BTC USD 81,765.0 Gold USD 4,012.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dr.Chandra Muzaffar bidas Anwar Ibrahim

PJ: Prof Dr Chandra Muzaffar, yang pernah menjadi sekutu rapat Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam berkata negara akan dilanda bencana jika penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menjadi perdana menteri satu hari nanti.

Beliau berkata bekas timbalan perdana menteri itu bukannya seorang pemimpin yang diperlukan oleh sebuah negara berbilang kaum kerana beliau kini telah berubah berbanding semasa beliau di dalam kerajaan.



Semasa Anwar merupakan menteri pendidikan, beliau telah memaksa sekolah-sekolah menukar perkataan Bahasa Malaysia kepada Bahasa Melayu, kata presiden International Movement For a Just World (JUST) itu
"Hari ini beliau menggunakan imej yang berbeza sama sekali dan yang menyedihkan ramai juga orang bukan Melayu mempercayai lelaki ini. Beliau menyatakan yang beliau mahu menghapuskan DEB (Dasar Ekonomi Negara), sesuatu yang begitu enak didengar," kata Dr Chandra.

"Kita terlalu bersikap perkauman sehinga kita tidak dapat menilai seseorang itu secara objektif," kata bekas timbalan presiden Parti Keadilan Nasional itu (kini PKR). Beliau merupakan seorang daripada lima anggota panel Forum Awam The Star-Asian Centre For Media Studies mengenai Pilihan Raya Umum Malaysia, di sini semalam.

Chandra berkata walaupun Anwar cuba menunjukkan beliau seorang pejuang bagi hak bukan Melayu di negara ini, beliau melakukan sebaliknya semasa memegang jawatan kerajaan.

Chandra merupakan timbalan presiden Keadilan dari 1999 hingga 2001.

Semasa Anwar merupakan menteri pendidikan, beliau telah memaksa sekolah-sekolah menukar perkataan Bahasa Malaysia kepada Bahasa Melayu, kata presiden International Movement For a Just World (JUST) itu.

"Tunku Abdul Rahman (Putra Alhaj) mahu penggunaan Bahasa Malaysia untuk menyatu padukan semua kaum dan beliau (Anwar) pula memaksa Bahasa Melayu digunakan dalam sistem sekolah," katanya.

Anwar juga, kata Chandra, bertanggungjawab menghantar pentadbir yang bukan berpendidikan Cina ke sekolah-sekolah Cina.

Chandra berkata kualiti paling penting seorang pemimpin dalam sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia ialah kejujuran, sambil menegaskan bahawa seseorang pemimpin itu harus berkata perkara yang sama kepada bukan Melayu mengenai isu sensitif kaum seperti yang diberitahu kepada audien Melayu.

"Kita tidak boleh main-main kerana ia amat berbahaya," katanya.

Mengenai barisan pembangkang yang disokong Anwar untuk pilihan raya umum 8 Mac ini, Chandra berkata walaupun Barisan Nasional ada kecacatannya, tidak terdapat gabungan parti lain yang lebih berwibawa di negara ini.

Beliau berkata ini berdasarkan pengalamannya semasa pilihan raya umum 1999 di mana Keadilan membentuk Barisan Alternatif (BA) dengan PAS, DAP dan Parti Rakyat Malaysia.

"Prestasi BA ketika itu amat baik dan ia merupakan antara pencapaian terbaik pembangkang. Tetapi PAS memutuskan untuk meneruskan dengan pendekatan Islam konservatif yang keterlaluan di Terenggunu selepas pilihan raya dan ini menyukarkan kami," katanya.

DAP pula memberi penekanan terhadap sekularisme yang agresif yang tidak memahami peranan agama di dalam negara ini, katanya.

"Pembangkang gagal mencari jalan tengah dan saya tidak fikir mereka boleh, untuk sekian tahun pun," katanya.

Bagi aku Prof Dr Chandra Muzaffar ini tak ada pendirian hidup cakap lebih, tak sedar, nampak duit saja?:(scam :(scam :(scam :(scam :(scam :(scam
 
bila amerika sokong DSAI diorang kata agen barat, tapi kalau amerika sokong pak lah depa kata pak lah pemimpin yg hebat sebab dapat sokongan barat...kalau dah tak suka serba tak kena..:)

da namenye penyokong bro..kalu ader org komen DSAI sure penyokong DSAI kecoh..kalu komen pasal PakLah org PakLah lak kecoh..bile nk abis cite..:)) :))
 
Bagi aku Prof Dr Chandra Muzaffar ini tak ada pendirian hidup cakap lebih, tak sedar, nampak duit saja?:(scam :(scam :(scam :(scam :(scam :(scam

marah nmpk..kite xtau ape yg jd kt muzaffar time ahli PKR dulu..jd..:)paid
 
Aku nak tanya Dr Chandra. Tu pun kalau betul artikel di atas.

Soalan aku, "siapakah yg layak jadi PM selain DSAI?".

Artikel di atas hanya perang saraf je. Teknik BASI.
 
Amerika nak sokong dia punya pasal la...Takkan DSAI nak halang pulak.....Adakah sebab sokongan itu membuktikan DSAI dibawah telunjuk Amerika???...bengong..


Masa Bush jumpa TDM dulu dia tanya "are you still in power?". TDM jawab "Until October". (La ni TDM dah tak dak power. Tapi, sengat dia masih ada lagi.) Kat Pak Lah Bush tak tanya pasai power. Munkin Bush takut Pak Lah ingat dia nak perli Pak Lah kot. Apa pon perjumpaan ini tak akan ada perubahan ketara antara Amerika dan Malaysia, kerana kedua2 pemimpin ini akan menamatkan tempoh perhidmatan mereka tak lama lagi. Yang pasti ialah akan ada penambahan dalam album gambar mereka. (dan album saya juga) :)
 
orang boodooh je yang nampak UMNO tu masih releven!!menyusahkan rakyat miskin
 
dua kali lima ngan ezam gak nih...
 
Chandra ? hehehehe...
x lebih x kurang mcm ezam jek dia ni...

spesis sama, jenama jek lenlain...
 
kat PKR tu, anwar je yg boleh pakai, yg lain2 ahli tu gila kuasa juga, maklumlah serpihan UMNO juga. Aku kalau kenal rapat dgn Anwar dah tentu aku cakap kat dia...masuk PAS je lah. Sekutu2 rapat Anwar pada 1998 ramai dah berpaling tadah bila kena 'umpan'. Aku rasa Anwar pun sebenarnya perasan hal ni, tapi dia kena 'cover' juga. Tapi lebih selamat kalau Anwar masuk PAS.

Anwar masuk PAS. Hehehe... Anwar anak didikan TDM. Hampir semua ilmu TDM, Anwar dah master.

tgk saja perjalanan dan susunan PKR. tak ke sama mcm UMNO masa TDM pegang. DIKTATOR MCM TDM gak!!! :))

tgk mcm mana permainan Anwar dgn isu liwat. yg jd mangsa najib. nape? tanya la mana2 org melayu skrg ni, majoriti akan ckp najib yg buat isu tu utk kenakan Anwar. terlalu banyak kebocoran yang seolah2 nampak mcm Najib terbabit.

Masa 1998, masa TDM kenakan Anwar, korang tak tgk ke plot dia perfect giler. Hatta tilam yg ada air mani anwar pun dibawa ke mahkamah.

cuma drama terbaru ni banyak sgt kebocoran seolah2 hanya nak mengjahamkan Najib.

Aku dr dulu percaya Anwar bukan kaki liwat. Masa 1998 tu, aku pun sokong Anwar tp bila tgk keadaan skrg ni, tgk cara politik Anwar, tak ubah sebijik mcm TDM.

skrg ni pun aku percaya Najib tak terbabit dgn isu liwat Anwar sbb takkan la Najib se***** tu smpi kalo nak fitnah org, terlalu banyak kebocorannya.

kenapa Anwar tak mau masuk PAS? sbb Anwar tau PAS takkan dpt memerintah Malaysia kerana gologan sekular gn kaum bukan ISLAM takkan setuju dgn negara ISLAM.

Anwar berjuang kerana kuasa bukan kerana agama dan bangsa. kalo kerana agama dan bangsa dari dulu lg dia join PAS bukannya join UMNO.

karang kalo aku ckp ANWAR pun sekular mcm UMNo, ada yg mengamuk tp tu hakikatnya.

kalo Anwar masuk PAS baru la aku tarik blk pe yg aku ckp. kalo tak Anwar sama je sekularnya mcm UMNO. tak percaya pada perjuangan PAS yg ingin menubuhkan negara ISLAM sbb tu dia tak join PAS.

tp Anwar bukan takder kebaikkannya pun. Dia mcm TDM gak. ada jasa pada rakyat Malaysia. Andai kata dia jd PM, insyaALLAH malaysia akan aman sama mcm waktu TDM sbb kita akan diperintah oleh diktator yg sama mcm TDM :eek:

aku rasa pengalaman duduk dlm penjara banyak mengubah Anwar. masa dulu anwar tak lincik@jahat sgt mcm ni.
 
Back
Top
Log in Register