BTC USD 83,433.7 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua kali tragedi ngeri

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. Gambar kecil: M Subramaniam.​

PUCHONG - Hasrat seorang lelaki mahu membeli ubat untuk kekasihnya tidak kesampaian apabila dia maut diserang enam penjenayah bersenjatakan parang di hadapan sebuah kedai di Jalan Kekwa 3/1, Puchong Perdana, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa, M Subramaniam, 30, dikatakan memberhentikan motosikal dinaiki di hadapan kedai menjual ubat tradisional.

Belum sempat memasuki kedai tersebut, mangsa tiba-tiba didatangi suspek yang terus menetak belakang leher, kepala dan badannya beberapa kali dipercayai menggunakan parang.

Lebih malang lagi, dalam keadaan berlumuran darah itu, mangsa dikatakan berlari lebih kurang 10 meter dari tempatnya diserang untuk menyelamatkan diri namun dia digilis sebuah kereta sehingga menyebabkan isi kepalanya terburai.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, kesemua suspek yang menyerang mangsa melarikan diri, manakala pemandu kereta yang melanggar mangsa turut beredar dari lokasi kejadian.

Menurutnya, polis masih menyiasat sama ada kenderaan yang melanggar mangsa mempunyai kaitan dengan suspek yang menaiki motosikal.

"Kami masih menyiasat dan berharap kamera litar tertutup (CCTV) di premis kedai berhampiran dapat membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata, kejadian dipercayai bermotifkan dendam.

Menurutnya, mangsa yang bekerja di kilang kanopi baru dibebaskan lima bulan lalu selepas menjalani hukuman penjara lima tahun kerana mendatangkan kecederaan kepada bapa saudaranya.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kita harap ada saksi yang tampil membantu siasatan," katanya.

Sementara itu, sumber berkata, kekasih mangsa yang tinggal berhampiran segera ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan oleh jirannya.

Wanita itu pada mulanya tidak mempercayai mangsa adalah kekasihnya kerana gagal membuat pengecaman berikutan keadaan wajah dan kepala yang hancur digilis kenderaan.

"Mangsa sebelum itu memberitahu kekasihnya, dia nak beli ubat di kedai lain, bukan di tempat dia diserang. Dia hanya dikenal pasti melalui selipar yang dipakai," katanya.
 
Puchong ni pun banyak kumpulan kongsi gelap macam di Kelang.
 
Back
Top
Log in Register