bahrain, dan Amiriah Arab Bersatu pada timur, Oman pada tenggara, dan Yaman pada selatan. Teluk Parsi terletak ke timur laut dan Laut Merah ke barat. Ia mempunyai anggaran populasi dari 27.6 juta, dan saiznya kira-kira 2,150,000 km persegi (830,000 batu persegi).

Kerajaan ini kadangkala dipanggil "Tanah dari Dua Masjid Suci" dalam rujukan kepada Makkah dan Madinah, dua tempat paling suci dalam Islam. Dalam bahasa Inggeris, negara ini paling lazim dirujuk sebagai Arab Saudi (disebut /ˈsɒdɪ/ atau /ˈsaʊdɪ əˈɹeɪbɪə/). Kerajaan ini telah diasaskan oleh Abdul-Aziz bin Saud, iaitu usaha dimulakan pada 1902 apabila dia menawan tanah moyang Al-Saud Riyadh, dan berakhir pada 1932 dengan pengisytiharaan, dan pengakuan Kerajaan Arab Saudi.

Arab Saudi merupakan pengeksport petroleum dan petroleum terbesar dunia yang mejanakan ekonomi Saudi.[3] Minyak dikira untuk lebih dari 90 peratus dari eksport dan hampir 75 peratus dari hasil kerajaan, memberikan kemudahan kepada penciptaan negara kebajikan,[4][5] iaitu kerajaan menemui kesukaran untuk berdana semasa tempoh harga minyak rendah.[6] Kumpulan hak asasi kemanusiaan seperti Amnesti Antarabangsa dan Pantauan Hak Asasi Kemanusiaan telah berulangkali meluahkan kebimbangan mengenai negeri hak asasi kemanusiaan di Arab Saudi, walaupun kebimbangan ini telah disingkirkan oleh kerajaan Saudi.

aaalameca_zpsni0vxft0.jpg
 
Senegal

Senegal terletak di barat Afrika. Keluasannya ialah 200 000 km persegi. Ia mempunyai penduduk 15 juta orang. Iklim adalah tropika bersilih ganti musim kering dan hujan.Ibu negara adalah Dakar.Merdeka dari Perancis tahun 1960. Salah sebuah negara yang amana damai di Afrika.

Ekonomi bergantung pada bahan komuditidan bahan asli. Industri yang utama adalah proses ikan,melombong fosfat,pengeluaran baja,penapisan petrolium,


senegal-beach_zpsgebk8yyo.jpg
 
Sudan

Sudan (nama resmi: Republic of Sudan) adalah negara yang terletak di timur laut benua Afrika. Sebelum referendum yang memisahkan Sudan menjadi dua bagian, Sudan merupakan negara terluas di Afrika dan di daerah Arab, serta terluas kesepuluh di dunia. Negara ini berbatasan dengan Mesir di utara, Laut Merah di timur laut, Kongo dan Afrika Tengah di barat daya, Chad di barat, dan Libya di barat laut. Sungai Nil yang merupakan sungai terpanjang di dunia.

Sebagai anggota dari PBB, Sudan juga anggota dari Arab Union, Liga Arab, OKI,Gerakan Non-Blok dan juga sebagai pengamat di WTO. Ibu kota negara ini adalah Khartoum yang merupakan pusat politik, kebudayaan, dan perdagangan. Sementara Omdurman sebagai kota terbesarnya dengan jumlah populasi sebesar 42 juta jiwa. Islam Sunni merupakan agama resmi dan terbanyak dianut sementara bahasa Arab merupakan bahasa resmi negara ini secara de jure dan bahasa Inggris secara de facto.

ss-110111-sudan-05_zps32f0c2bf.jpg
 
Somalia

Somalia (bahasa Somali: Soomaaliya; bahasa Arab: الصومال, As-Sumal), rasmi dinamakan Republik Persekutuan Somalia yang dulunya dikenali sebagai Republik Demokratik Somalia, merupakan sebuah negara di Tanduk Afrika (Horn of Africa). Ia bersempadankan Djibouti di barat laut, Kenya di barat daya, Teluk Aden dengan Yemen ke utara, Lautan Hindi ke timur, dan Ethiopia di barat.

Sejak zaman berzaman, Somalia merupakan satu pusat yang sangat penting bagi perdagangan dengan dunia purba yang lain. Pelautnya dan pedagangnya merupakan pembekal penting bagi menyalurkan kemenyan, morhabshi dan rempah ratus, item-item yang dianggap barangan mewah oleh Mesir Purba, Phoenicia, Yunani Mycenaean dan Babylon apabila berdagang dengan orang Somali.[1][2] Merujuk kepada kebanyakan sarjana, Somalia juga merupakan tempat terletaknya Kerajaan diRaja Punt.[3][4][5][6] Punt purba merupakan sebuah negara yang mana masyarakatnya mempunyai hubungan rapat dengan Pharaoh Mesir semasa zaman-zaman Pharaoh Sahure dan Permaisuri Hatshepsut. Struktur piramid, kuil-kuil dan rumah perhiasan batu purba berselerak di sekitar Somalia dikatakan mempunyai tarikh bermula dengan zanan ini.[7] Di dalam era klasik, beberapa bandar purba- menyatakan sebagai contoh Opone, Mosyllon dan Malao yang bersaing dengan Sabaeans, Parthians dan Axumites bagi dagangan Indo-Greco-Roman yang kaya juga melimpah ruah di Somalia.[8]

Kelahiran Islam pada teluk bertentangan dengan sebelah Laut Merah Somalia bermakna para pedagang Somali, pelaut dan ekspatriat yang hidup di Semenanjung Arab beransur-asur di bawah pengaruh agama baru menerusi rakan dagang Arab Muslim mereka. Dengan perpindahan dan pelarian keluarga-keluarga Muslim dari dunia Islam ke Somalia pada awal abad-abad Islam dan penukaran agama bagi populasi Somali oleh sarjana Muslim pada abad-abad berikutnya, bandar-negara purba akhirnya menjadi Mogadishu, Berbera, Zeila, Barawa dan Merka yang Islam, yang menjadi sebagian daripada tamadun Berber. Bandaraya Mogadishu telah menjadi semakini dikenali sebagai Bandaraya Islam,[9] dan kawalan terhadap perdagangan emas Afrika Timur untuk beberapa abad.[10] Di dalam Zaman Pertengahan, beberapa Empayar Somali telah mendominasi kawasan dagangan termasuklah Negara Ajuuraan, yang telah berjaya di dalam bidang hidraulik kejuruteraan dan bangunan-bangunan kubu,[11] Sultan Adal, yang mana jeneral Ahmed Gurey telah menjadi komander Afrika di dalam sejarah untuk menggunakan peperangan meriam terhadap benua yang mana penaklukan Empayar Ethiopian,[12] dan Dinasti Gobroon Adal , yang mana dominasi ketenteraan memaksa gobernor Omani empire di utara bandaraya Lamu untuk membayar ufti kepada Somali Sultan Ahmed Yusuf.[13] Pada akhir Abad ke-19, Persidangan Berlin sudah berakhir, Empayar-empayar Europah belayar dengan tentera mereka dengan tentera ke Semenanjung Afrika. Imperial telah liang liuk membayangi terhadap Somalia telah mencemaskan pemimpin Dervish Muhammad Abdullah Hassan, yang telah mengumpulkan orang Somali dari merentasi Tanjung Afrika dan telah memulakan satu daripada perang penentangan koloni yang sangat lama.

Somalia tidak pernah dijajah secara rasmi.[14][15][16] Negara Dervish telah berjaya menangkis Emapayar British empat kali dan telah memaksa mereka berundur ke kawasan tepi pantai.[17] Hasil daripada kemenangan tersebut masyhur di Timur Tengah dan Eropah, negara Dervish telah diiktiraf sebagai sebuah sekutu oleh Empayar Othmaniah dan Empayar Jerman,[18][19] dan kekal sehingga tamat Perang Dunia I hanya kuasa Muslim tunggal di benua tersebut. Selepas satu suku abad menghalang British dari mendekati, akhirnya negara Dervish itu ditewaskan pada tahun 1920 apabila Britain buat pertama kali di Afrika menggunakan kapal terbang apabila ia mengebom ibukota it bombed the Dervish, Taleex. Hasil daripada pengeboman ini, bekas kawasan Dervish ini menjadi sebuah negeri naungan Britain. Italy juga menghadapi tentangan yang serupa daripada Sultans Somali dan tentera tidak menghendaki kawalan penuh terhadap bahagian-bahagian daripada Somalia moden sehingga era Fasis pada akhir tahun 1927. Penaklukan ini berakhir sehingga 1941 dan telah diganti dengan satu pentadbiran ketenteraan British . Somalia Utara would remain a negeri naungan manakala Somalia Selatan telah menjadi satu peramanahan. Gabungan dua negeri ini pada tahun 1960 telah membentuk Republik Demokratik Somalia.

Disebabkan oleh hubungan persaudaraan dengan Dunia Arab, Somalia telah diterima sebagai ahli Liga Arab pada tahun 1974. Untuk menguakan lagi hubungan dengan rakan di dalam benua Afrika yang lain, Somalia ,menyertai negara-negara Afrika apabila ia mengasaskan Kesatuan Afrika, dan telah mula untuk menyokong ANC di Afrika Selatan menentang against regim aparteid[20] dan Pejuang pemisah Eritrean di Ethiopia semasa Perang kemerdekaan Eritrea.[21] Bukan hanya merupakan sebuah negara Muslim, Somalia juga merupakan salah sebuah negara pengasas Pertubuhan Persidangan Islam dan juga merupakan ahli PBB dan NAM. Di sebalik mengalami perang saudara dan ketidakstabilan, Somalia sudah berjaya mengekalkan sebuah ekonomi pasaran bebas yang mana, menurut PBB, mengalahkan banyak negara lain di Afrika.[22]

09_PHG1_zps61cf7476.jpg
 
Tunisia

Tunisia (Bahasa Arab: تونس), secara rasminya Republik Tunisia (الجمهورية التونسية), ialah sebuah negara yang terletak di pantai Mediterranean di Afrika Utara. Ia adalah negara Afrika yang paling utara serta negara terkecil yang terletak di Banjaran Atlas. Lebih kurang 40% daripada negara ini terdiri daripada gurun Sahara, dengan kebanyakan kawasan yang lain terdiri khususnya daripada tanih subur. Kedua-dua kawasan tersebut memainkan peranan yang utama pada zaman kuno, awal-awalnya kepada kota Carthage Phoenicia yang termasyhur dan kemudiannya, sebagai Provinsi Afrika yang kemudian dikenali sebagai bakul roti Empayar Rom. Panjang garis pinggir lautnya 1,300 kilometer.

Nama Tunis (bahasa Arab untuk kedua-dua negara dan ibu negara) dianggap berasal daripada bahasa Barbar yang membawa pengertian "tanjung tinggi" atau "menghabiskan malam".

tunisia-beach-2_zpse4ec6862.jpg
 
Turki

Republik Turki (bahasa Turki: Türkiye Cumhuriyeti), secara rasmi dipanggil Republik Turki, ialah sebuah negara Eurasia di Timur Tengah yang terletak di antara benua Eropah dan Asia. Sebahagian besar Turki terletak di Semenanjung Anatolia di Asia dan bahagian kecil wilayahnya terletak di Wilayah Balkan Barat Laut Benua Eropah. Turki bersempadan dengan 8 negara, iaitu Bulgaria di barat laut; Greece di barat; Georgia, Armenia dan Azerbaijan di timur laut; Iran di timur; dan Iraq dan Syria di tenggara. Selain itu, ia menyempadani Laut Hitam di utara, Laut Aegea di barat, dan Laut Mediterranean di selatan. Turki juga mengandungi Laut Marmara yang dipergunakan oleh para ahli geografi untuk menandakan sempadan di antara Eropah dan Asia dan oleh itu, menyebabkan Turki merupakan sebuah negara rentas benua.[1]

Kawasan yang terdiri daripada Turki moden telah melihat kelahiran peradaban-peradaban utama, termasuk Empayar Byzantine dan Empayar Turki Uthmaniyyah. Disebabkan oleh lokasinya yang strategik di persilangan dua buah benua, budaya Turki merupakan campuran budaya Timur dan Barat yang unik yang sering diperihalkan sebagai jambatan antara dua buah peradaban. Dengan kewujudan kawasan yang kuat dari Adriatik ke China di dalam jalur tanah di antara Rusia dan India, Turki telah memperoleh kepentingan strategik yang semakin bertumbuh. [2][3]

Turki ialah sebuah republik berperlembagaan yang demokratik, sekular, dan satuan. Sistem politiknya diasaskan pada tahun 1923 di bawah pimpinan Mustafa Kemal Atatürk selepas kejatuhan Empayar Otoman, akibat Perang Dunia I. Sejak itu, Turki telah beransur-ansur bergabung dengan Barat sementara menjalin hubungan dengan dunia Timur. Negara ini ialah salah satu ahli pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, [4] Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), [5] Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan, [6] dan Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah, [7] serta negara ahli Majlis Eropah sejak tahun 1949, [8] dan NATO sejak tahun 1952. [9] Sejak tahun 2005, Turki adalah satu-satunya negara Islam pertama yang berunding menyertai Kesatuan Eropah, setelah merupakan ahli bersekutu sejak tahun 1963. [10] Turki juga merupakan ahli negara perindustrian G20 yang mempertemukan 20 buah ekonomi yang terbesar di dunia.

turki_zpsff95d157.jpg
 
Yaman

SEJARAH
Yaman juga dikenali dalam beberapa buah buku sejarah dengan beberapa nama. Di antaranya ialah “Arab Felix” dan di dalam lagenda lama Yaman dikenali sebagai Negara Selatan, Negara Raja Saba’, Raja Selatan dan Raja Timna. Ada sesetengah pendapat mengatakan perkataan Yaman diambil daripada nama seorang pemerintah Yaman iaitu Ayman Ibn Ya'arub Ibn Joktan seorang lagenda Arab kuno. Ramai orang-orang Arab mengatakan perkataan Yaman diambil dari perkataan Ya,mim, nun (YAMN) yang bermakna rahmat, berkat dan makmur iaitu bersamaan dengan nama “Arab Felix”(dalam Bahasa Latin bermakna Happy Arabia). Sesetengah pendapat mengklasifikasikan perkataan Yaman diambil dari “yumna” yang bermakna Arab dari kanan Ka’abah. Orang-orang dari sebelah timur mengatakan bahawa perkataan "yumna" bermakna arah ke hadapan sebelah kanan Ka'abah. Sebabnya arah kanan merupakan satu simbol atau lambang kepada kejayaan dan keberuntungan. Sesetengah orang Arab sendiri termasuk orang-orang Yaman beranggapan perkataan ‘al- Sham’ ialah utara dan ‘al- Yaman’ ialah selatan dan pada hari ini ianya dikenali sebagai Republik Yaman.


Kerajaan yang terawal dalam sejarah Yaman ialah kerajaan Saba (Sheba). Kerajaan ini telah ditubuhkan pada kurun ke 10 sebelum masihi dan diperintah oleh Puteri Balqis. Pada masa itu, ia adalah sebuah kerajaan yang besar dan mewah dan juga terkenal dengan kecekapan di bidang pertanian terutama sekali dalam sistem pengairannya yang maju. Kerajaan ini berpusat di Ma'rib. Pada masa yang sama, jauh di selatan dan timur (yang mana selepas itu dikenali sebagai Yaman selatan) diperintah oleh Kerajaan Qataban dan Kerajaan Hadhramaut yang terlibat dalam perdagangan yang intensif. Selepas itu Yaman diperintah oleh kerajaan beraja Himyar. Kerajaan ini merupakan kerajaan agung beraja terakhir sebelum Islam. Ia mula memerintah dari kurun pertama hingga 500 masihi.


Yaman adalah satu-satunya negara Arab yang menerima Agama Islam secara sukarela. Semasa penyebaran agama tersebut ke Yaman, masih dikenang dalam sejarah Islam ialah kemasukan beramai-ramai pengikut-pengikut kabilah Hamdani dan dikatakan sebanyak 20 ribu orang memeluk Agama Islam dalam masa sehari.

2916804413_ae45b5fce2_zps9eb95b04.jpg
 
Bahrain

Bahrain telah diduduki oleh manusia sejak zaman pra-sejarah lagi. Lokasinya yang strategik di Teluk Parsi telah membawa kepada pengaruh daripada orang-orang Assyria, Babylon, Yunani, Parsi, dan akhir sekali Arab (penduduknya kemudian menjadi Muslim). Bahrain pada zaman silam dikenali sebagai Dilmun, Tylos (nama Greeknya), Awal, malah Mishmahig sewaktu dibawah pemerintahan Empayar Parsi.

Pulau-pulau di Bahrain yang terletak di tengah-tengah sebelah selatan Teluk Parsi berjaya menarik penjajah sepanjang sejarah. Bahrain dalam Bahasa Arab bermaksud "Dua Laut". Hal ini sama ada merujuk kepada fakta yang pulau ini mempunyai dua sumber air berbeza, air tawar dan air masin atau kepada air disebelah utara dan selatan teluk ini, memisahkannya daripada Semenanjung Arab dan Iran.

Sebagai sebuah pulau yang strategik, subur, dan mempunyai bekalan air mentah, Bahrain menjadi antara pusat tamadun dunia sepanjang sejarah. Selama 2300 tahun, Bahrain menjadi pusat perdagangan dunia di antara Mesopotamia (sekarang Iraq) dan Lembah Indus (sekarang sebuah wilayah di India). Hal ini ialah tamadun Delmon yang mempunyai kait rapat dengan Tamadun Sumeria pada kurun ke-3 SM. Bahrain menjadi sebahagian daripada Babylon lebih kurang pada tahun 600 SM. Rekod-rekod sejarah menunjukkan Bahrain dikenali melalui pelbagai gelaran yang antaranya "Mutiara Teluk Parsi".

Dari kurun ke-16 masihi sehingga tahun 1743, pemerintahan Bahrain sentiasa berubah-ubah di antara Portugis dan Parsi. Akhirnya, Raja Parsi, Nadir Shah menguasai Bahrain dan sebagai sebab politik menyokong majoriti Syiah. Pada lewat kurun ke-18 masihi Keluarga Al-Khalifa menawan pulau ini. Bagi meneruskan penguasaan terhadap pulau ini dan menghalangnya daripada jatuh kembali ke tangan pihak Parsi, mereka menjalinkan persahabatan dengan United Kingdom dan menjadi negeri naungan British.

Minyak dijumpai pada tahun 1931. Hal ini membawa kepada pemodenan dan pembangunan kepada Bahrain. Ia juga menjadikan hubungan dengan United Kingdom lebih baik. Hal ini dibuktikan dengan British membina lebih banyak pangkalan di pulau itu. Pengaruh British berkembang sambil negara ini berkembang. Hubungan ini mencapai ke tahap kemuncak apabila Charles Belgrave dilantik menjadi penasihat. Belgrave kemudiannya menubuhkan satu sistem pendidikan moden di Bahrain.

Selepas Perang Dunia II, sentimen anti-British tersebar dengan meluas di seluruh dunia Arab dan ini mengakibatkan berlakunya rusuhan di Bahrain. Pada tahun 1960-an, pihak British menggesa supaya isu Bahrain diberi perhatian oleh masyrakat antarabangsa dan PBB. Pada tahun 1970, Iran secara terus menerus menuntut haknya terhadap Bahrain dan pulau-pulau lain di Teluk Parsi. Walau bagaimanapun, dalam satu perjanjian dengan pihak UK, mereka bersetuju untuk tidak meneruskan tuntutannya terhadap Bahrain jika tuntutan Iran yang lain dipersetujui. Hal ini menjamin kemerdekaan Bahrain dan identiti Arabnya. Bahrain sehingga ke hari ini merupakan ahli Liga Arab.

British berundur daripada Bahrain pada bulan Ogos 1971, menjadikan Bahrain sebagai sebuah negara merdeka. Peningkatan harga minyak pada tahun 1980-an sangat menguntungkan Bahrain, tetapi penurunannya amat dirasai. Bagaimanapun, negara ini mula mempelbagaikan sektor ekonominya. Peristiwa perang saudara di Lubnan menguntungkan Bahrain apabila mereka menggantikan Beirut sebagai pusat kewangan Timur Tengah.

Selepas berlakunya Revolusi Islam Iran pada tahun 1979, fundamentalis Syiah Bahrain pada tahun 1981 telah melancarkan perebutan kuasa. Walau bagaimanapun, percubaan mereka gagal. Pada tahun 1994, rusuhan demi rusuhan dilakukan oleh golongan Syiah yang tidak berpuas hati dengan ketidakadilan kerajaan.

Pada bulan Mac 1999, Hamad ibn Isa al-Khalifah menggantikan ayahandanya sebagai ketua negara. Beliau menjalankan pelbagai perubahan, antaranya; memberi hak mengundi kepada kaum wanita dan membebaskan semua tahanan politik.

759_tmp6BB_zps24aec42a.jpg
 
Back
Top
Log in Register