BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dota 2 The International 2017 - Hadiah Keseluruhan Semasa RM 96,054,684.50

Dota 2: Genting sasar 200,000 pengunjung

image.jpg

KUALA LUMPUR 20 Jan. – ESL One Genting 2018 dengan kolaborasi bersama Resorts World Genting menyasarkan seramai 200,000 pengunjung yang akan hadir untuk menyaksikan pertandingan Dota 2 yang menampilkan lebih 20 pasukan seluruh dunia bertanding merebut hadiah wang tunai berjumlah RM3.9 juta.

Naib Presiden Resorts World Genting, Kevin Tann turut melahirkan rasa teruja untuk menyaksikan ESL Genting 2018 yang akan berlangsung pada 23 hingga 28 Januari ini setelah kejayaan besar tahun lalu mendapat sokongan ramai peminat di seluruh dunia .

“Kolaborasi bersama Resorts World Genting buat kali kedua ini dapat menggalakkan pertumbuhan sukan elektronik di Malaysia. Setiap pihak terbabit sangat gigih, komited dan bekerja keras menjayakan acara berprestij ini.

“E-sukan adalah satu industri yang besar dan berkembang pesat di seluruh dunia dan kami berharap dapat memainkan peranan untuk meningkatkan mutu pasaran tempatan serta serantau,” katanya dalam sidang akhbar ESL One Genting 2018 di Grand Hotel Resorts di sini, hari ini.

Antara pasukan yang kini menerima pengesahan penyertaan ESL One Genting 2018 adalah Complexity Gaming, SG E-Sports, Penta Sports, Planet Dog, Natus Vincere, dan juga TNC Pro Team.

http://www.utusan.com.my/berita/nas...sar-200-000-pengunjung-1.594014#ixzz54kA7wcrI
 
Newbee tewaskan Team Secret

kejutaa_1517062619.jpg

NEWBEE membuat kejutan apabila menumpaskan pasukan pilihan, Team Secret, dalam perlawanan separuh akhir e-sukan Dota 2 Kejohanan ESL One Genting.

Newbee yang menang 2-0, agresif menyerang kubu Team Secret yang seakan hilang punca meskipun dibarisi pemain pilihan, Khoo Chong Xin (Ohaiyo), bekas ‘Offlaner’ Fnatic.

Ohaiyo yang menggantikan Adrian Trinks (Fata) di saat akhir kejohanan seharusnya menjadi tunjang Team Secret namun tenggelam dengan serangan dan trik mengejut Newbee.

Newbee menguasai kedua game dengan taktikal kemas sehingga mampu menumpaskan menara Ancient Team Secret dengan pantas.

Dota 2 adalah permainan popular pertandingan e-sukan yang memerlukan lima pemain satu pasukan berentap menggunakan 115 karektor permainan.

ESL One seakan Sukan Olimpik untuk Dota membawa hadiah kira-kira RM500,000 dengan 200 markah pro.

https://www.hmetro.com.my/utama/2018/01/307740/team-secret-tak-tahan-sengat-newbee
 
newbee agresif game dia ... team liquid pun lemas... final jumah team liquid kot
 
Newbee juara Dota 2 ESL One Genting

eee.jpg_1517148086.jpg

Pasukan Newbee yang muncul juara e-sukan Dota 2 Kejohanan ESL One Genting.

PENDATANG baru, Newbee, sekali lagi mencipta kejutan apabila menumpaskan pasukan pilihan, Team Liquid. dalam perlawanan akhir e-sukan Dota 2 Kejohanan ESL One Genting di Genting Highland, hari ini.

Format perlawanan akhir yang ditambah kepada lima set menyaksikan Newbee menang 3-2.

Pasukan dari China itu menumpaskan pasukan berstatus otai, Team Secret, semalam, di separuh akhir dan strategi hampir sama turut membuahkan hasil pada perlawanan hari ini.

Meskipun cuba bangkit, Team Liquid seakan hilang punca dengan serangan bertali arus dan kegagalan memanfaatkan peluang menyerang di kubu Newbee seharusnya menimbulkan kesal di kalangan pemain.

Team Liquid gagal mengawal permainan sehingga Newbee menguasai tiga set dengan taktikal kemas sehingga mampu menumpaskan menara Ancient Team Secret dengan pantas.

Hampir 10,000 peminat Dota 2 membanjiri Arena of Stars sepanjang tiga hari kejohanan berlangsung.

Dota 2 adalah permainan popular pertandingan e-sukan yang memerlukan lima pemain satu pasukan berentap menggunakan 115 karektor permainan.

ESL One seakan Sukan Olimpik untuk Dota membawa hadiah kira-kira RM1.6 juta dengan 200 markah.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/01/307979/newbee-juara-dota-2-esl-one-genting
 
eg mcm throw game je..hahahahha...3.9 juta..sikit sgt agaknye..
 
piala tu mesti plastik. sebelah tangan je
 
Rakyat Malaysia jutawan baru Dota 2

image.jpg

Yap Jian Wei atau xNova ketika beraksi dalam Dota 2.-Foto/LGD Gaming

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Seorang rakyat Malaysia Yap Jian Wei atau xNova dan empat ahli kumpulannya, PSG.LGD menjadi jutawan baharu selepas mendapat tempat kedua pertandingan Dota 2, The International 8 yang berlangsung di Vancouver, Kanada.

xNova dan ahli kumpulannya membawa pulang wang tunai AS$4,075,965 (RM16,676,810).

Pada pertandingan yang berlangsung pagi tadi, pasukan OG menjadi juara dan membawa pulang piala Aegis dan wang tunai berjumlah AS$11,208,905 (RM45,861,234).-

http://www.utusan.com.my/berita/nas...-jutawan-baharu-dota-2-1.736002#ixzz5PGa2GQCn
 
sib baik dota2 tak main kt sukan asia
potensi emas tu :D
 
Back
Top
Log in Register