Ada beza "akan ikut cara biasa" dgn "perlu ikut cara biasa", dgn merujuk kpd meminta persetujuan Raja2 bagi hal berkaitan.
"Perlu" bermaksud mmg obligasi, yg mana andai Raja2 x perkenan mmg akan terbatal
"Akan" pula sekadar formality, raja x perkenan pun akan tetap berkuatkuasa.
Ini perlukan penjelasan dari yg arif CMM.
gini tn synyster, kalau yg melibatkan perkara 153, maka Perkara 159 dirujuk
berikut adalah perkara 153, yg disokong oleh perkara 159
Hak hak yg termaktub dalam Perkara 153 ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
Ia juga sudah sedia tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Dalam Wasiat Raja-raja Melayu yang ditandatangani pada 5 Ogos 1957, Raja-raja Melayu secara tegas menetapkan syarat untuk memastikan akan kekal terjamin (antara lain) status agama Islam, tanah simpanan Melayu serta kedudukan istimewa orang Melayu.
Termasuk dalam senarai Hak Istimewa Orang Melayu menurut Perkara 153 adalah jawatan dalam kerajaan, peruntukan biasiswa dan bantuan ekonomi.
Kesemua hak ini sesungguhnya dilindungi Yang di-Pertuan Agong selaku primus inter pares. Majlis Raja-raja Melayu perlu memberi perkenan jika apa-apa perkara berkaitan mahu diubah.
Isi kandungan Hak-hak istimewa orang Melayu
Merujuk Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, hak-hak orang Melayu adalah seperti berikut:
1.Tanah untuk Orang Melayu
1.Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri (kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri). Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu tanpa sebarang syarat.
TANAH SIMPANAN MELAYU – Perkara 89 (Tanah Rizab Orang Melayu)
Mana-mana tanah di sesuatu negeri yang menjadi tanah rizab orang Melayu sebelum hari merdeka mengikut undang-undang yang ada, maka tanah itu boleh terus-menerus menjadi tanah rizab orang Melayu mengikut undang-undang itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Badan Perundangan Negeri dengan suatu Enakmen.
Perkara 153 ni boleh dirujuk kat link ni
[URL='http://www.jpapencen.gov.my/cat289562/published/perkara153-Ma.Html[/url]']http://www.jpapencen.gov.my/cat289562/published/perkara153-Ma.Html[/URL]
2.Jawatan dalam Kerajaan
1.Jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukkan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu.
3.Peruntukan biasiswa
1.Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntut Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu.
4.Bantuan Ekonomi
1.Peraturan hendaklah dibuat untuk membolehkan orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahaan dan aktiviti-aktiviti ekonomi lain.
Hak-hak istimewa orang Melayu adalah di bawah perlindungan Yang di-Pertuan Agung. Segala perubahan baharu berkenaan dengan hak-hak istimewa orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Raja-raja Melayu.
REJIMEN ASKAR MELAYU – Seksyen 16(1) Akta Angkatan Bersenjata 1972
Seksyen tersebut menyatakan:
”Mana-mana orang boleh diambil masuk ke dalam angkatan tetap; dengan syarat bahawa hanya orang Melayu boleh diambil masuk ke dalam Askar Melayu Diraja”.
Angkatan Tentera Malaysia terdiri daripada tiga perkhidmatan iaitu udara, darat dan laut yang semuanya terbuka kepada semua kaum.
Askar Melayu Diraja hanya satu komponen dalam pelbagai bidang ketenteraan dan berperanan mempertahankan negara dari ancaman dan pencerobohan dari luar Negara tetapi tidak terlibat dalam ketenteraan awam dan keselamatan dalam negara.
Penubuhan Uitm tu ada kaitan dengan Perkara 153 (8A) Perlembagaan Persekutuan..
berikut adalah Perkara 153 (8A) Perlembagaan Persekutuan utk makluman tuan
Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.
(8A) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana-mana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.
ada sepuluh perkara yang termaktub dalam Perkara 2 (a), Perkara 38 (4) dan Perkara 159 (5) Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-raja.
Menurut artikel 159 perlembagaan Malaysia, undang-undang yang digubal untuk mengubah sesetengah perkara dalam perlembagaan tidak boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis raja-raja Melayu walaupun mendapat majoriti 2/3 di perlimen termasuklah :
Perkara 38 (4) :*Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja
=Perkara 152 : Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
=Perkara 153 : Hak keistimewaan orang Melayu
=Perkara 159 bahagian III : Hak kewarganegaraan Malaysia
=Pindaan Perlembagaan Perkara 161 (E) perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan dipersetujui oleh Yang dipertua Negeri Sabah dan Sarawak bagi melibatkan kepentingan Sabah dan Sarawak Contoh; bidang kuasa kerajaan negeri, kedudukan istimewa bumiputera, imegresen.
Pindaan Perlembagaan Perkara 159 (5) Perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan perkenan Majlis Raja-Raja.
Contoh: Kedaulatan raja-raja, kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa kebangsaan dan agama persekutuan.