BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dongeng jadi nyata, BASS kongsi foto ‘pre wedding’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

Dongeng jadi nyata, BASS kongsi foto ‘pre wedding’​

02e9c348-daa7-4eca-921d-83d7bfa07680.jpeg


"Dongeng jadi nyata, BASS kongsi foto ‘pre wedding’" PETALING JAYA – Bau nasi minyak semakin kuat, perkongsian pasangan sensasi,  Bella Astillah dan Syed Saddiq Abdul Rahman yang memuatnaik foto dan video rakaman dipercayai pre wedding atau praperkahwinan dalam laman sosial mengundang perhatian netizen.

Mengadakan sesi fotografi di London, Bella dan Syed Saddiq menyertakan kapsyen ‘love story from KL to London’ (kisah cinta dari Kuala Lumpur ke London) difahamkan rakaman tersebut juga satu kolaborasi bersama sebuah jenama butik pakaian terkenal.

“Every girl deserves her fairytales moment (setiap gadis berhak menikmati detik indah umpama kisah dongeng).

“Okay, i’m officially obsessed with the ‘Fleurie’. It’s so flowy, so pretty and honestly giving main princess energy. (Saya benar-benar terpikat dengan ‘Fleurie’ ini. Sangat beralun, cantik, dan sejujurnya menyerlahkan aura seorang puteri),” tulisnya.

Hantaran manis pasangan terbabit meraih maklum balas pengikut mereka yang rata-rata mengakui kisah cinta personaliti popular digelar BASS itu sememangnya sebuah fantasi yang menjadi realiti.

“Satu-satunya cerita dongeng yang saya percaya sebab akhirnya menjadi kenyataan. Tahniah untuk cerita kegemaran saya,” kata seorang pemilik akaun Threads.

Rancak membuat persediaan hari bersejarah sebaik sahaja kes mahkamah Ahli Parlimen Muar itu selesai, pasangan itu juga mendapat lampu hijau keluarga kedua-dua pihak untuk melangsungkan pernikahan dalam masa terdekat.

Biarpun tarikh perkahwinan masih dirahsiakan, pelbagai telahan muncul termasuk kononnya Bella dan Syed Saddiq yang mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu bakal disatukan pada Oktober ini.

Begitupun, masing-masing masih menyimpan kemas butiran majlis walhal kad jemputan sudah diedarkan kepada para tetamu, termasuk buat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. – KOSMO! ONLINE

==============================

OMG Bella dan Syed Saddiq! 😍 Asal la dorang sweet sangat ni. Sapa2 je yg tak cemburu. Nak juga kahwin kat London tapi malas2 fikir bajet pulak. Tengok je la dorang bahagia kek. 🥲

 
Back
Top
Log in Register