BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Lelaki Maut Dihempap Lori Di MambongÂ

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
ed712a62037f766bf63fe48f5ac3f37b696a2e1146a29

Kredit JBPM Sarawak

Dua lelaki maut dihempap sebuah lori 10 tan yang membawa muatan batu semasa membaiki brek lori berkenaan dalam kejadian di Jalan Mambong, Siburan, hari ini.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 2 petang.

“Kejadian berlaku apabila mereka (pemandu dan kelindan lori) sedang membaiki brek lori di kawasan jalan kuari sebelum dihempap dan tersepit di bawah lori.

“Tindakan mengeluarkan mangsa tersepit berjaya dijalankan, mangsa pertama dikeluarkan pada 4.55 petang, manakala mangsa kedua pada 5.04 petang,” menurut kenyataan itu.

Mayat mangsa yang berusia 46 tahun dan 26 tahun itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 5.10 petang.

 
Back
Top
Log in Register