BTC USD 86,019.9 Gold USD 4,155.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Doctrine Basic Structure

Mmg sgt memgambil masa dan sgt rumit. Tambahan pula pindaan yg nk dibuat tu melibatkan perkara asas Perlembagaan mcm Artikel 4

Artikel 4 tu adakah merujuk kepada Perkara 4 Undang-Undang Utama Persekutuan

(1) Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.

(2) Kesahan mana-mana undang-undang tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—

(a) undang-undang itu mengenakan sekatan-sekatan ke atas hak yang disebut dalam Perkara 9(2) tetapi tidak berhubungan dengan perkara-perkara yang disebut dalam Perkara itu; atau
(b) undang-undang itu mengenakan mana-mana sekatan yang disebut dalam Perkara 10(2) tetapi sekatan-sekatan itu tidak disifatkan perlu atau suai manfaat oleh Parlimen bagi maksud-maksud yang disebut dalam Perkara itu.
(3) Kesahan mana-mana undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Badan perundangan mana-mana Negeri tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa undang-undang itu membuat peruntukan berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkenaan dengannya Parlimen atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, Badan Perundangan Negeri itu tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang, kecuali dalam prosiding untuk mendapatkan suatu penetapan bahawa undang-undang itu adalah tidak sah atas alasan itu atau—

(a) jika undang-undang itu telah dibuat oleh Parlimen, dalam prosiding antara Persekutuan dengan satu atau beberapa Negeri;
(b) jika undang-undang itu telah dibuat oleh Badan Perundangan sesuatu Negeri, dalam prosiding antara Persekutuan dengan Negeri itu.
(4) Prosiding untuk mendapatkan penetapan bahawa sesuatu undang-undang adalah tidak sah atas alasan yang disebut dalam Fasal (3) (iaitu prosiding yang tidak termasuk dalam perenggan (a) atau (b) Fasal itu) tidak boleh dimulakan tanpa kebenaran hakim Mahkamah Persekutuan; dan Persekutuan berhak menjadi satu pihak dalam mana-mana prosiding itu, dan begitulah juga dengan mana-mana Negeri yang akan atau mungkin menjadi satu pihak dalam prosiding yang dibawa bagi maksud yang sama di bawah perenggan (a) atau (b) Fasal itu.
 
Ya tuan, rasanya aku pun pernah komen dlm CG ni. Ikut pandangan aku dgn mengambil FC sbg neraca dan rujukan, mama2 pihak yg berhasrat hendak meminda perkara asas FC adalah ekstreme, x kisahlah pindaan tu ke arah kiri atau kanan.

Jadi mmg aku pernah ckp, DAP pun ekstreme, PAS pun ekstreme andai dua 2 pihak berhasrat nk pinda FC.

Seolah-olah sebarang pindaan pada Perlembagaan Persekutuan ni akan dinampakkan sebagai ekstrimis pula
 
Seolah-olah sebarang pindaan pada Perlembagaan Persekutuan ni akan dinampakkan sebagai ekstrimis pula
Tu pendapat aku lah tuan, sbb asalnya FC adalah sekular.

Satu pihak berhasrat nk menjadikannya Islamik, satu pihak lg ingin mempertahankan kesekularan dan menambahkan lg level kesekularan.
 
Artikel 4 tu adakah merujuk kepada Perkara 4 Undang-Undang Utama Persekutuan

(1) Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.

(2) Kesahan mana-mana undang-undang tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—

(a) undang-undang itu mengenakan sekatan-sekatan ke atas hak yang disebut dalam Perkara 9(2) tetapi tidak berhubungan dengan perkara-perkara yang disebut dalam Perkara itu; atau
(b) undang-undang itu mengenakan mana-mana sekatan yang disebut dalam Perkara 10(2) tetapi sekatan-sekatan itu tidak disifatkan perlu atau suai manfaat oleh Parlimen bagi maksud-maksud yang disebut dalam Perkara itu.
(3) Kesahan mana-mana undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Badan perundangan mana-mana Negeri tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa undang-undang itu membuat peruntukan berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkenaan dengannya Parlimen atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, Badan Perundangan Negeri itu tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang, kecuali dalam prosiding untuk mendapatkan suatu penetapan bahawa undang-undang itu adalah tidak sah atas alasan itu atau—

(a) jika undang-undang itu telah dibuat oleh Parlimen, dalam prosiding antara Persekutuan dengan satu atau beberapa Negeri;
(b) jika undang-undang itu telah dibuat oleh Badan Perundangan sesuatu Negeri, dalam prosiding antara Persekutuan dengan Negeri itu.
(4) Prosiding untuk mendapatkan penetapan bahawa sesuatu undang-undang adalah tidak sah atas alasan yang disebut dalam Fasal (3) (iaitu prosiding yang tidak termasuk dalam perenggan (a) atau (b) Fasal itu) tidak boleh dimulakan tanpa kebenaran hakim Mahkamah Persekutuan; dan Persekutuan berhak menjadi satu pihak dalam mana-mana prosiding itu, dan begitulah juga dengan mana-mana Negeri yang akan atau mungkin menjadi satu pihak dalam prosiding yang dibawa bagi maksud yang sama di bawah perenggan (a) atau (b) Fasal itu.
Ya sefaham aku yg ni tuan.
 

Lukman Sheriff​

3h ·

Jenayah syariah bakal terhapus dan luput. Dalam kes ini bukan sahaja hudud dicabar tetapi juga jenayah shariah sedia ada seperti berjudi dan minum arak. Kalau ini jatuh seluruh undang2 negeri lain pun jatuh. Bukan sahaja yg kita kejar tak dicapai yang terkendong pun tercicir.

Ramai masih tak tahu lagi bahawa kita ada dua masalah besar di mahkamah. Satu BSD dan satu lagi Iki Putra. BSD memberi kuasa kehakiman sepenuhnya ke atas mahkamah sivil. Mahkamah shariah tiada kuasa kehakiman. Keduanya Iki Putra yg kita kalah 9-0. Tak mungkin kita menang lagi apabila hakim hampir sama.

Kita ada runaway train saudaraku.

Selagi mana kita tidak berani mempertahankan hak kita, selagi itu keretapi meluru tanpa batasan. Selagi itu kita dipijak.

Kita mesti bangkit. Berapa lama kita hendak duduk diam? Kita perlu berani nyatakan kepada mahkamah bahawa kita tolak dan bantah BSD. Lepas itu kita pinda perlembagaan.

Mahkamah shariah adalah satu institusi yang beratus tahun sejarahnya. Dulu gah mempunyai bidangkuasa luas sehinggalah british datang. Itupun british akui Islamic law adalah “law of the land”. Kini mahkamah tetapkan mahkamah shariah hanya tahap tribunal bawahan tiada berbeza dari tribunal konsumer.

Sudahlah dipijak, itupun kita tak mahu bangkit lagi. Sudah tiba kita bangun saudaraku. Kita mesti berani membantah. Nyatakan bantahan anda di sini. https://chng.it/7TqW2hFwz6 . Kita mesti turun padang.

1666404668826.png

1666404678255.png

1666404687431.png
 

Lukman Sheriff​

3h ·

Tun hamid menerangkan bagaimana BSD boleh membatalkan kesalahan shariah. Sila klik https://www.utusan.com.my/.../doktrin-struktur-asas-akan.../

BSD ni membuat undang2 kita arbitari/ tidak menentu. Kita tertakluk kepada pandangan dan kecenderungan hakim. Ia tidak wujud dalam perlembagaan dan ditolak berpuluh2 tahun sebelum ini. Ia menjadikan hakim2 memainkan peranan Parlimen/ legislatif. Ini tidak betul.

Perlembagaan kita biarlah kita tentukannya.

#tolakBSD. #BantahBSD


1666404986470.png
 

Doktrin Struktur Asas akan diguna batal kesalahan syariah​

20321658-1.jpg
TUN ABDUL HAMID MOHAMAD
  • Oleh Abdul Hamid Mohamad
  • 18 Oktober 2022, 3:55 pm




Dalam rencana-rencana dan ucapan saya sebelum ini, saya menentang doktrin basic structure (Stuktur Asas) khususnya atas alasan hakim-hakim telah memberi kuasa kepada diri mereka sendiri untuk meminda Perlembagaan dengan menentukan mana-mana peruntukan Perlembagaan merupakan basic structure Perlembagaan itu dan, oleh itu, tidak boleh dipinda oleh Parlimen.

Ini melanggar peruntukan Perkara 159 yang memberi kuasa kepada Parlimen untuk meminda mana-mana peruntukan Perlembagaan asalkan prosedur yang ditetapkan oleh Perkara 159 itu dipatuhi. Perlembagaan tidak berkata ada peruntukan yang tidak boleh dipinda. Malah ia tidak boleh berkata demikian kerana Perlembagaan pun dibuat oleh Parlimen. Parlimen hari ini juga tidak boleh menghalang Parlimen masa depan membuat pindaan kepada Perlembagaan.

ADVERTISING




Tetapi, sekarang, mengikuti penghakiman Mahkamah Agung India, mahkamah kita turut berkata mahkamah/hakim boleh menghalang Parlimen membuat pindaan kepada Perlembagaan. Kesannya samalah seperti menambah satu klausa lagi kepada Perkara 159 yang mengatakan “Mahkamah boleh menentukan mana-mana peruntukan Perlembagan ini yang menjadi basic structurePerlembagaan ini. Peruntukan-peruntukan itu tidak boleh dipinda oleh Parlimen.” Anehnya ia dibuat oleh hakim-hakim.

Soalan: Dari mana hakim-hakim itu mendapat kuasa untuk berbuat demikian? Mahkamah Agung India?

Saya katakan ia tidak akan berhenti di situ. Langkah selepas itu ialah mengatakan mana-mana peruntukan Perlembagaan yang bercanggah dengan basic structure adalah tidak sah. Hujahnya ialah, jika peruntukan baru yang bercanggah dengan basic structure tidak boleh diadakan, peruntukan sedia ada yang bercanggah dengan basic structure pun tidak boleh bibiarkan beroperasi kerana kedua-duanya sama-sama bercanggah dengan basic structure dan sama-sama tak sah.

Atas asas tersebut, mereka akan menghujahkan bahawa Perkara 11 adalah sebahagian daripada basic structure, oleh itu peruntukan dalam Senarai II, Jadual Kesembilan (Senarai Negeri) yang bercanggah dengan Perkara 11 adalah tak sah dan batal.

Satu langkah lagi ialah mengatakan undang-undang yang dibuat di bawah Senarai Negeri itu, walaupun ia mengenai precepts of Islam dan hanya terpakai kepada orang Islam yang bercanggah dengan peruntukan basic structure adalah tidak sah. Hujahnya ialah Perkara 11 terpakai kepada semua bahagian Perlembagaan. Dalam kata-kata lain, Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh membuat undang-undang di bawah Senarai Negeri, tetapi, jika ia bercanggah dengan Perkara 11, undang-undang itu tidak sah dan batal.

Sebagai misalan, DUN membuat undang-undang menjadikan kesalahan bagi seorang Islam berzina, meminum minuman yang memabukkan dan tidak membayar zakat. Mereka akan berhujah Perkara 11 (Kebebasan Beragama) adalah basic structure. Ia bukan hanya menjamin kebebsan seseorang untuk menganut mana-mana agama atau tidak langsung. Ia juga menjamin seseorang untuk beramal atau tidak beramal dengan apa-apa suruhan dan larangan mana-mana agama. Dalam kata-kata lain, Perkara 11 menjamin kebebasan seseorang sama ada dia hendak berzina atau tidak, meminum minuman yang memabukkan atau tidak, membayar zakat atau tidak. Oleh itu undang-undang itu bercanggah dengan basic structure, tidak sah dan batal.

Hujah kita mengapa Perkara 11 tidak terpakai kepada kesalahan yang dibuat di bawah Senarai Negeri ialah, senarai Negeri merupakan pengecualian daripada peruntukan umum Perlembagaan. Ia membolehkan undang-undang agama dibuat terpakai kepada orang Islam sahaja dan dibicarakan oleh Mahkamah Syariah. Asalkan undang-undang itu berkenaan precepts of Islam ia sah tidak kira ia bercanggah atau tidak dengan Perkara 11. Tetapi, jika Perkara 11 merupakan basic structure dan mana-mana bahagian Perlembagaan atau undang-undang yang dibuat di bawahnya yang bercanggah dengan Perkara 11 itu tak sah dan batal, maka akan tak sah dan batallah ia. Oleh itu, undang-undang yang menjadikan kesalahan-kesalahan yang saya sebut sebagai misalan tadi itu semuanya tak sah dan batal.

Mereka akan berhujah mereka tidak mengatakan semua perenggan (i) Senarai Negeri dan undang-undang yang mewujudkan kesalahan mengenai precepts of Islam yang dibuat di bawahnya tak sah dan batal. Sebaliknya, mereka hanya mengatakan hanya undang-undang yang mewujudkan kesalahan tertentu itu yang tak sah dan batal sebab ia bercanggah dengan Perkara 11.

Saya percaya ada pihak yang sedang menunggu untuk membuat permohonan untuk mendapat perisytiharan seperti itu, ada peguam yang akan menghujahkan demikian dan ada pula hakim yang akan menerima hujah itu dan Majlis Peguam akan menyokongnya.

Walaupun sudah agak terlewat kerana Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat telah mengesahkan pemakaian doktrin itu yang diimport oleh Datuk Seri Sri Ram dari India yang mengenepikan dua penghakiman Mahkaman Persekutuan yang dipengerusikan oleh Tun Mohamed Suffian Mohamed Hashim, yang kekal sebagai undang-undang negara ini selama 33 tahun, sehingga diketepikan oleh Sri Ram hanya dengan satu obiter (kenyataan sampingan yang tidak merupakan prinsip penghakiman itu) tanpa merujuk kepada penghakiman-penghakiman Mahkamah Persekutuan sebelumnya itu.

Tidak kurang mendukacitakan, obiter itu diikuti oleh Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Zainun Ali dan sekarang, berulang kali disahkan oleh Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Tengku Maimun dan hakim-hakim pilihan yang sependapat dengannya atau mengikutinya. Suara-suara menentang di Mahkamah Persekutuan sudah tidak kedengaran lagi kerana mereka tidak duduk dalam panel-panel yang mendengar isu-isu itu.

Harapan kita ialah, mana tahu dengan terus menyatakan pendirian dan hujah-hujah kita, akan ada hakim-hakim yang akan berfikir semula dan nampak akan bahayanya doktrin itu diterima pakai di negara ini dan berani menyatakannya. Kita tidak boleh mengharapkan ahli-ahli Parlimen kerana bagi mereka kehilangan kerusi mereka adalah lebih penting daripada kuasa Parlimen dirampas oleh mahkamah.
Jika tiada siapa mempedulikan kita pun dan jika apa yang dikhuatiri akan berlaku itu berlaku, kita yakin, sejarah ada merakamkan bahawa kita telah menentangnya..-UTUSAN

TUN Abdul Hamid Mohamad ialah bekas Ketua Hakim Negara.
Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok
 
Seolah-olah sebarang pindaan pada Perlembagaan Persekutuan ni akan dinampakkan sebagai ekstrimis pula
Mcm ni tuan, ekstreme dlm hasrat meminda Perlembagaan, dlm apa jua Perkara pada aku bukanlah perkara yg buruk, asalkan dibuat mengikut prosidur standard. Diusul di Dewan Rakyat, dibahaskan, diundi, di ulang bacaan, lulus, then ke Dewan Negara, ikut prosidur yg sama, then di persembahan kepada YDPA, dan bila di luluskan maka settle lah pindaan.

Sejarah pun dah bukti kan beberapa kali berlaku pindaan yg ekstreme, dlm kes yg paling popular dlm Perkara berkaitan imuniti raja2 Melayu.

Dlm pindaan ni ianya dibuat dgn tidak menurut peraturan, yg ni pada aku salah sbb apa2 perkara berkaitan Raja2 Melayu, mesti lah mendapat persetujuan mereka untuk pindaan. Maksudnya setelah lulus di dua Dewan (Rakyat dan Negara) maka perkenan MRRM dan YDPA adalah langkah terakhir sebelum pindaan disahkan, dan ini tidak berlaku.

Kalau kita baca Hansard Parlimen krisis berkenaan, boleh dikata kan UMNO, PAS, Dan DAP bersepakat yg imuniti Raja2 ada kewajarannya dipinda, tp tiada kesepakatan dlm kaedah.

UMNO mahu pinda tanpa persetujuan YDPA/MRRM, manakala PAS dan DAP bersetuju pindaan BERSYARAT, iaitu pindaan mestilah mendapat Persetujuan Raja2 MELAYU.

Sbb tu x salah aku, dlm isu imuniti nih Mendiang Karpal Singh ada cadangkan Majlis Raja2 Melayu mencabar pindaan tu di mahkamah, utk bukti kan yg pindaan tu tidak sah.
 
Tu pendapat aku lah tuan, sbb asalnya FC adalah sekular.

Asalnya adalah sekular sebab penggubalnya adalah British kan

Satu pihak berhasrat nk menjadikannya Islamik, satu pihak lg ingin mempertahankan kesekularan dan menambahkan lg level kesekularan.

Pihak yang ingin menjadikannya lebih Islamik tu sebab asal elok je Islam dijadikan rujukan utama pengurusan negara sebelum kedatangan penjajah

Manakala pihak yang ingin kekalkan kesekularan bahkan ingin menambahkan lagi tahap sekular tu sebab mereka dah rasa mereka lebih berkuasa sekarang ni

Pengaruh liberalisasi kuat dalam diri mereka
 
Back
Top
Log in Register