BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Lelaki Lari Daripada Pemeriksaan Polis Ditahan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Dua Lelaki Lari Daripada Pemeriksaan Polis Ditahan​

e18f465c7000b03e2b03a8be0e10611c68b7e756cac34


Dua lelaki yang memiliki rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah  ditahan di Jalan Sungai Pusu, Gombak selepas cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Persiaran Dagang, Sri Damansara, Petaling Jaya, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 50-an dan menaiki kereta Nissan Grand Livina enggan memberhentikan kenderaan bagi pemeriksaan polis pada 11.57 malam lalu melarikan diri dengan memandu secara berbahaya sebelum berjaya dikesan di Jalan Sungai Pusu.

Beliau berkata suspek sebelum itu turut bertindak agresif dengan mengundur kereta itu hingga melanggar kenderaan polis, sebelum melarikan diri dan melanggar dua kenderaan awam diparkir di tepi jalan.

“Hasil semakan rekod mendapati suspek pertama memiliki 23 rekod dadah, empat rekod jenayah dan satu rekod dikehendaki manakala suspek kedua mempunyai lapan rekod dadah, 10 rekod jenayah dan enam rekod lain-lain kesalahan,” katanya dalam kenyataan  hari ini.

Shamsudin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan manakala orang ramai diminta agar tidak menyebarkan maklumat tidak tepat melalui media sosial atau membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya melalui talian 03-79662222 bagi membantu siasatan.

 
Back
Top
Log in Register