BTC USD 76,674.9 Gold USD 4,348.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

Iran

Iran, (ايران, Īrān), atau nama rasminya Republik Islam Iran (Parsi: جمهوری اسلامی ايران, Jomhuriye Eslamiye Iran), juga dikenali sebagai Parsi di negara-negara barat, adalah sebuah negara di Asia Barat. Ia bersempadan dengan Armenia, Azerbaijan dan Turkmenistan di utara, Pakistan dan Afghanistan di sebelah timur, dan Turki dan Iraq di sebelah barat. Iran juga berkongsi Teluk Parsi dengan Kuwait, Iraq, Arab Saudi, Bahrain, Oman, Qatar dan juga Emiriah Arab Bersatu. Agama rasminya ialah Islam Syiah dan bahasa rasminya ialah Bahasa Parsi.

Iran merupakan sebuah negara yang menyimpan antara tamadun yang tertua di dunia. Berumur hampir 6000 tahun, Iran terletak di tengah-tengah benua Eurasia dan ini menjadikan ia cukup penting dalam tamadun dunia kerana mempunyai kedudukan geografi yang strategik. Iran juga adalah ahli pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Persidangan Islam, Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum dan Organisasi Kerjasama Ekonomi. Merupakan antara kuasa rantau yang terpenting di Asia Barat Daya, Iran memainkan peranan yang penting dalam ekonomi dunia melalui simpanan minyaknya yang banyak. Nama Iran ini berkait rapat dengan Arya, dan bermaksud "Tanah Arya" dalam bahasa Parsi


40sotoon_zpsqmzkxqit.jpg
 
Jordan

Petra: Petra dikira sebagai tempat pelancongan yang paling terkenal di Jordan. Petra yang telah didiami oleh puak Arab
Al-Anbat lebih 2000 tahun dahuli merupakan bandar kuno yang terdiri dari pada bukit-bukit yang diukir menjadi tempat-tempat kediaman mereka. Petra dianggap sebagai ibu negara mereka yang dikenali sebagai Al-Madinah Al-Wardiyyah, dinisbahkan kepada warna batu-batu yang diukir yang menjadikan pembinaannya sebagai binaan yang unik.

Jerash: Ia merupakan bandar bersejarah yang ditinggalkan oleh puak Rom yang telah terbukti sebagai suatu tamadun yang lama. Jerash juga merupakan antara sebilangan kecil bandar-bandar bersejarah yang masih kekal pada hari ini.

Bandar Umm Qays: Sejarahnya jelas wujud berhampiran wadi Yarmouk, lembah subur Jordan dan tasik Thabariyya dan berhadapan dengan tanah tinggi Golan. Kemudahan infrastruktur yang dapat dilihat di sana adalah terdiri dari pada jalan-jalan, pentas-pentas teater, bilik-bilik mandi awam yang telah dibina dari batu basalt hitam, di samping terdapat juga kuburan-kuburan yang besar, pasar-pasar, pintu-pintu gerbang, gereja-gereja dan terowong-terowong yang dianggap sebagai karya agung dalam kejuruteraan pengairan.

Madaba: Di dalam suratan sejarah, ia merupakan ibu negara Al-Fusaifisa' (Mosaic) di Jordan dan bandar gereja.

Aqaba: Sebuah bandar di Teluk Aqaba, di sana terdapat banyak pusat-pusat membeli belah, pusat-pusat peranginan, hotel-hotel dan pusat-pusat aktiviti sukan air dan aktiviti menyelam. Selain itu, di Aqaba juga terdapat tempat-tempat dan tinggalan-tinggalan sejarah seperti kota Aqaba.

Wadi Ramm: Kawasan berbatu yang dipenuhi bukit-bukit yang sangat terkenal dengan warna kemerah-merahan. Ia terletak di selatan Jordan dan terkenal dengan sukan memanjat.

Laut Mati: Merupakan tempat yang paling rendah di atas muka bumi ini di mana ketinggiannya hanyalah 417 meter dari permukaan laut. Ketumpatan air Laut Mati adalah tersangat tinggi. Ini disebabkan ketumpatan kandungan garamnya sehingga memberikannya ciri-ciri yang istimewa seperti ia boleh digunakan untuk tujuan perubatan bagi penyakit kulit. Beberapa tempat peranginan dan hotel telah dibina di persisiran pantai Laut Mati di samping terdapat juga pusat terapi moden yang sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan.

Makam-makam bersejarah: Jordan juga menyimpan pelbagai kesan sejarah keagamaan seperti makam-makam nabi Ayyub, Syuaib, Hud, Nuh a.s dan Gunung Nebo yang pernah menjadi tempat berdirinya Nabi Musa a.s. Ini kerana Ia merupakan antara bumi-bumi yang diutuskan padanya nabi-nabi Allah yang terdahulu.

Jordan-jordan-the-arab-country-15608188-540-405_zps5576f40d.jpg
 
Last edited:
Kuwait

Kuwait ditubuhkan pada abad ke-16 ketika beberapa suku bedouin dari puak "Al Aniza" berhijrah ke pesisir utara Teluk Arab dari Najd, tanah air mereka di negeri Arab Tengah yang dilanda kebuluran. Mereka menetap di tempat yang kini dikenali sebagai Qatar selama melebihi 60 tahun sebelum berhijrah sekali lagi menyeberangi laut untuk menetap di Kepulauan De Chader, dan membina sebuah "kut" (kubu yang kecil) di sana.

Pemerintah-pemerintah negara ini yang terkini dari keturunan Sabah I. Sabah I telah dipilih oleh komunitinya yang terdiri terutamanya daripada saudagar-saudagar, dan ditugaskan untuk mentadbirkan hal ehwal negara, termasuk hal ehwal luar negeri dan pencukaian. Cara ini berbeza dengan kebanyakan amiriah yang lain di Teluk Parsi yang dikuasai oleh para pemerintah yang merampas kuasa.

Abad ke-17 melihat Semenanjung Arab mengalami masa-masa yang huru-hara. Kawasan yang kini merupakan Kuwait ketika itu dihuni oleh puak-puak dan dipergunakan untuk perdagangan rempah dari India. Menjelang abad ke-18, kebanyakan orang tempatan mencari rezeki melalui penjualan mutiara. Akan tetapi ketika perladangan mutiara dikembangkan di Jepun semasa dekad 1930-an, Kuwait jatuh miskin.

Pada tahun 1899, pengaruh British yang semakin bertambah menyebabkan Kuwait menjadi salah satu negeri naungan British. Minyak mengubah Kuwait menjadi salah satu negara yang terkaya di Semenanjung Arab. Pada tahun 1953, Kuwait menjadi pengeksport minyak yang terbesar di Teluk Parsi. Pertumbuhan yang pesat ini menarik banyak buruh pendatang yang jarang diberikan kewarganegaraan. Setelah mengumpulkan banyak kekayaan, Kuwait menjadi negara pertama di Teluk Arab untuk mengisytiharkan kemerdekaan pada 19 Jun 1961. Iraq mencabar pengisytiharan ini, dan menuntut bahawa Kuwait merupakan sebahagian wilayahnya. Iraq mengugut untuk menyerang Kuwait tetapi dihalang oleh pihak British yang menurunkan tenteranya.

Satu tempoh yang penting dalam perkembangan politik, sosial, dan ekonomi Kuwait ialah kejatuhan pasaran saham Souk Al-Manakh pada tahun 1982. Kejatuhan yang utama ini mempunyai akibat-akibat yang meluas dan kekal dalam ingatan awam selama berdekad-dekad kemudian.

Setelah bersekutu dengan Iraq dalam Perang Iran-Iraq sehingga pengakhirannya pada tahun 1988 (Kuwait membayar Iraq untuk melindunginya daripada apa yang dianggap sebagai ancaman yang ditimbulkan oleh Iran), Kuwait diserang dan diilhakkan oleh Iraq (di bawah Saddam Hussein) pada 2 Ogos 1990. Alasan utama Hussein termasuk tuduhan bahawa wilayah Kuwait sebenarnya merupakan sebuah provinsi Iraq, dan pengilhakan itu merupakan tindakan balas terhadap "perang ekonomi" Kuwait yang dikatakan dimulakannya melalui penggerudian condong untuk memperoleh bekalan minyak wilayah-wilayah Iraq. Hussein menggulingkan pemerintahan beraja selepas pengilhakannya dan melantik seorang gabenor Kuwait yang baru.

Diberikan kuasa oleh Majlis Keselamatan PBB, sebuah angkatan tentera campuran yang terdiri daripada 34 buah negara, diketuai oleh Amerika Syarikat, bertempur dalam Perang Teluk Arab untuk membebaskan Kuwait. Selepas enam minggu pertempuran yang ganas pada awal 1991, angkatan tentera Iraq terpaksa berundur dari Kuwait pada 26 Februari 1991. Semasa pengunduran, Angkatan Tentera Iraq mengenakan dasar pembakaran tanah melalui membakar medan-medan minyak Kuwait. Kebakaran itu mengambil melebihi sembilan bulan untuk mematikannya, dengan kos pembaikan infrastruktur minyak melebihi ASD$5 bilion. Sesetengah bangunan dan kemudahan infrakstruktur (termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait) juga mengalami kerosakan yang teruk semasa peperangan.

Kuwait kini di bawah pemerintahan Amir Sabah Al-Ahmad Al-Jabir Al-Sabah (sejak 29 Januari 2006) sebagai sebuah negara merdeka dan mempunyai kepentingan yang strategik untuk Amerika Syarikat.

kuwait_city_galleryfull1_zpse6843b41.jpg
 
Lubnan

Lubnan (bahasa Arab: لبنان, Lubnān) merupakan sebuah negara di barat laut Asia di sebelah timur Laut Mediterranean dan bersempadan dengan Syria serta Israel.

Selepas Perang Saudara Lubnan (1975-1990), negara ini telah mengalami kemajuan dan pembangunan yang pesat terutamanya dalam industri pelancongan, agrikultur dan sektor perbankan. Lubnan dipanggil pusat perbankan di dunia Arab dan juga dikenali sebagai "Switzerland Timur Tengah" kerana kemajuan kewangannya. Lubnan juga telah menarik banyak pelancong ke ibu negaranya, Beirut sehingga diberikan nama "Paris Timur Tengah".

Namun, peperangan antara kumpulan Hezbollah dan Israel pada tahun 2006 telah melumpuhkan infrastruktur dan seterusnya ekonomi Lubnan. Banyak nyawa telah terkorban dan bandar raya Beirut telah mengalami kemusnahan yang teruk. Usaha sedang dijalankan oleh kerajaan untuk membina semula infrastruktur bandar-bandar tersebut.
Sejarah

Kawasan Lubnan merupakan tapak manusia Zaman Neolitik yang wujud 7,000 yang lalu. Kawasan itu pernah dikuasai oleh kerajaan Phoenicia, Parsi, Yunani, Rom, Byzantine, Arab dan sebagainya. Akhirnya, kawasan itu dikuasai oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah. Kerajaan ini mangalami kemerosotan selepas Perang dunia Pertama dan kawasan Lubnan diserahkan kepada kuasa Perancis. Akibat tekanan diplomatik dan penduduk Lubnan, Perancis bersetuju memberi kemerdekaan kepada Republik Lubnan pada 1943.

Lubnan terlibat dalam Perang Arab-Israel 1948 tetapi tidak mengambil bahagian dalam Perang Enam Hari 1967 dan Perang Yom Kippur 1973. Namun Perang Saudara Lubnan tercetus pada 1975 akibat rusuhan antara golongan Kristian, pengikut Sunah, Syiah, Druze dan juga pihak Palestin. Perang saudara ini ditamatkan pada 1990 melalui Perjanjian Taif. Kira-kira 150,000 orang penduduk telah terkorban dalam perang ini.

beyrut_zps77149bfd.jpg
 
Libya

Libya atau rasminya Republik Arab Libbya Bersatu (bahasa Arab: ليبيا, yang diartikan ke dalam bahasa Libya Lībyā atau الجماهيرية العربية الليبية الشعبية الإشتراكية) terletak di Afrika Utara, berbatasan dengan Laut Tengah, Mesir di sebelah timur, Sudan di tenggara, Chad dan Niger di selatan serta Algeria dan Tunisia di sebelah barat. Ibu kota negaranya adalah Tripoli. Bilangan penduduk Libya hampir mencecah 6 juta orang tetapi dianggap sebagai sedikit jikalau dibandingkan keluasan negaranya yang amat luas sehingga dikira sebagai negara ke-17 terbesar di dunia.

Nama "Libya" berasal daripada bahasa Mesir iaitu "Lebu", yang merupakan sebutan bagi orang-orang Berber yang tinggal di sebelah barat Sungai Nil, dan dipinjam oleh bahasa Yunani sebagai "Libya". Pada zaman Yunani kuno, istilah ini mempunyai erti yang lebih luas, yang mencakupi seluruh Afrika Utara di sebelah barat Mesir, dan kadang-kadang juga ditujukan untuk seluruh benua Afrika.

Libya adalah sebuah kerajaan yang didirikan pada 24 Disember 1951. Raja Idris I bertindak sebagai pemimpin pemerintahan. Itali telah mencuba untuk merebut Libya dari Turki dan menjadikannya wilayah jajahan. Tetapi, negara yang berbatasan dengan Laut Tengah ini mendapat kemerdekaan dan kebebasan setelah Itali menyerah kalah kepada Sekutu dalam Perang Dunia Kedua.

Pada 2011, Libya terjebak dalam Perang Saudara akibat daripada tempias Revolusi Arab 2011 yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Tunisia pimpinan Zine El Abidine Ben Ali dan Mesir,pimpinan Hosni Mubarak.Pada 27 Februari 2011,Pihak Pro-Demokrasi mengisytiharkan penubuhan Kerajaan Sementara Libya yang dinamakan Majlis Peralihan Nasional(National Transitional Council,المجلس الوطني الإنتقالي, al-majlis al-waṭanī al-'intiqālī),yang dipimpin oleh Mustafa Abdul Jalil,bekas Menteri Kehakiman Libya yang telah berpaling tadah dari Kerajaan Jamahiriya pimpinan Gaddafi.

libya-tripoli-trip-1680x1050_zps7f8a2118.jpg
 
Malaysia

Malaysia (Tulisan Jawi: مليسيا) ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan, yang menduduki bumi berkeluasan 329,847 kilometer persegi (127,350 bt persegi).[13][14] Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia (juga Malaysia Barat dan Timur).[13] Malaysia berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia, dan Brunei[13] dan juga sempadan laut dengan Singapura dan Filipina.[15] Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur, manakala Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan. Pada tahun 2009, Malaysia diduduki 28 juta orang.[6]

Malaysia berakar-umbikan Kerajaan-Kerajaan Melayu yang wujud di wilayahnya dan menjadi taklukan Empayar British sejak abad ke-18. Wilayah British pertama di sini dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat. Semenanjung Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya, mula-mula disatukan di bawah komanwel pada tahun 1946, sebelum menjadi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1963, Tanah Melayu bersatu dengan negeri Sabah, Sarawak, dan Singapura. Pada tahun 1965, Singapura keluar dari persekutuan untuk menjadi negara kota yang bebas. Semenjak itu, Malaysia menikmati antara ekonomi yang terbaik di Asia, dengan purata pertumbuhan keluaran dalam negara kasarnya (KDNK) kira-kira 6.5% selama 50 tahun pertama kemerdekaannya.[16] Ekonomi negara yang selama ini dijana oleh sumber alamnya kini juga berkembang dalam sektor-sektor sains, pelancongan, perdagangan dan perubatan.

Ketua negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong, iaitu raja elektif yang terpilih dari kalangan sembilan raja negeri Melayu. Ketua kerajaannya pula ialah Perdana Menteri.[17][18] Sistem kerajaan Malaysia banyak berdasarkan sistem parlimen Westminster[19], dan sistem perundangannya juga berasaskan undang-undang am Inggeris.

Malaysia terletak berdekatan dengan khatulistiwa dan beriklim tropika,[13] serta mempunyai kepelbagaian flora dan fauna, sehingga menjadi salah satu daripada 17 negara megadiversiti.[20] Di Malaysia terletaknya Tanjung Piai, titik paling selatan di seluruh tanah besar Eurasia. Malaysia ialah sebuah negara perintis Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara dan Pertubuhan Persidangan Islam, dan juga anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik, Negara-Negara Komanwel, dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.

Independence_Square_Kuala_Lumpur_6758524547_zps2408dafa.jpg
 
Mali

Republik Mali (bahasa Perancis: République du Mali) adalah sebuah negara yang tiada pinggir pantai atau lautan dan terletak di Afrika Barat, sebelumnya merupakan jajahan Perancis. Negara terbesar kedua di Afrika Barat ini berbatasan dengan Algeria di sebelah utara, Niger di timur, Burkina Faso dan Côte d'Ivoire di selatan, Guinea di barat daya, serta Mauritania di barat. Sempadan kawasannya di sebelah utara memanjang ke tengah gurun Sahara. Majoriti penduduknya tinggal di wilayah selatan, di mana terdapat Sungai Niger dan Senegal. Negara yang dahulunya bernama Sudan Perancis ini mengambil namanya daripada Empayar Mali.

Ada beberapa daripada sumber semulajadi Mali adalah emas, uranium, ternakan, dan garam. Kira-kira separuh daripada populasi Mali hidup di bawah garis kemiskinan antarabangsa AS$1.25 sehari.

TheGreatMosqueinDjenne-MaliAfrica_zps4d552786.jpg
 
Mauritania

Nama wilayah ini berasal dari kerajaan Berber yang di zaman kuno dikenal sebagai Mauretania.

Mauritania adalah negara ke-29 terbesar di dunia, dengan wilayah meliputi 1.030.700 km persegi.

Pada tahun 2006, populasi negara ini diperkirakan berjumlah 3,2 juta, dimana lebih dari 99% diantaranya adalah muslim.

Wilayah geografis Mauritania sebagian besar merupakan padang pasir, dengan bukit pasir dan dataran tinggi batu pasir. Wilayah tertinggi Mauritania memiliki ketinggian 1000 m.

Ibukota negara ini adalah Nouakchott yang juga merupakan kota terbesar yang terletak di tepi Samudra Atlantik.

Pemukim pertama Mauritania adalah orang Bafour, yang pada awalnya adalah orang-orang nomaden.

Selama abad ke-5 sampai abad ke-7, suku Berber yang berasal dari Afrika Utara bermigrasi ke wilayah ini.

Setelah itu, orang-orang Arab merebut wilayah Mauritania dari Berber. Meskipun orang Arab menjadi penguasa, budaya dan bahasa Mauritania sangat dipengaruhi oleh Berber.

Perancis mulai menakluk wilayah Mauritania menjelang akhir abad ke-19. Pada tahun 1920, Mauritania menjadi bagian dari apa yang dikenal sebagai “Perancis Afrika Barat.”

Kekuasaan Perancis tercatat mampu mengakhiri meluasnya perbudakan dan perang suku yang sebelumnya masih berlangsung.

Mauritania merdeka pada tahun 1960. Tidak lama kemudian banyak orang kulit hitam Afrika mulai pindah ke wilayah ini sehingga memicu konflik dengan orang Moor (Arab) yang menginginkan Mauritania tetap kental dengan Arab.

Persatuan nasional terus mengalami kendala akibat berbagai kelompok seperti Moor “putih”, Moor “hitam” dan kelompok non-Moor berusaha mendominasi aspek sosial, politik, dan keagamaan.

Sistem pemerintahan Mauritania menunjukkan pengaruh barat, terutama Perancis.

Wilayah administrasi negara ini meliputi 13 gubernur daerah dan pemerintahan pusat yang sering tidak stabil.

Sejak tahun 1960, demokrasi masih terus berjuang untuk bisa tegak di Mauritania . Negara ini pernah mengalami beberapa kali kudeta militer.

Pada tanggal 11 Mac 2007, Mauritania menikmati pemilihan presiden demokrasi pertama setelah hampir 50 tahun sejak kemerdekannya.

Ekonomi Mauritania disokong oleh pertanian, dengan bijih besi menyumbang pada 50% nilai ekspot.

Penangkapan ikan dan cadangan minyak lepas pantai yang baru ditemukan merupakan sumber lain penopang perekonomian negara ini.

Pelancongan belum berkembang di Mauritania akibat masalah infrastruktur. Tetapi banyak pengunjung melawat

mauritania-nouakchott_zps9314f96c.jpg
ke Chinguetti, yang merupakan salah satu tempat ziarah pemeluk Islam.[]
 
Magribi

Maghribi (المغرب), (Bahasa Arab: Al-Mamlakah al-Maġribiyyah - المملكة المغربية‎ ; bahasa Berber: Tageldit n Lmeghrib Km logo.jpg) ialah sebuah negara di Afrika Utara yang mempunyai satu garis pinggir laut yang panjang di sepanjang Lautan Atlantik yang menjangkau Selat Gibraltar sehingga Laut Mediterranean. Negara ini bersempadan dengan Algeria di timur, Laut Mediterranean dan Sepanyol di utara, dan Lautan Atlantik di barat. Sempadan selatannya telah dipertikaikan. Maghribi menuntut hak milik Sahara Barat dan telah mentadbirkan kebanyakan wilayah itu sejak tahun 1975.

Maghribi, sebuah negara yang mengamalkan raja berperlembagaan, merupakan negara Afrika tunggal yang bukan ahli Kesatuan Afrika. Bagaimanpun, Maghribi adalah ahli Liga Arab, Kesatuan Maghrib Arab, Pertubuhan Persidangan Islam, Kumpulan Dialog Mediterranean, Kumpulan 77, La Francophonie serta sebuah sekutu bukan NATO Amerika Syarikat yang utama.

Nama penuh untuk Maghribi dalam bahasa Arab bermaksud "Kerajaan Barat". Untuk rujukan sejarah, ahli-ahli sejarah biasanya merujuk kepada Maghribi sebagai Al Maghrib al Aqşá ("Yang Paling Barat") untuk membezakannya dengan kawasan sejarah yang digelarkan Maghrib (المغرب العربي al-Maġrib al-ʿArabī). Nama Morocco yang digunakan dalam banyak bahasa yang lain berasal daripada nama Marrakech, ibu kotanya yang dahulu. Marrakech pula berasal berasal daripada ungkapan bahasa Berber yang bermaksud "Tanah Tuhan".

Rabat_city_walls_zps3779ab22.jpg
 
Niger

Niger terletak di sebelah Afrika barat. Niger diambil sempena dengan sungai Niger.Keluasannya lebih kurang 1.2 juta/km.Menjadikan negara yang paling besar di bahagian barat Afrika.80% dari Niger adalah gurun sahara.

Majoriti penduduknya adalah islam. Penduduk Niger lebih kurang 20 juta orang.Ibunegara Niger ialah Niamey. Niger adalah negara sedang membangun. Ia juga antara negara termiskin didunia.

800px-To_market_zps611ff89d.jpg
 
Back
Top
Log in Register