BTC USD 80,437.0 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dr.Chandra Muzaffar bidas Anwar Ibrahim

baru komen sket pasal DSAI dah mule kecoh. Cube komen sket pasal paklah ke, najib ke, KJ ke...aku rase komen sampai esok pun tak habis :D
 
PJ: Prof Dr Chandra Muzaffar, yang pernah menjadi sekutu rapat Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam berkata negara akan dilanda bencana jika penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menjadi perdana menteri satu hari nanti.

Beliau berkata bekas timbalan perdana menteri itu bukannya seorang pemimpin yang diperlukan oleh sebuah negara berbilang kaum kerana beliau kini telah berubah berbanding semasa beliau di dalam kerajaan.



Semasa Anwar merupakan menteri pendidikan, beliau telah memaksa sekolah-sekolah menukar perkataan Bahasa Malaysia kepada Bahasa Melayu, kata presiden International Movement For a Just World (JUST) itu
"Hari ini beliau menggunakan imej yang berbeza sama sekali dan yang menyedihkan ramai juga orang bukan Melayu mempercayai lelaki ini. Beliau menyatakan yang beliau mahu menghapuskan DEB (Dasar Ekonomi Negara), sesuatu yang begitu enak didengar," kata Dr Chandra.

"Kita terlalu bersikap perkauman sehinga kita tidak dapat menilai seseorang itu secara objektif," kata bekas timbalan presiden Parti Keadilan Nasional itu (kini PKR). Beliau merupakan seorang daripada lima anggota panel Forum Awam The Star-Asian Centre For Media Studies mengenai Pilihan Raya Umum Malaysia, di sini semalam.

Chandra berkata walaupun Anwar cuba menunjukkan beliau seorang pejuang bagi hak bukan Melayu di negara ini, beliau melakukan sebaliknya semasa memegang jawatan kerajaan.

Chandra merupakan timbalan presiden Keadilan dari 1999 hingga 2001.

Semasa Anwar merupakan menteri pendidikan, beliau telah memaksa sekolah-sekolah menukar perkataan Bahasa Malaysia kepada Bahasa Melayu, kata presiden International Movement For a Just World (JUST) itu.

"Tunku Abdul Rahman (Putra Alhaj) mahu penggunaan Bahasa Malaysia untuk menyatu padukan semua kaum dan beliau (Anwar) pula memaksa Bahasa Melayu digunakan dalam sistem sekolah," katanya.

Anwar juga, kata Chandra, bertanggungjawab menghantar pentadbir yang bukan berpendidikan Cina ke sekolah-sekolah Cina.

Chandra berkata kualiti paling penting seorang pemimpin dalam sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia ialah kejujuran, sambil menegaskan bahawa seseorang pemimpin itu harus berkata perkara yang sama kepada bukan Melayu mengenai isu sensitif kaum seperti yang diberitahu kepada audien Melayu.

"Kita tidak boleh main-main kerana ia amat berbahaya," katanya.

Mengenai barisan pembangkang yang disokong Anwar untuk pilihan raya umum 8 Mac ini, Chandra berkata walaupun Barisan Nasional ada kecacatannya, tidak terdapat gabungan parti lain yang lebih berwibawa di negara ini.

Beliau berkata ini berdasarkan pengalamannya semasa pilihan raya umum 1999 di mana Keadilan membentuk Barisan Alternatif (BA) dengan PAS, DAP dan Parti Rakyat Malaysia.

"Prestasi BA ketika itu amat baik dan ia merupakan antara pencapaian terbaik pembangkang. Tetapi PAS memutuskan untuk meneruskan dengan pendekatan Islam konservatif yang keterlaluan di Terenggunu selepas pilihan raya dan ini menyukarkan kami," katanya.

DAP pula memberi penekanan terhadap sekularisme yang agresif yang tidak memahami peranan agama di dalam negara ini, katanya.

"Pembangkang gagal mencari jalan tengah dan saya tidak fikir mereka boleh, untuk sekian tahun pun," katanya.

Tengku Razaleigh dan Rais yatim pun dulu kan main marahkan UMNO masa dlm semangat 46, tapi bila dok dalam BN, puji tak ingat...kalau DSAI jadi PM chandra ni puji la plak...cari makan..
 
kan amerika terang2 cakap dia sokong reformasi DSAI dulu masa kat KL..

Amerika nak sokong dia punya pasal la...Takkan DSAI nak halang pulak.....Adakah sebab sokongan itu membuktikan DSAI dibawah telunjuk Amerika???...bengong..


 
bila amerika sokong DSAI diorang kata agen barat, tapi kalau amerika sokong pak lah depa kata pak lah pemimpin yg hebat sebab dapat sokongan barat...kalau dah tak suka serba tak kena..:)
 
bila amerika sokong DSAI diorang kata agen barat, tapi kalau amerika sokong pak lah depa kata pak lah pemimpin yg hebat sebab dapat sokongan barat...kalau dah tak suka serba tak kena..:)

dorang putaq alam..
 
Amerika nak sokong dia punya pasal la...Takkan DSAI nak halang pulak.....Adakah sebab sokongan itu membuktikan DSAI dibawah telunjuk Amerika???...bengong..



Ni Ayat jahat dari ku; "Kawe sokong sepenuhnye Islam Hadhari yg dibawa oleh sedaraku Pok Loh" - Presiden Amerika - GW Bushit

Eh Pok Loh pun duk bwh ketiak amerika jugak ke???
 
DSAI takut dgn Dr Chandra thats why lah dia suruh Dr Chandra blah..
 
hehe ayat sinis begitu tak dapat nak mengaburi mata rakyat..

skrg DSAI dah failkan saman terhadap Dr Chandra... tgk lah nanti sejauh mana chandra nak menggelupor..
 
Back
Top
Log in Register