BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Rumah Berkembar Separuh Kekal Musnah Terbakar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Dua Rumah Berkembar Separuh Kekal Musnah Terbakar​

276d90f6c736cb4ea64000f43d8c6961678284c445cf5


Sembilan kenderaan musnah selepas dua rumah berkembar separuh kekal terbakar dalam kebakaran di Kampung Padang Keladi, Durian Tunggal di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Penguasa Kanan Bomba II Mohd Shahrom Laji berkata sembilan kenderaan tersebut termasuk dua kereta, enam motosikal termasuk satu motosikal elektrik selain sebuah basikal elektrik.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 1.16 tengah hari, sebelum masing-masing sebuah jentera fire rescue tender (FRT) dan compact fire rescue tender (CFRT) dengan kekuatan tujuh anggota serta dua Unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) digerakkan ke lokasi kejadian kira-kira seminit kemudian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, dua rumah berkembar jenis separuh kekal berukuran 35x70 kaki persegi telah terbakar, masing-masing 100 peratus dan 80 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kebakaran dapat dipadam sepenuhnya pada 4 petang.

 
Back
Top
Log in Register