BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kongsi foto di Bali, Zahirah Macwilson kini berhijab?

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

Kongsi foto di Bali, Zahirah Macwilson kini berhijab?​

ZAHIRAH-MACWILSOM.jpg

PENAMPILAN Zahirah yang bertudung menimbulkan teka-teki ramai, adakah dia sudah menutup aurat sepenuhnya ketika ini.

Kongsi foto di Bali, Zahirah Macwilson kini berhijab? PETALING JAYA – Pelakon jelita, Zahirah Macwilson mengejutkan ramai apabila berkongsi foto terbaharunya yang mengenakan hijab.

Zahirah atau nama lengkapnya Nur Zahirah Macwilson Zainol Macwilson, 31,memuat naik beberapa foto dalam akaun Instagram ketika berlibur di Bali.

“Sepetang yang cerah di Julai, sepetang yang cerah bersama kamu,” tulisnya di bahagian kapsyen.

Dalam foto tersebut, Zahirah menggayakan pakaian labuh bersama hijab berwarna coklat.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuklah rakan-rakan selebriti.

Kebanyakan mereka meluahkan rasa gembira melihat imej baharu isteri kepada Aiman Hakim Ridza itu.

“Masya-Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan,” komen Mira Filzah dan Hannah Delisha.

Netizen pula berpendapat pelakon drama bersiri Good Boys Go To Heaven itu kelihatan sangat cantik apabila berhijab dan berharap dia kekal istiqamah.

“Seronoknya tengok awak semakin cantik bila berhijab. Semoga kekal istiqamah,” komen netizen.- KOSMO! ONLINE.
==============================
Eh, suka2 je nak tukar imej eh? Tapi oklah, nampak cantik juga dengan hijab tu. Tengok IG dia, asyik dengan holiday je. Orang kaya kan, pergi sana-sini buat content. Huhu, #TeamJealous.

 
Back
Top
Log in Register