BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua kenderaan curi dirampas

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
KUANTAN - Lima individu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dua kenderaan curi yang digunakan selepas identiti lori dan sebuah motosikal yang digunakan dikenal pasti hasil pemeriksaan berasingan di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pertama, polis menahan empat lelaki berusia 21 hingga 27 tahun untuk pemeriksaan hasil penahanan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di persimpangan Pelabuhan, Jalan Kuantan - Kemaman, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, kehadiran lori tersebut disedari kira-kira jam 9.15 malam oleh anggota Cawangan pencegahan jenayah (CPJ) Balai Polis Gebeng semasa menjalankan tugas ronda cegah jenayah.

Menurutnya, anggota polis terbabit bertindak mengekori lori tersebut sebelum ditahan untuk pemeriksaan persimpangan Pelabuhan.

"Hasil semakan rekod lori jenis Nissan yang digunakan mendapati, kenderaan itu dilaporkan hilang di Jeli, Kelantan awal tahun ini.

"Suspek dan lori dibawa ke balai untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya.

Abdul Aziz berkata, suspek kini disiasat sama ada terlibat dalam kes curi kenderaan (lori) dilaporkan berlaku di sini atau kawasan lain sebelum ini.

"Sebelum ini, polis temui sebuah lori jenis Hino bawa muatan pasir yang ditinggalkan di Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Cheneh, Terengganu dan hasil semakan mendapati ia turut dilaporkan hilang di Jeli, Kelantan awal tahun ini.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, polis melakukan pemantauan di kawasan berkenaan lebih sejam bagi mengesan penjenayah yang mencuri dan meletakkan kenderaan berat itu di kawasan berkenaan.

"Bagaimanapun, dalam pemantauan itu polis gagal Kesan kelibat individu atau suspek lalu membawa lori berkenaan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, untuk tindakan lanjut," katanya.

Abdul Aziz berkata, pemeriksaan terhadap lori berkenaan mendapati nombor casis enjin dirosakkan selain menggunakan nombor pendaftaran palsu bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Sementara itu dalam kes berasingan, seorang lelaki warga tempatan diberkas selepas mendapati menunggang motosikal curi.

Abdul Aziz berkata, lelaki berusia 22 tahun itu ditahan untuk pemeriksaan kira-kira pukul 12.15 tengah malam oleh anggota CPJ Balai

Polis Beserah dan Balai Polis Cherating selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.

"Hasil semakan rekod mendapati motosikal yang digunakan itu pernah dilaporkan hilang di Chukai, Kemaman manakala suspek juga didapati memiliki dua rekod jenayah lampau," katanya.
 
Back
Top
Log in Register