pendapat aku bagi kerja gurulah coz aku pun dah bergelumang di dalam bidang ini baru saja 14 tahun.
Tak semua guru rasa terbeban dan mengikut di mana dia bertugas dan juga bagaimana cara big boss (pengetua/guru besar) dia memerintah/mentadbir sekolah tersebut.
Kebanyakan guru terbeban apabila memegang pelbagai jawatan selain tugas rasmi mengajar di kelas. Apatah lagi dengan karenah pentadbirannya pula mungkin agak straight atau tidak boleh tolak ansur.
Amat beruntunglah sesebuah sekolah itu jika ditadbir oleh pengetua/guru besar yang mengambil berat kebajikan staf dan bijak menanggani apa jua masalah di sekolah. Guru-guru pun rasa senang dan tidak terbeban walaupun ada kerja banyak setiap hari.
Pandangan peribadi....guru2 perlu bijak menyusun jadual kerja. pengetua/guru besar pula memainkan peranan penting dalam mengurus sekolah dengan bijaksana dan berhikmah kerana dia berhadapan dengan ratusan guru dan ribuan murid.(bagi sekolah kecil, masalah juga lebih kurang saja).
Guru-guru juga manusia biasa...bagi yang memegang jawatan guru besar/pengetua/GPK perlulah melihat dengan lebih detail jika mahu melaksanakan apa2 peraturan terhadap staf mereka. Memang ada staf yang bermasalah tapi tangani dengan baik.
Memang ada peraturan ditetapkan itu tidak disukai guru tapi berjaya menjadikan sekolah itu cemerlang. tapi kerja pun tak ikhlas dengan terpaksa.
Kita mahu kerja ikhlas dengan sepenuh hati, suasana kerja pun aman damai.Insya-allah...hasilnya menakjubkan...
Tiada yang sempurna...tapi setiap guru mengharapkan suasana kerja harmoni dan mempunyai pengetua/gb yang bijak,menjaga kebajikan,berhemah,berwawasan dan lain-lain sikap mahmudah.
banyak perkara lagi tapi naik lengguh pulak...