BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dron Pantau Sempadan Sungai Golok Semasa Musim Kemarau

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
58d218eef2b9c460c9ab92ce7739b55a68cfdf08483ef

Datuk Mohd Yusoff Mamat

: Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia memperketatkan kawalan di sepanjang sempadan Sungai Golok, Rantau Panjang, Pasir Mas, berikutan sungai itu semakin cetek akibat musim kemarau.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata langkah itu diambil bagi mengekang aktiviti penyeludupan termasuk dadah dan senjata api yang mungkin mengambil kesempatan daripada keadaan geografi semasa.

Beliau berkata kekuatan anggota setakat ini dikekalkan dan pihaknya mempertingkatkan risikan serta menggunakan dua unit dron daripada Pasukan Gerakan Udara dan Kementerian Dalam Negeri untuk memantau sempadan setiap hari.

"Setakat ini, tiada cubaan penyeludupan secara besar-besaran dikesan masuk ke Kelantan.

"Namun, semalam pihak berkuasa Thailand berjaya merampas kira-kira 500 kilogram pil Yaba di negara itu yang dipercayai cuba dihantar ke Kelantan menggunakan taktik perkhidmatan kurier," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bakul Ramadan An'Nisa kepada 60 asnaf dan ibu tunggal di sini, hari inI.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai situasi semasa Sungai Golok yang semakin cetek berikutan musim panas di Kelantan.

 
Back
Top
Log in Register