BTC USD 61,867.1 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua stesen minyak disyaki tipu

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Ab Ghani menyita sebuah pam di stesen minyak di Pengkalan Chepa, malam kelmarin.
< 1 / 1 >
KOTA BHARU - Dua stesen minyak, termasuk di kawasan Pengkalan Chepa dan Machang disiasat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan (KPDNKK) kerana menutup awal operasi mereka dan tidak menyediakan stok bekalan minyak mencukupi, dalam operasi khas malam kelmarin.

Pengarah KPDNKK negeri, Datuk Ab Ghani Harun berkata, tindakan berkenaan dilakukan hasil pemantauan seramai 85 pegawai dan kakitangannya di 167 stesen minyak seluruh negeri ini, yang bermula kira-kira jam 6.30 petang semalam.

“Tindakan diambil hasil maklumat orang awam terhadap penipuan yang dilakukan, di samping pemantauan yang dijalankan pihaknya setelah mengesan sebuah stesen minyak menutup operasi awal sedangkan sebelum ini beroperasi selama 24 jam.

“Manakala sebuah lagi stesen minyak di Machang dipercayai tidak mempunyai bekalan minyak mencukupi dan tindakan mereka seolah-olah ingin menyembunyikan stok bekalan minyak,” katanya kepada media semalam selepas menyertai ops khas KPDNKK di sebuah stesen minyak di Pengkalan Chepa, di sini, malam kelmarin.

Tindakan kedua-dua pihak stesen minyak itu dipercayai dilakukan ekoran bagi mendapat keuntungan dan dipercayai berniat untuk menipu apabila kerajaan mengumunkan kenaikan harga 25 sen seliter bagi Ron 95, Ron 97 dan diesel awal pagi semalam.

Ab Ghani berkata, dua kes terbabit merupakan yang pertama untuk tahun ini dan pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci serta menjalankan pemantauan.

Hasil pemantauan dilakukan tersebut, pihaknya telah membuat pemeriksaan dan terdapat sebanyak 19,000 liter petrol jenis RON95 masih berada dalam tangki minyak di salah stesen minyak di Pengkalan Chepa dan niat mereka seolah-olah ingin menipu pengguna.

Menurut Ab Ghani, tindakan sita dikenakan ke atas pemilik stesen kerana telah melanggar arahan Kementerian mengikut Peraturan 12A Peraturan Kawalan Perdagangan 1974 yang dikatakan menipu pengguna.

Jika sabit kesalahan pengusaha stesen minyak boleh didenda sehingga RM100,000 atau tiga tahun penjara.
 
pihaknya telah membuat pemeriksaan dan terdapat sebanyak 19,000 liter petrol jenis RON95 masih berada dalam tangki minyak

19000liter X 0.25 = rm4750
 
tutup trus la stesen minyak tuh untuk seminggu..baru gigil lutut owner...
 
Byk Je stesen minyak tetiba tutup awal mlm tu..mcm2 alasan dibagi.. patut krajaan ban /blacklist pengusaha mcm ni..
 
tutup trus la stesen minyak tuh untuk seminggu..baru gigil lutut owner...

kebiasaan yg kena sita nih mmg seminggu laa..
tp kpdnkk pelik gak.. dia sita nozel pam tu jaa

cth kes diatas kalu yg ditipu tuh RON95
mmg semua nozzle Ron95 akan kena ikat cam dalam gambar tuh
Ron97 boleh dijual cam biasa..
lain operasi stesen minyak jalan mcm biasa..
 
aii. kat KB saja ker?? Keyel ni pon banyak gakk
 
tindakan sita dikenakan ke atas pemilik stesen kerana telah melanggar arahan Kementerian mengikut Peraturan 12A Peraturan Kawalan Perdagangan 1974 yang dikatakan menipu pengguna.

Jika sabit kesalahan pengusaha stesen minyak boleh didenda sehingga RM100,000 atau tiga tahun penjara.

sita, denda & penjara je.. baru semua pengusaha minyak xberani sorok minyak dah..
 
pihaknya telah membuat pemeriksaan dan terdapat sebanyak 19,000 liter petrol jenis RON95 masih berada dalam tangki minyak

19000liter X 0.25 = rm4750

Pagi esoknya boleh terus g umrah.
 
tutup 2mingu pun bgs jgk ni.br lenkali tak buat dah
 
Back
Top
Log in Register