TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,644
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,644
- Reaction score
- 38,262
- Points
- 2,836
يوسفاريزال يوسف
·
Usai semalam wacana tentang “Basic Structure Doctrine” anjuran PEMBINA UIAM dengan kerjasama Projek Lex dan IIUM Law Society.
Alhamdulillah, dalam keterbatasan waktu, saya dan sahabat saya Lukman Sheriff sempat menghuraikan asas perkembangan BSD dan ancamannya terhadap pengasingan kuasa di Malaysia dan juga institusi kehakiman Syariah.
Memandangkan hadirin adalah dikalangan bukan sahaja peguam dan pelajar undang-undang, bahkan orang awam dan pelajar bukan undang-undang, saya berusaha untuk menyimpulkan doktrin yang agak kompleks ini dengan laras bahasa lebih mudah.
Saya mengajak hadirin memerhati pedoman dalam filem Mrs Chaterjee vs Norway (yang kini ditayangkan di Netflix), berkenaan kisah benar perjuangan seorang ibu India untuk mendapatkan kembali hak penjagaan anak kandungnya yang diambil oleh keluarga angkat atas perintah Mahkamah Norway. Atas aduan, Mahkamah Norway mengisytiharkan Mrs Chaterjee tidak layak menjaga anaknya, kerana antara lain, beliau mengamal amalan keluarga India seperti menyuap makan anaknya dengan tangan.
Ia tentang konflik mencedok prinsip kekeluargaan yang kononnya universal kepada keluarga yang punya nilai tradisi dan lokal.
Analogi saya untaikan dari kisah ini untuk BSD. BSD adalah tentang mencedok doktrin asing yang tidak termaktub secara tersirat dalam Perlembagaan Persekutuan untuk memutuskan tafsiran Perlembagaan. Ia secara tidak langsung memencilkan kuasa 222 Ahli Parlimen yang mewakili konteks lokal untuk membuat undang-undang dan meminda perlembagaan, hanya kerana ia bertentangan dengan doktrin-doktrin tertentu cedokan dari luar.
Ia satu kedudukan yang bahaya dan bakal mengakibatkan ketidakadilan sebagaimana berlaku secara analoginya kepada Mrs Chaterjee.
Perlembagaan Persekutuan perlulah ditafsir berdasarkan perlembagaan itu sendiri dan bukan berdasarkan prinsip-prinsip luar. Ia selari dengan kata-kata Almarhum Raja Azlan Shah dalam kes Loh Kooi Choon lwn Kerajaan Malaysia (1977) 2 MLJ 187:-
“The ultimate touchstone of constitutionality is the Constitution itself and not any general principle outside it”
Sesudah sesi soal jawab berimpak tinggi, hadirin nampak bersemangat untuk mengetahui lebih lanjut tentang BSD dan mengambil bahagian dalam usaha kerdil ini bagi memahamkan masyarakat.
Semoga api perjuangan ini tidak padam, dan diteruskan.
YUSFARIZAL YUSSOFF
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
Lama senyap menda ni mek
Belum ada perkembangan terkini ya