BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dr Muhamad Akmal Letak Jawatan Exco Kerajaan Negeri Melaka

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
5a8e950680df7a89bbded8bbbe62589b6968789dad853

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berucap pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 2025 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini mengumumkan peletakan jawatan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka berkuat kuasa minggu depan.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Dr Muhamad Akmal berkata keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

“Saya mohon maaf. Hari ini saya nak umumkan, untuk menunjukkan bahawa saya bawa suara akar umbi yang keresahan, saya letak jawatan sebagai Exco berkuat kuasa minggu depan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Dr Muhamad Akmal memberi bayangan untuk berundur daripada jawatan disandangnya ketika ini susulan gesaan beliau supaya UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan mendapat reaksi negatif daripada Ahmad Zahid.

 
Back
Top
Log in Register