balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Anggota polis mengangkat mayat salah seorang penjenayah yang mati ditembak semalam.
IPOH – Polis berjaya menembak mati dua penjenayah paling dikehendaki yang dipercayai warga asing dalam satu kejadian berbalas tembakan di sebuah kawasan lapang berhampiran Kampung Tekkah, Simpang Pulai dekat sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Perak sedang menjalankan Ops Jenayah di kawasan berhampiran.
Ketua Polis Perak, Datuk Osman Salleh berkata, semasa melalui Jalan Gopeng, Batu Gajah berhampiran Taman Herba, pasukan polis itu terserempak dengan tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan sedang melintas jalan dari kawasan perumahan berdekatan.
Menurutnya, polis kemudian bertindak mengejar ketiga-tiga suspek yang melarikan diri ke arah semak dan mengikuti jejak mereka.
“Polis mengarahkan ketiga-tiga suspek untuk berhenti, namun mereka terus melarikan diri ke dalam semak sebelum bertembung di sebuah kawasan lapang.
“Tangkapan cuba dibuat, namun salah seorang daripada suspek telah melepaskan tembakan. Dalam usaha mempertahankan diri, pihak polis telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah suspek sebelum mengenai dua daripada mereka sementara seorang lagi berjaya melarikan diri,” katanya pada sidang akhbar di IPK di sini semalam.
Menurut Osman, semasa pemeriksaan, polis menjumpai dua mayat tanpa pengenalan diri dipercayai warga asing berusia antara 30 hingga 40 tahun.
Turut ditemui ialah sepucuk pistol semi automatik jenis Barreta .22, dua bilah parang, satu topeng muka, satu pemotong, satu kuku kambing, satu lampu suluh, dua pemutar skru, sepasang sarung tangan, dua buah te*lefon bimbit dan beberapa barang kemas antaranya seutas gelang besar, empat utas gelang kecil dan sebentuk cincin.
sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0620&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm