BTC USD 85,516.9 Gold USD 4,130.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Doctrine Basic Structure

يوسفاريزال يوسف​

·

Usai semalam wacana tentang “Basic Structure Doctrine” anjuran PEMBINA UIAM dengan kerjasama Projek Lex dan IIUM Law Society.

Alhamdulillah, dalam keterbatasan waktu, saya dan sahabat saya Lukman Sheriff sempat menghuraikan asas perkembangan BSD dan ancamannya terhadap pengasingan kuasa di Malaysia dan juga institusi kehakiman Syariah.

Memandangkan hadirin adalah dikalangan bukan sahaja peguam dan pelajar undang-undang, bahkan orang awam dan pelajar bukan undang-undang, saya berusaha untuk menyimpulkan doktrin yang agak kompleks ini dengan laras bahasa lebih mudah.

Saya mengajak hadirin memerhati pedoman dalam filem Mrs Chaterjee vs Norway (yang kini ditayangkan di Netflix), berkenaan kisah benar perjuangan seorang ibu India untuk mendapatkan kembali hak penjagaan anak kandungnya yang diambil oleh keluarga angkat atas perintah Mahkamah Norway. Atas aduan, Mahkamah Norway mengisytiharkan Mrs Chaterjee tidak layak menjaga anaknya, kerana antara lain, beliau mengamal amalan keluarga India seperti menyuap makan anaknya dengan tangan.

Ia tentang konflik mencedok prinsip kekeluargaan yang kononnya universal kepada keluarga yang punya nilai tradisi dan lokal.

Analogi saya untaikan dari kisah ini untuk BSD. BSD adalah tentang mencedok doktrin asing yang tidak termaktub secara tersirat dalam Perlembagaan Persekutuan untuk memutuskan tafsiran Perlembagaan. Ia secara tidak langsung memencilkan kuasa 222 Ahli Parlimen yang mewakili konteks lokal untuk membuat undang-undang dan meminda perlembagaan, hanya kerana ia bertentangan dengan doktrin-doktrin tertentu cedokan dari luar.

Ia satu kedudukan yang bahaya dan bakal mengakibatkan ketidakadilan sebagaimana berlaku secara analoginya kepada Mrs Chaterjee.

Perlembagaan Persekutuan perlulah ditafsir berdasarkan perlembagaan itu sendiri dan bukan berdasarkan prinsip-prinsip luar. Ia selari dengan kata-kata Almarhum Raja Azlan Shah dalam kes Loh Kooi Choon lwn Kerajaan Malaysia (1977) 2 MLJ 187:-

“The ultimate touchstone of constitutionality is the Constitution itself and not any general principle outside it”
Sesudah sesi soal jawab berimpak tinggi, hadirin nampak bersemangat untuk mengetahui lebih lanjut tentang BSD dan mengambil bahagian dalam usaha kerdil ini bagi memahamkan masyarakat.

Semoga api perjuangan ini tidak padam, dan diteruskan.

YUSFARIZAL YUSSOFF

350126400_1226360404732710_4546142160563012055_n.jpg

349338125_1984910155190501_6000436533212863542_n.jpg

350279502_968962120810567_1723799527962149584_n.jpg

350110496_119844581096157_2495030770117682266_n.jpg

349132733_258900533340905_3220304531416817061_n.jpg

Lama senyap menda ni mek
Belum ada perkembangan terkini ya
 
Lukman Sheriff​

15hours ·

https://www.facebook.com/#
Fuuhh. Lega.

Pagi tadi ada talk dengan Prof Emeritus Shad Faruqi. Prof Shad ni tok guru undang2 perlembagaan. Bila Emcee baca CV dia, dahsyatlah. Buku yang ditulis banyak. Jadi speaker tak terkira. Jawatan yang dipegang pun banyak. Bila baca CV saya berkenaan “perlembagaan” hampir tiada. Kerdil rasanya.

Audience pula hampir semua peguam. Dari prof Shad ke Presiden Bar Council dan kebanyakan peguam, saya percaya semua sokong BSD. Saya ni selalu sahaja minoriti di bar council. Tapi saya tak bolehlah nak diam. Rasa perlu buat.

Jadi untuk talk ni saya pulun lebih sikit. Banyak kes dan article saya baca. Baca sebanyak mungkin. Sebab tu rasa begitu letih dan lepas talk tadi rasa amat lega. It’s all over. Dan Alhamdulillah dari soalan yang ditanya, ada yang menyokong. Prof pun gayanya ada acknowledge point saya walaupun view tak sama. Saya pula rasa seronok dapat luahkan banyak yang saya tulis di sini.

Minggu ini saya beri beberapa talk termasuk hujung minggu. Kecuali BSD yang lain berkenaan jenayah shariah. Di universiti ada dan untuk parti politik pun ada. Alhamdullilah nampak makin ramai faham dan ada yang bersemangat untuk melibatkan diri. FTR.

1697939441431.png

1697939468483.png
 
tn synyster, aah ye tepat, pindaaan tahun 1994 tu,
Tun M fokus nak kekang kuasa Raja

tu sebab pindaan perlembagaan 1994 dibuat i.e
pindaan perlembagaan pada Mei 1994 membenarkan mana-mana undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk menjadi undang-undang dalam masa 30 hari, tidak kira sama ada Agong telah memberikan persetujuannya.[41][42] Undang-undang baru itu lagi mengurangkan kuasa veto Agong - yang dipinda sebelumnya pada tahun 1983, yang juga mencetuskan krisis perlembagaan. Rang undang-undang yang lebih lama menyatakan bahawa Penguasa boleh menahan persetujuan pindaan yang dicadangkan dalam masa 30 hari setelah kedua-dua rumah parlimen meluluskan pindaan yang dicadangkan.[43]
-sumber wiki

ye tn synyster, ni proses biasa yg dilalui utk pinda perlembagaan yg melibatkan kedudukan islam, raja raja melayu dan hak melayu dan bumiputra
namun sebab ada pindaaan 1994 tu, jadi imuniti Raja raja melayu tu juga sah dipinda
Mungkin CMM boleh ulas part bawah sekali tu.
 
Rasanya pindaan 1994 tu x mencakupi perkara berkaitan imuniti Raja2 CMM, sbb x salah sy mmg pindaan tu menyatakan secara jelas hal2 berkaitan Raja2 (Termasuk lah imuniti), Melayu, hak Islam dll mmg memerlukan Raja2 Melayu bagi persetujuan.

Mungkin sy silap faham, tp seingat sy hujah tu juga jadi desakan Karpal Singh utk MRRM buat cabaran di mahkamah
Ini hujah sy @cek mek molek
 
tn synyster
kita kira pindaan 94 tu utk semua perkara

kiranya sah jadi undang undang walau tak dapat persetujuan Raja Melayu selepas 30 hari

namun Tun M secara praktikalnya hanya fokus pindaan 94 ni pada imuniti Raja melayu, utk kekang daripada jadi melampau dan berlebihan sehingga boleh jadi mudarat

pada pendapat saya, pada pemerintahan sekarang, MP semua akan ikut cara biasa yg mana 2/3 majoriti dan persetujuan Raja Raja Melayu
diorang akan minta pertujuan raja raja melayu juga
Ini CMM kata pindaan 94 effect utk SEMUA perkara. Cuma CMM kata MP mungkin akan minta perkenan sebagai formality.
 
Mungkin CMM boleh ulas part bawah sekali tu.
imuniti raja raja melayu tu dah pun dipinda walau tak dapat persetujuan raja dan sulatan melayu
ni menyebabkan jika raja dan sultan jika melakukan jenayah maka baginda akan dihadapkan ke mahkamah raja dan sultan
dengan pindaan ini maka raja dan sultan melayu no longer ada imuniti melayu

raja dan sultan sekarang takde mempunyai imuniti dah sekarang

namun dlm hal dibawah maka perlukan kebenaran daripada raja dan sultan melayu utk pinda perlembagaan

berikut ni yg memerlukan kebenaran dari raja dan sultan melayu

perkara 153
status agama Islam, tanah simpanan Melayu serta kedudukan istimewa orang Melayu dan juga bumiputera

Termasuk dalam senarai Hak Istimewa Orang Melayu menurut Perkara 153 adalah jawatan dalam kerajaan, peruntukan biasiswa dan bantuan ekonomi.

ada sepuluh perkara yang termaktub dalam Perkara 2 (a), Perkara 38 (4) dan Perkara 159 (5) Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-raja.

Menurut artikel 159 perlembagaan Malaysia
, undang-undang yang digubal untuk mengubah sesetengah perkara dalam perlembagaan tidak boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis raja-raja Melayu walaupun mendapat majoriti 2/3 di perlimen termasuklah :

Perkara 38 (4) :*Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja

=Perkara 152 : Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

=Perkara 153 : Hak keistimewaan orang Melayu

=Perkara 159 bahagian III : Hak kewarganegaraan Malaysia

=Pindaan Perlembagaan Perkara 161 (E) perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan dipersetujui oleh Yang dipertua Negeri Sabah dan Sarawak bagi melibatkan kepentingan Sabah dan Sarawak Contoh; bidang kuasa kerajaan negeri, kedudukan istimewa bumiputera, imegresen.

Pindaan Perlembagaan Perkara 159 (5) Perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan perkenan Majlis Raja-Raja.
Contoh: Kedaulatan raja-raja, kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa kebangsaan dan agama persekutuan
[/B]
 
Ini mmg kefahaman sy. Tp CMM ada tulis yg effect pindaan 94 yg menghapuskan imuniti tu indicate yg pindaan tu merangkumi SEMUA Fasal. Itu yg mengelirukan.
 
Back
Top
Log in Register