TT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Dota 2: Genting sasar 200,000 pengunjung
KUALA LUMPUR 20 Jan. – ESL One Genting 2018 dengan kolaborasi bersama Resorts World Genting menyasarkan seramai 200,000 pengunjung yang akan hadir untuk menyaksikan pertandingan Dota 2 yang menampilkan lebih 20 pasukan seluruh dunia bertanding merebut hadiah wang tunai berjumlah RM3.9 juta.
Naib Presiden Resorts World Genting, Kevin Tann turut melahirkan rasa teruja untuk menyaksikan ESL Genting 2018 yang akan berlangsung pada 23 hingga 28 Januari ini setelah kejayaan besar tahun lalu mendapat sokongan ramai peminat di seluruh dunia .
“Kolaborasi bersama Resorts World Genting buat kali kedua ini dapat menggalakkan pertumbuhan sukan elektronik di Malaysia. Setiap pihak terbabit sangat gigih, komited dan bekerja keras menjayakan acara berprestij ini.
“E-sukan adalah satu industri yang besar dan berkembang pesat di seluruh dunia dan kami berharap dapat memainkan peranan untuk meningkatkan mutu pasaran tempatan serta serantau,” katanya dalam sidang akhbar ESL One Genting 2018 di Grand Hotel Resorts di sini, hari ini.
Antara pasukan yang kini menerima pengesahan penyertaan ESL One Genting 2018 adalah Complexity Gaming, SG E-Sports, Penta Sports, Planet Dog, Natus Vincere, dan juga TNC Pro Team.
http://www.utusan.com.my/berita/nas...sar-200-000-pengunjung-1.594014#ixzz54kA7wcrI