balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Hentian bas yang terletak di selekoh tajam runtuh gara-gara dirempuh sebuah kenderaan.
< 1 / 1 >
KUALA PILAH - Sebuah hentian bas di Kampung Kuala Jemapoh, dekat sini perlu diubah ke lokasi baharu kerana kedudukannya amat merbahaya dan tidak selamat kepada orang ramai.
Penduduk, Ismail Harun, 45, berkata, dalam tempoh lima tahun, sudah dua kali hentian bas itu dirempuh dan terbaru pada 28 April lalu, menyebabkan ia runtuh selepas dilanggar sebuah kenderaan.
“Mujur ketika insiden itu, tiada sesiapa duduk di hentian bas. Kalau tidak, mungkin ada melibatkan kemalangan jiwa.
"Sebab itu saya cadangkan supaya hentian bas ini diubah ke lokasi lebih sesuai demi menjaga keselamatan orang ramai," katanya.
Sementara itu, Hanafi Hassan, 62, pula meminta supaya pihak berkaitan mengkaji semula selekoh berhampiran hentian itu bagi mengelakkan kemalangan.
“Kedudukkan rumah keluarga saya terlalu hampir dengan selekoh itu. Pernah beberapa kali pagar rumah dirempuh oleh kenderaan yang terbabas terutama kenderaan berat.
“Jika diteliti, permukaan jalan yang tidak rata antara faktor berlakunya kemalangan di kawasan terbabit,” katanya.
Dalam pada itu, Adun Juasseh, Datuk Mohammad Razi Kail berkata, demi keselamatan dan kepentingan pengguna, hentian bas berkenaan perlu dipindahkan ke tempat lebih selamat.
“Kita sedia maklum, kawasan ini sering berlaku kemalangan tidak mengira waktu. Saya sering bangkitkan isu ini di mesyuarat jawatankuasa tindakan daerah supaya pihak berkaitan mengkaji semula lokasi selamat hentian bas itu.
“Selain itu, saya turut meminta kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) agar mengkaji semula reka bentuk jalan terbabit kerana keadaan selekoh tajam antara penyumbang utama berlaku kemalangan jalan raya selain kecuaian pengguna," katanya.
Tambah Mohamad Razi, dalam tempoh dua tahun, lebih 15 kes kemalangan jalan raya direkodkan berlaku di lokasi terbabit.
“Oleh itu, saya mencadangkan agar pihak berkaitan meneliti semula kedudukan jalan ini, termasuk meluruskan jalan tersebut jika langkah itu difikirkan selamat untuk mengelak lebih banyak kemalangan berlaku,” katanya.