BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DOSM Perkenal Akaun Pindahan Negara, Perkukuh Perancangan Dasar Berasaskan Bukti

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
0b6d627c33079f6aa3ee617aa42a2c9a69f1ab0623f8c

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin


--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini melakar satu lagi pencapaian penting apabila melancarkan Akaun Pindahan Negara (NTA) satu inisiatif baharu yang dijangka memperkukuh perancangan dasar negara melalui pendekatan berasaskan bukti.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata NTA merupakan kaedah sistematik yang mengukur pendapatan dan penggunaan pada pelbagai peringkat umur penduduk serta bagaimana ahli pelbagai generasi menyara antara satu sama lain.

“NTA boleh digunakan sebagai kaedah dalam membentuk polisi berteraskan bukti bagi menangani kesan perubahan struktur umur penduduk dengan lebih berkesan,” katanya menerusi ucapan beliau pada majlis pelancaran NTA, di sini, hari ini.

Mohd Uzir berkata DOSM merupakan Jabatan Perangkaan Negara (NSO) ketiga yang menerbitkan NTA selepas Korea Selatan dan Colombia.

“Kita akan terus memperhebatkan visibility (kedudukan) kita diperingkat antarabangsa termasuklah cadangan untuk kita mewujudkan City Group NTA,” katanya sambil menambah, pembangunan NTA di Malaysia telah bermula sejak 2014.

Dalam satu kenyataan berasingan, DOSM memaklumkan pihaknya menerbitkan NTA Malaysia, 2022 berdasarkan rangka kerja dan teknik pemodelan yang diadaptasi daripada National Transfer Accounts Manual: Measuring and Analysing the Generational Economy, United Nation, 2013.

NTA yang dibentangkan dalam penerbitan ini disusun berdasarkan data daripada Anggaran Penduduk Pertengahan Tahun, Akaun Ekonomi Negara, Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah dan rekod daripada pelbagai agensi serta sumber lain yang berkaitan.

DOSM memaklumkan NTA Malaysia 2022 menunjukkan lebihan pendapatan berbanding penggunaan oleh pekerja bermula pada umur 29 tahun dengan lebihan tertinggi pada umur 44 tahun bernilai RM14,523 pper kapita setahun.

 
Back
Top
Log in Register