BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

doktor VS guru mana kerja lg terbeban??

sah bro sakit ati dgn cekgu ni...tanpa anda siapalaa cekgu :)):))
tanpa doktor ...cekgu pulak diam, tanpa engineer, cekgu lagi diam
tanpa penjual2..cekgu lagi diam..yg senang keluar: hang dengki sbb tak apply cekgu :)):eek::eek: dah kat 1000kali aku dgar

payah kalu kait lagu ni..tanpa buruh indon tu...xde la bangunan tempat doktor dan cikgu cari makan..:))
 
Guru/cikgu ada nazir dtg pantau, ppd la, jpn la, itu la... ini laa... datang nak pantau.

Nasib x baik, KPM leh turun datang jengok ngajar camne dalam kelas... :D

Tak kira la cikgu gred berapa... hatta yang JUSA C pun panas punggung kalau dgr nak kena pantau ... :))

Erkkk... doktor dalam setahun berapa kali kena pantau ek? :-?
 
Guru/cikgu ada nazir dtg pantau, ppd la, jpn la, itu la... ini laa... datang nak pantau.

Nasib x baik, KPM leh turun datang jengok ngajar camne dalam kelas... :D

Tak kira la cikgu gred berapa... hatta yang JUSA C pun panas punggung kalau dgr nak kena pantau ... :))

Erkkk... doktor dalam setahun berapa kali kena pantau ek? :-?

guru kena lah di pantau sbb guru balik awal kul 3 dah ada umh tgk cerita indonesia,sempat jual brg katalog, sempat bergossip dlm bilik guru..alah stakat buku nak kena tanda kat umh pun bising..sapa suruh bergossip masa time takder kelas..doktor plak ..takyah di pantau sbb diaorg takder masa untuk itu semua.. !!!!!:eek:
 
adeh.. lawak la plk..
ada yg sokong Doc. ckp mcm ni.
yg sokong cekgu plk ckp mcm tu.
bagi aku smua keje ada bebanan.xyah la kita nak
kelas2kan yg tu teruk lg dr yg ini.
asalkan ada keikhlasan bekeje di dlm hati insyallah semua bebanan
akan diharungi dengan tabah dan mudah.
 
saje je aku bukak thread nih nak tgk komen korang..kita ada baca lam paper ramai cikgu yg sakit jiwa kerana tekanan kerja dan kita juga ada baca kat paper2 yg doktor pun ada complaint jugak yg diorg tertekan dengan kerja ngan waktu kerja yg panjang dan gaji yg tidak setimpal dengan tekanan dan beban kerja yg byk..apa pendapat korang??

doctor ade yang bunuh diri dan terjun dari tingkap pasal bebanan kerja.
 
topic mengarut ni.. lain kali bandingkanlah kerja doctor dgn pesawah sape lagi letih dan terbeban.. :p:">
 
Rayuan doktor penat, tertekan dan mengantuk


KEMENTERIAN Kesihatan perlu mengkaji semula skim gaji dan elaun
pegawai perubatan kerajaan yang sekarang tidak setimpal dengan kerja
kami.
Kami para doktor bekerja tidak tentu masa, kami korbankan masa kami untuk bersama keluarga semata-mata demi merawat pesakit.
Lebih teruk lagi jika kami bertugas atas panggilan on, call,
kami akan bekerja lebih tiga puluh enam jam terus menerus tanpa henti - dan kami
terpaksa bekerja seperti itu untuk hampir 10 kali sebulan.
Bayangkan betapa penatnya anda jika terpaksa bekerja seperti itu. Lebih-lebih lagi sebagai housemen,
kami terpaksa bekerja 7 hari seminggu, datang kerja pukul 7 pagi setiap
hari dan balik kerja setelah selesai semua tugas di hospital.
Kebiasaannya hampir maghrib baru kami dapat balik. Itu pun kalau tidak menerima on, call.
Kalau kena on, call, kami akan bekerja terus menerus sehingga petang keesokan harinya.
Kami kepenatan. Balik rumah hanya untuk tidur. Keesokannya kami terpaksa datang kerja seperti biasa dan balik lewat petang lagi.
Kami terpaksa lalui semua ini setiap hari. Bayangkanlah betapa penat
dan tertekannya kami. Cuti pun bukan mudah diperoleh kerana kekurangan
doktor di hospital.
Sebab itulah ramai doktor pergi ke swasta. Keadaan kerja yang
memenatkan di hospital kerajaan ditambah dengan bilangan pesakit yang
semakin ramai dan bayaran yang tidak setimpal ialah faktor utama mereka
meninggalkan hospital kerajaan.
Kerajaan perlu kaji secara mendalam skim gaji, elaun dan kenaikan
pangkat para doktor. Perbaiki keadaan kerja kami keseluruhannya. Masa
kerja kami. Sistem syif seperti yang diguna pakai jururawat sepatutnya
dipertimbangkan secara mendalam.
Sistem ini dapat mengelakkan tugas on-call yang memenatkan. Pentadbiran hospital juga perlu diperbaiki kerana banyak yang tidak berfungsi dengan baik.
Banyak polisi hanya menguntungkan pihak pentadbir tetapi menekan kami.
Jadi tidak hairan ramai doktor lari ke swasta. Tidak perlu import
doktor luar, doktor kita sekarang sudah lebih daripada cukup, cuma
kebanyakannya di hospital swasta.
Baiki semua kelemahan ini, jika tidak, sampai bila pun doktor kerajaan tidak cukup.
Saya percaya orang ramai juga menyokong cadangan ini kerana mahukah
anda dirawat oleh doktor yang kepenatan, tertekan dan mengantuk?

DR. PENAT
copy from utusan online

masuk kul 7 pagi dan balik magrib
ok la tu

houseman kat mana tu??
macam best plak houseman bole balik magrib

tagging masuk kul 7am balik kul 1am
 
Back
Top
Log in Register