BTC USD 75,615.1 Gold USD 4,283.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dota 2 The International 2017 - Hadiah Keseluruhan Semasa RM 96,054,684.50

WG Unity tiada lagi pemain Malaysia

22817hazril1_cropped_1503409878.jpg

BARISAN pemain baru WG Unity (dari kiri) Kang, Hroob, Kim, El-Khabbash dan Coloma. FOTO ihsan Wykrhm Reddy

TIADA lagi pemain Malaysia dalam skuad Dota 2, WarriorsGaming Unity (WG Unity) selepas kehilangan bakat tempatan yang dulunya dianggotai oleh Nana, xNova, ChYuan, KaNG dan Wenn.

Sebaliknya skuad itu mengumumkan barisan pemain baru, Khaled El-Khabbash (sQreen), Galvin Kang Jian Wen (Meracle), Feras Hroob (Feero), Kim Tae-sung (Velo) dan Kenneth Coloma (Flysolo) bagi menghadapi kejohanan Dota 2 yang akan disertai dalam masa terdekat.

Meracle dari Singapura akan bermain sebagai posisi satu, Feero (Jordan) di posisi kedua manakala Velo (Australia) di posisi ketiga.

Melengkapkan skuad itu ialah pemain dari Filipina, Flysolo yang bermain untuk posisi keempat. Pemain Russia, sQreen bermain untuk posisi kelima dan turut dilantik kapten bagi skuad berkenaan.

Jurulatih WG Unity, Beh Kok Weng berkata, rombakan itu dibuat selepas beberapa lama meninjau senario profesional Dota 2 yang kian berubah.

"Tak dinafikan, pemain import akan memberi impak sangat besar kepada pasukan ini. Pemain veteran mempunyai potensi cukup besar untuk pamerkan persembahan terbaik dalam setiap kejohanan disertai selepas ini.

"Bukan tak mahu pilih bakat tempatan tapi tiada lagi pemain Malaysia yang tidak terikat dengan organisasi untuk direkrut ke WG.Unity jadi keputusan ini sangat sukar buat kami," katanya.

Menurutnya, skuad baru ini akan tiba di Malaysia tak lama lagi untuk menjalani latihan sepenuhnya di sini.

"Saya belum berjumpa dengan mereka tapi yakin dengan kebolehan masing-masing. Mereka semua pemain berpengalaman dan sudah lama dalam industri jadi saya percaya tiada masalah komunikasi antara satu sama lain.

"Mereka juga akan menjalani latihan bersama di sini bagi menghadapi kejohanan seterusnya," katanya.

Pencapaian terbaik WG.Unity sebelum ini ialah tempat keenam di Boston Major pada Disember 2016 dan mereka berjaya membawa pulang wang kemenangan AS$125,000 (RM535,125).

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/08/256607/wg-unity-tiada-lagi-pemain-malaysia
 
rmi lari tukar team. :D
 
Kejohanan Dota 2 di Resort World Genting tahun depan

bt_04.1.jpg

KUALA LUMPUR - Siri kejohanan yang dipanggil ESL One Genting itu diadakan buat julung-julung kalinya di Resort World Genting, sekali gus menjadikan ia kejohanan e-Sukan pertama yang diadakan di resort tersebut.

Resort World Genting dalam satu kenyataan menyatakan, ia menjadi simbolik permulaan kepada gandingan resort itu dan ESL.

Acara itu akan diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands bermula dari 23 hingga 28 Januari tahun depan.

Tambah kenyataan itu, ia sebagai usaha untuk mengekalkan momentum pembangunan industri itu, Resort World Genting di Genting Highlands mengumumkan kolaborasi bersama syarikat gergasi e-Sukan, ESL untuk mengadakan kejohanan permainan video Dota 2 antarabangsa di Malaysia.

Pemain-pemain Dota 2 terbaik dari seluruh negara akan berentap bersama pasukan masing-masing bagi merebut hadiah wang tunai keseluruhan bernilai AS$400,000 (RM1,689.400).

http://kosmo.com.my/kosmo/content.a...=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_04.htm#ixzz4vpzz3pJQ
 
8 pasukan berentap

21hm30a_1508526006.jpg

IQBAL (lapan dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Convention dan Exhibition Bureau Datuk Zulkefli Sharif bertukar cenderahati selepas merasmikan kejuaraan Dota 2 The Major League, semalam.

Iskandar Puteri: Tiga pasukan tempatan berentap bagi merebut hadiah wang tunai terkumpul RM300,000 bersama lima pasukan antarabangsa di final kejohanan Dota 2 The Major League di Kompleks Sukan EduCity di Iskandar Puteri mulai semalam hingga 22 Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Livescape Iqbal Ameer berkata, pasukan tempatan iaitu Fnatic, Warriors Of Gaming Unity dan Team High Ground bersaing dengan pasukan EHOME (China), Cluth Gamers (ThailanD), Evos (Indonesia), iG Vitality (China) dan Execration dari Filipina.

Beliau berkata, pihaknya menyasarkan lebih 3,000 penyokong pasukan tempatan dan antarabangsa menyaksikan persaingan antara lapan pasukan berkenaan di pusingan akhir perlawanan bermula jam 11 pagihingga 11 malam.

Menurutnya, pihaknya yakin penganjuran kejohanan ini mampu membantu menonjolkan kebolehan generasi muda dalam lapangan ini.

“Sebanyak lapan pasukan ke peringkat akhir dan kami yakin mereka memiliki kelebihan masing-masing.

“Difahamkan ada antara pasukan peserta pernah merangkul kejuaraan selain memenangi hadiah bernilai jutaan ringgit sebelum ini,” katanya pada sidang media Majlis Perasmian Pertandingan Pusingan Akhir Dota 2 The Major League di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Educity, di sini, semalam.

Sementara itu, Iqbal berkata, Johor berpotensi dijadikan hab sukan elektronik atau e-sukan berdasarkan sambutan yang menggalakkan di dalam penyertaan pelajar Akademi E-Sukan Iskandar Puteri (AOES) Malaysia.

Beliau berkata, ramai pelajar mendaftar dan mengikuti kem latihan insentif Dota 2 secara percuma bermula pada 9 September lalu hingga 23 Disember 2017.

“Kita melihat Johor sebagai kawasan strategik kerana ia berdekatan dengan negara jiran Singapura selain ia bandar kedua terbesar di dalam negara, jadi ia berpotensi dibangunkan menjadi lokasi penganjuran acara e-sukan.

“Tambahan pula, permainan e-sukan menerima perhatian serius daripada Kementerian Belia dan Sukan dan ia langkah dijalankan pihak kami dalam membantu perkembangan industri e-sukan ini,” katanya.

Katanya, kerjaya di dalam bidang ini memberikan gaji tinggi dan ada dalam kalangan peserta dalam pertandingan ini pernah memenangi hadiah bernilai jutaan ringgit.

Pertandingan bermula sejak 10 September lalu disertai 78 pasukan dari dalam dan luar negara di mana pasukan yang berjaya sampai ke peringkat akhir akan memenangi hadiah RM10,000.

Pasukan juara kejohanan anjuran Celcom Axiata Bhd (Celcom) dan diurus Livescape dengan kerjasama Beatnation bakal membawa pulang trofi The Major League.

https://www.hmetro.com.my/setempat/2017/10/275219/siapa-juara-dota-2
 
Pasukan Ten Twenty juara Cabaran Dew 2017 bawa pulang RM60,000

image.jpg

Pengurus Jenama Mountain Dew, Oliver Kau Mun Seng (barisan belakang enam dari kiri) bersama para pemenang Program Cabaran Dew 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR - Seperti tahun lalu, Cabaran Dew 2017 yang diinspirasikan daripada minuman berkarbonat Mountain Dew menampilkan cabaran permainan komputer secara online atau e-game sebagai acara utama disertai kira-kira 1,250 peserta di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini sebentar tadi.

Naib Presiden Pemasaran Kumpulan Etika Sdn. Bhd., Santharuban T. Sundaram berkata, pada tahun ini e-game sekali lagi dipilih berdasarkan trend dan permintaan dalam kala*ngan belia terhadap permainan komputer secara online itu.

“Program Cabaran Dew 2017 memilih permainan strategi serangan DOTA 2 memandangkan permainan ini menjadi pilihan utama kira-kira 1.5 juta golongan belia masa kini.

“Pertandingan ini turut mencipta sejarah apabila menjadi Kejohanan DOTA Amatur Terbesar di Malaysia apabila kira-kira 250 pasukan bertanding termasuk dari Singapura,” katanya kepada pemberita selepas pertandingan akhir DOTA sempena Cabaran Dew 2017 di sini.

Pada pertandingan akhir yang berlangsung selama dua hari sejak Sabtu lalu itu, sebanyak empat pasukan be*rentap untuk merebut hadiah keseluruhan bernilai RM150,000.

Cabaran Dew 2017 menyaksikan pasukan Ten Twenty dari Singapura muncul juara membawa pulang ha*diah utama iaitu RM60,000 manakala pasukan Virtual Genesis dari Malaysia di tempat kedua dengan hadiah RM30,000 dan tempat ketiga menjadi milik pasukan Kota Singa, Kids+Adults Singapura bersama hadiah RM15,000.

Pasukan CR1 Stratos (Malaysia) yang memenangi tempat keempat pula membawa pulang hadiah RM13,000.

http://www.kosmo.com.my/terkini/pas...abaran-dew-2017-bawa-pulang-rm60-000-1.574847
 
ANTARA pemain yang menyertai cabaran 'Malaysia & Singapore Amateur Dota 2 Tournament' anjuran Mountain Dew di KLCC.

WhatsApp_Image_2017-12-17_at_21.38.46.jpeg.transformed.jpg

WhatsApp_Image_2017-12-17_at_21.38.47.jpeg.transformed.jpg
 
Tindakan Fnatic memang kejam dan menyedihkan - Ohaiyo

maxresdefault.jpg

KUALA LUMPUR : Pemain professional e-sukan Dota 2 Malaysia, Ohaiyo atau nama sebenarnya Khoo Chong Xin mengakui terkilan dengan tindakan pasukan Fnatic yang menggantikan posisinya dengan bekas pemain Evil Geniuses, Saahil Arora (UNiVeRsE).

Dakwa Ohaiyo, tindakan Fnatic itu kejam dan menyedihkan memandangkan keputusan itu dibuat selepas pasukan tersebut baru sahaja melayakkan diri ke kejohanan ESL One Katowice pada Februari depan.

“Kami mengadakan makan malam untuk meraikan kemenangan itu. Selepas selesai majlis makan malam itu saya diberitahu jurulatih Fnatic, Adam Shah dan pengurus Eric Khor yang saya akan digantikan dengan UNiVeRsE.

“Mereka juga maklum UNiVeRsE sudah tiba di Malaysia sehari sebelum perlawanan kami dan TnC, iaitu pada Khamis lalu,” katanya menerusi Facebooknya sendiri.

Ohaiyo turut menyatakan kekecewaannya apabila mengetahui pemain lain sudah tahu dia akan digantikan tidak kira mereka menang atau kalah pada pusingan akhir kelayakan ke ESL One Katowise itu.

“Ada sebilangan pemain sudah tahu mengenai keputusan Fnatic itu, beberapa hari sebelum saya dimaklumkan. Saya hanya tahu pada Jumaat malam.

“Sepatutnya mereka tidak layak untuk ke ESL One Katowise dengan tindakan ini,” tambahnya.

Jelas Ohaiyo, dia tidak kecewa digantikan dengan pemain lain namun kecewa sikap ahli pasukannya yang dilihat mempergunakan usaha orang lain untuk kepentingan diri sendiri.

Sejak 2015, Ohaiyo merupakan antara tonggak utama Fnatic selepas pasukan itu membuat kemunculan semula dalam arena e-sukan.

Antara sumbangan terbesar Ohaiyo bersama Fnatic adalah ketika pasukan tersebut mendapat tempat keempat kejohanan terbesar dunia Dota 2, The International 2016 yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM5.7 juta.

http://www.astroawani.com/gaya-hidu...ic-memang-kejam-dan-menyedihkan-ohaiyo-165715
 
Back
Top
Log in Register