BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Beranak Cemas Sambut Tahun Baharu Cina, Rumah Terbakar

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
55bf77d44500ca645fd7b502a0637f0d6993ffe8df044

Kredit JBPM

Dua beranak yang sepatutnya ceria menyambut Tahun Baharu Cina terpaksa berdepan detik cemas dan semua kelengkapan perayaan musnah selepas rumah mereka di Flat Taman Bagan Lalang, di sini terbakar dalam kejadian hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.36 pagi sebelum jentera dikerah ke lokasi.

"Sebaik tiba didapati sebuah rumah flat di tingkat satu yang berkeluasan 120 kaki persegi sedang terbakar. Dua penghuni iaitu seorang wanita dan anak perempuannya yang tinggal di kediaman itu berjaya keluar menyelamatkan diri sebaik menyedari berlaku kebakaran.

"Api berjaya dikawal daripada merebak pada 8.06 pagi sebelum kebakaran dipadamkan sepenuhnya kira-kira 35 minit kemudian dan kerja overhaul selesai dijalankan bagi memastikan tiada sisa api atau bara yang boleh mencetuskan semula kebakaran," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata lokasi kejadian kemudian diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian.

Mangsa dikenali sebagai Tang Joo Chin, 53, dan anak perempuannya berusia 16 tahun dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

 
Back
Top
Log in Register