BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Beranak Melecur Rumah Didiami Terbakar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
f6dd5b9ee0cfe1c8d7478ab0653b9d3e69d0c2ca708b8

Mohd Rafain Ruzlan menunjukkan bahagian dipercayai kebakaran bermula yang menyebabkan rumah jirannya musnah terbakar dan menyebabkan dua beranak yang berada di dalam rumah itu cedera melecur dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi ini di Kampung Oh.

Seorang wanita warga emas dan anak lelakinya melecur hampir sebahagian anggota badan ketika cuba menyelamatkan diri dalam kebakaran di rumah mereka di Kampung Oh, di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih Mustafa Ismail berkata mangsa, Fauziah Ali, 75, dan anaknya Azli Abu, 45, dihantar oleh orang awam ke Hospital Besut untuk rawatan.

“Sebuah jentera bomba bersama lapan anggota digegaskan ke lokasi selepas pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.14 pagi.

“Setiba di lokasi kejadian, didapati rumah jenis separuh kekal itu terbakar 80 peratus dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada 7.28 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kedua-dua mangsa melecur sebanyak 45 peratus manakala punca serta anggaran kerugian sedang disiasat.

Sementara itu, jiran mangsa, Mohd Rafain Ruzlan, 30, berkata dia mendengar Azli memanggil meminta pertolongan kira-kira 5 pagi.

“Kebetulan saya telah terjaga dari tidur dan berada di luar rumah. Saya terus meluru dan menendang pintu utama rumah memandangkan kedua-dua mangsa mengambil masa untuk membuka pintu dari dalam.

“Apabila saya masuk, api yang dipercayai bermula dari dalam sebuah bilik telah membakar tilam dan semakin marak manakala Azli berusaha memadam kebakaran,” katanya.

Mohd Rafain berkata dia kemudian menggendong Fauziah keluar dari rumah itu manakala Azli keluar sendiri dalam keadaan merangkak.

 
Back
Top
Log in Register