BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Suspek Kes Dadah Rempuh Tiga Kenderaan Direman Lima Hari

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Dua Suspek Kes Dadah Rempuh Tiga Kenderaan Direman Lima Hari​

50b1be868b307b19c011f4971fb535db68a885e90609e

Datuk Fadil Marsus

Dua lelaki yang ditahan bersama dadah selepas kereta dinaiki mereka merempuh tiga kenderaan ketika dikejar polis di Jalan Kuching, di sini pada Jumaat direman lima hari hingga 1 Julai bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata siasatan awal mendapati dadah disyaki heroin seberat 19.63 gram yang ditemukan dalam kenderaan dinaiki kedua-dua lelaki itu dipercayai untuk kegunaan sendiri.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini dilaporkan kedua-dua suspek, iaitu pemandu berusia 40 tahun dan penumpang, 42, cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis.

Ketika dikejar polis, pemandu kenderaan itu yang memandu secara berbahaya hilang kawalan lalu merempuh tiga kenderaan lain yang berhenti akibat kesesakan lalu lintas dan kejadian tersebut turut tular di media sosial.

 
Back
Top
Log in Register