BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Dua pemancing lemas ditemui hari ini

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,249
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,249
Reaction score
1,660
Points
201
Dua pemancing lemas ditemui hari ini
FB_IMG_1632294311657.jpg
FB_IMG_1632294314858.jpg
FB_IMG_1632294317438.jpg

KOTA TINGGI – Dua sahabat yang dilaporkan hilang ketika memancing ditemui terapung berdekatan Jeti Sungai Mados, Kampung Air Putih, di sini di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Penguasa Bomba Al Hasra Mohamed berkata, mayat pertama iaitu mangsa dikenali sebagai Ramdan Sulaiman, 50, ditemui pada pukul 7.10 pagi kira-kira lima kilometer (km) dari jeti.

Manakala rakannya pula, Amirrudin Abdul Malik, 53, dijumpai pada pukul 8.03 pagi kira-kira 200 meter dari lokasi mereka dilaporkan hilang.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ke atas dua pemancing semalam diteruskan hari ini dan kedua-dua mangsa sudah ditemui.

“Kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat,”katanya di sini hari ini.

Kosmo! semelam melaporkan dua pemancing dikhuatiri lemas selepas hanya bot dinaiki sahaja yang ditemui di Jeti Mados, Kampung Air Putih di sini malam kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Ramdan Sulaiman, 50, dan Amiruddin Abdul Malik, 53. Jarak bot dinaiki mangsa daripada jeti dianggarkan 400 meter dan keadaan air berkedalaman 15 meter.-K! ONLINE

Gambar: APM
 
Bot jumpa elok je. Apa la yg jadi masa tu

20210922_164229.jpg
 
Tak pakai life jacket la ni.
Kalau hebat macam mana pun kat dalam air, jangan dilupa pakai benda tu.
 
Back
Top
Log in Register