BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dr Rosti letak jawatan NC Unisel

jimie lee

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
5,244
Joined
Jul 1, 2011
Messages
5,244
Reaction score
839
Points
111
Datuk Dr Rosti Saruwono mengambil keputusan meletakkan jawatan selaku Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) dengan notis 24 jam berkuatkuasa esok.

Beliau mengesahkan peletakan jawatannya menerusi khidmat pesanan ringkas sebagai membalas SMS yang dihantar oleh Bernama bagi mendapatkan pengesahan berita tindakannya itu.

"Ada keputusan yang saya tak sanggup laksanakan iaitu untuk melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa proses sewajarnya," katanya ketika menjelaskan antara punca beliau meletakkan jawatan.

Berasal dari Klang, Selangor Rosti pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP) sebelum dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac, 2009.

Beliau menggantikan Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus yang mengosongkan jawatan itu pada Julai 2008.

Semasa baru dilantik, Rosti berkata beliau tidak akan menjadi "Pak Turut" kepada mana-mana pihak dan ingin memastikan institusi pengajian tinggi swasta milik kerajaan negeri itu tidak dijadikan medan berpolitik.

Menurut sumber, Rosti telah diarahkan oleh kepimpinan Unisel untuk melucutkan jawatan tiga pegawai -- Pendaftar Rokmaa Mat, Dekan Fakulti Perniagaan Prof Dr Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat Halid Hasbullah.http://www.malaysiakini.com/news/171806
 
nape nak kena lucut plak 3 pegawai tu?
 
sapa yang ganti dier agaknyer?
 
nape nak kena lucut plak 3 pegawai tu?
ada tangan ghaib suruh dia la tu. so guna nama dia. dia tak sanggup nak wat so letak jawatan je la.

Menurut sumber, Rosti telah diarahkan oleh kepimpinan Unisel untuk melucutkan jawatan tiga pegawai -- Pendaftar Rokmaa Mat, Dekan Fakulti Perniagaan Prof Dr Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat Halid Hasbullah.
 
nie semua politik universiti...pernah terjadi kat universiti aku..last2 aku dapat tau universiti yang kena saman.
 
Naib Canselor Unisel Letak Jawatan Akibat Tekanan Politik
Oleh HAIRULAZIM MAHMUD

SHAH ALAM: Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Datuk Dr Rosti Saruwono sah meletak jawatannya berkuat kuasa Rabu dipercayai akibat tekanan politik dalaman dan pentadbiran kerajaan negeri.

Difahamkan tindakan tersebut dilakukan sebagai 'membantah' berhubung tindakan terhadap tiga pegawai Unisel yang diarahkan dilucut jawatan.

Dr Rosti berkata beliau tidak sanggup melaksanakan arahan berkenaan kerana ia tidak bersebab dan tanpa mematuhi proses yang betul.

``Sah saya letak jawatan berkuatkuasa 3 Ogos. Ada keputusan yang tidak sanggup saya laksanakan iaitu melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa memberi sebab dan tanpa mengikut proses. Selamat berpuasa,'' katanya di sini Isnin.

Dr Rosti yang berasal dari Klang, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan Rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP) dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac 2009.

Keputusan Dr Rosti melepaskan jawatannya sebagai `membantah' keputusan pelucutan tiga orang pegawai yang dicadangkan dalam satu rumusan memorandum yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Siasatan Exco Kerajaan Negeri.

Memorandum itu disediakan dan ditandatangani oleh empat pegawai tertinggi lain di Unisel pada 16 Mei lalu terhadap tiga pegawai Unisel atas tuduhan tertentu yang dipercayai membabitkan salah tadbir urus universiti itu.

Tuduhan yang disertakan dalam memorandum berkenaan turut melibatkan Dr Rosti yang turut dicadangkan meletak jawatan dan digantikan serta-merta.

Bagaimanapun, dikatakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengeluarkan arahan kepada Naib Canselor untuk memecat tiga pegawai berkenaan.

Namun, keputusan Abdul Khalid itu tidak diterima oleh Dr Rosti atas alasan tidak mengikut tatacara perundangan dan tatatertib Unisel.
 
nak mengajor ke nak berpolitik...
 
berita dari akhbar mana tu...kehkehkeh
 
ada kepentingan dari krjn memerintah kot..
 
Back
Top
Log in Register