BTC USD 62,866.7 Gold USD 4,317.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dragonfly: Tiga dalam satu

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Dragonfly


ASUS Padfone ialah peranti hibrid paling terkenal kerana ia sebuah telefon pintar yang mampu berubah menjadi sebuah tablet dengan menggunakan dok khas.

Idea peranti hibrid ini juga nampaknya tidak mendapat sambutan dari pengeluar peranti besar seperti Apple dan Samsung. Jadi bolehlah dirumuskan pasaran peranti hibrid 2 dalam 1 tidak besar dan tidak mendapat sambutan yang menggalakkan.

Ini mungkin kerana phablet dan tablet mini sudah cukup untuk memenuhi kehendak pasaran.

Tetapi ini tidak menghalang IdealFuture, yang berpangkalan di Amerika Syarikat untuk menghasilkan Dragonfly. Menurut mereka, ia ialah sebuah peranti 3 dalam 1 yang menggabungkan sebuah phablet, tablet dan komputer riba.

Komponen utama Dragonfly ialah dua phablet 7″ yang diberi nama Slingshot. Setiap satunya boleh berfungsi dengan sendiri apabila diperlukan.

Tetapi apabila digabungkan dengan dok papan kekunci, Slingshot berubah menjadi paparan skrin berkembar untuk sebuah komputer riba. Papan kekunci merangkap dok ini boleh dilipat kepada mod tablet.

IdealFuture menjanjikan Dragonfly bukan sahaja dapat menjalankan sistem operasi Android malah boleh menjalankan sistem operasi Windows.Sistem operasi juga boleh ditukarkan mengikut kehendak pengguna.

Ia dijangkamemasuki pasaran tahun depan.
 
Back
Top
Log in Register