BTC USD 60,762.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua penjenayah ditembak mati

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_06.1.jpg


Anggota polis mengangkat mayat salah seorang penjenayah yang mati ditembak semalam.

IPOH – Polis berjaya menembak mati dua penjenayah paling dikehendaki yang dipercayai warga asing dalam satu kejadian berbalas tembakan di sebuah kawasan lapang berhampiran Kampung Tekkah, Simpang Pulai dekat sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Perak sedang menjalankan Ops Jenayah di kawasan berhampiran.

Ketua Polis Perak, Datuk Osman Salleh berkata, semasa melalui Jalan Gopeng, Batu Gajah berhampiran Taman Herba, pasukan polis itu terserempak dengan tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan sedang melintas jalan dari kawasan perumahan berdekatan.

Menurutnya, polis kemudian bertindak mengejar ketiga-tiga suspek yang melarikan diri ke arah semak dan mengikuti jejak mereka.

“Polis mengarahkan ketiga-tiga suspek untuk berhenti, namun mereka terus melarikan diri ke dalam semak sebelum bertembung di sebuah kawasan lapang.

“Tangkapan cuba dibuat, namun salah seorang daripada suspek telah melepaskan tembakan. Dalam usaha mempertahankan diri, pihak polis telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah suspek sebelum mengenai dua daripada mereka sementara seorang lagi berjaya melarikan diri,” katanya pada sidang akhbar di IPK di sini semalam.

Menurut Osman, semasa pemeriksaan, polis menjumpai dua mayat tanpa pengenalan diri dipercayai warga asing berusia antara 30 hingga 40 tahun.

Turut ditemui ialah sepucuk pistol semi automatik jenis Barreta .22, dua bilah parang, satu topeng muka, satu pemotong, satu kuku kambing, satu lampu suluh, dua pemutar skru, sepasang sarung tangan, dua buah te*lefon bimbit dan beberapa barang kemas antaranya seutas gelang besar, empat utas gelang kecil dan sebentuk cincin.


sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0620&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm
 
Ada peluang tembak, tembak aje lah.
Tak perlu amaran bagai...
 
kaSI MAMPOS SEMUA iNDON CELAKA NI SEMUA. JAHAT NAK MAMPOS
 
kaalau baca berita ni dah boleh agak ayat yang sama jek.
macam skrip yg dah siap2 nk publish.
terserempak, mencurigakan, kejar mengejar, menembak, membalas tembakan, mati, turut dijumpai senjata...
entah la....
 
kaalau baca berita ni dah boleh agak ayat yang sama jek.
macam skrip yg dah siap2 nk publish.
terserempak, mencurigakan, kejar mengejar, menembak, membalas tembakan, mati, turut dijumpai senjata...
entah la....

dalam penerbitan akhbar, biasanya wartawan yang diberi tugas amik berita politik nanti akan kluarkan laporan berita hal politik. Jika wartawan tersebut diberi tugas isu semasa, nanti dia akan buat laporan isu semasa.

Jadi dalam hal ini mungkin wartawan tersebut pernah buat laporan sama mengenai jenayah, sebab lenggok gaya bahasa yang digunakan adalah sama. :)
 
uii... mana bole teembak mati nii.. langgar human rights ni.. musti mau panggey elok elok suruh serah dirii.. kalau perlu tembak pun musti tembak tangan dia saja, mana boe tembak matii.. salah niii.. ni musti ada konspirasi, siap dah skrip dia bila pemberita tanya.. ;););)
 
dalam penerbitan akhbar, biasanya wartawan yang diberi tugas amik berita politik nanti akan kluarkan laporan berita hal politik. Jika wartawan tersebut diberi tugas isu semasa, nanti dia akan buat laporan isu semasa.

Jadi dalam hal ini mungkin wartawan tersebut pernah buat laporan sama mengenai jenayah, sebab lenggok gaya bahasa yang digunakan adalah sama. :)

mmg biase sebenarnye ayat wartawan. tp info detail tu dia ambik dari polis.
wartawan ikut je ape polis report. risau yg polis yg buat "skrip" tu
 
Back
Top
Log in Register