salam all,
aku jadi cikgu dah 15 tahun dah.
10 tahun pertama aku kerja, memang macam neraka. terus terang aku cakap. pagi 6.45 aku dah kena pacak kat tempat perhimpunan tunggu budak sampai. pastu pukul 6.50 dah stat perhimpuan. pasal skolah aku stat kelas pukul 7.10 - aku masa tu jadi warden disiplin. tiap tiap tiap hari aku mcam tu.
pukul 5 pg wajib kejut budak bangun subuh... mengajar serupa jugak ngn orang lain, dalam 25-27 waktu seminggu. so, abis skolah dalam pukul 1.40.
pkl 3 aku dah kena ada kat skolah balik. jaga budak prep. sampai pukul 5.00..... kena pulak tengok diorang kat surau smayang asar. pastu 5.30 kena tengok diorang kat padang. kena jugk rayau kat asrama, pastikan semua budak turun bersukan. sebab nak lahirkan generasi sihat kononnya.
pastu pkl 630 pastikan diorang balik asrama utk makan dan siap2 utk solat magrib. raun asrama lagi tengok diorang. pastu kena jugak jaga diorang solat magrib. sampai le diorang abis solat isyak. sebab antara magrib isyak ada pulak program kerohanian.
9 mlm, diorang akan prep sampai 10.30. aku kena jaga diorang sampai le pukul 11. pastu aku balik le.
duduk dalam kawasan sekolah sebab jadi warden. ngan bini pun tak sempat cakap, sebab keje tak abes2.
biasanya, dalam seminggu, 3 hari aku kena rutin macam ni. utk 75 pelajar, hanya layak 1 warden... so, utk bihkurang 600 pelajar laki dan perempuan hanya ada dalam 8 warden yg digilir2.
elaun warden masa tu.. = RM0.00
tapi takpe le, banyak ceramah aku dapat dengar masa jaga diorang.
biasanya pulak masa hari minggu, sebab bebudak ada kat situ, maka aku memang sentiasa dok jaga budak jugak. so aku dan kawan2 warden aku memang keje 7 hari seminggu. gaji basic aku masa tu.. RM1211 dekat 10 tahun keje baru le gaji basic aku naik 2000 - bihkurang la ye. aku pun tak ingat.
masa tu aku kat kota tinggi. bandar penawar. zinedine tau le tempat tu, dia kat FAT 1.
anyway, itu cerita lama.
sekarang aku tak mcam tu lagi. cikgu, kalau hanya ingat tanggungjawab pada anak murid, memang tak habis le. cikgu kena pandai bagi2 masa utk pelbagai tanggungjawab yang dia ada.
dah balik rumah tu, jangan le bawak balik buku latihan budak untk ditanda... kalau tak siap nak buat macamana? keje kat sekolah, buat kat sekolah aje. jangan sekali2 bawak balik rumah. kesian anak2 ngan bini.
jadi, masa kat sekolah, cikgu sbnarnya memang takde masa nak duduk goyang kaki... tapi amik la sikit masa utk goyang kaki dan bergelak ketawa ngan kawan2. itu dah jadi tanggungjawab sosial kita sebagai manusia bermasyarakat.
bila abis sekolah pukul 230 tu, jangan balik lagi. lepak dulu dalam sejam, siapkan apa yang patut. pastu balik.
itu le nasihat aku bagi guru2 yg ada kat sini.
jiwa akan tenang.
ngan bini pun tak gaduh
ngan anak pun tak marah2.
prestasi, konfem akan tetap tinggi. semenjak aku mula keje sampai sekarang, prestasi aku sentiasa 90 dan keatas. cuma jaga keje yang kene buat. siapkan apa yang termampu. kalu tak siap, esok ada lagi.
kelas jangan mengular... nanti jadi pemalas.
bagi aku, seriously... keje doktor lagi seksa la. kalu silap, bole mati orang. sorang mati pasal silap kau, kau memang takkan siuman sampai bila2.
korang yang keje selain dari cikgu atau doktor... tak payah le nak menilai samada cikgu tu keje senang ke susah ke. samada diorang keje utk duit ke tidak.
korang pun bukannya bagus sangat. sembang aje kencang. pegi keje elok2, pastikan duit bawak balik tu tkde unsur2 ponteng keje. asyik nak menilai orang lain aje, diri tak tau kat mana.
sori arrr... aku nasihat diri aku tu. simpan arr komen macam bagus tu kat dalam dalam lemari kain kat rumah.