BTC USD 81,159.0 Gold USD 4,378.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Doa Selepas Solat

IMG_20210805_080355_163.jpg

DOA MEMOHON DIMUDAHKAN URUSAN

اللَّهُمَّ لَا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً، وأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إذَا شِئْتَ سَهْلاً

Maksudnya: "Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Kamu kehendaki dengan kemudahan."

Jom amalkan membaca doa ini setiap hari dalam kehidupan kita. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan kita semua.

#doasenjatamukmin
 
Aamiin..... semoga Doa kita di makbulkan OlehNya...
 
IMG_20210813_093807_108.jpg

Doa di Waktu Pagi & Petang

اَللَّهُمَّ بِكَ أَصْبَحْنَا، وَبِكَ أَمْسَيْنَا، وَبِكَ نَحْيَا، وَبِكَ نَمُوتُ، وَإِلَيكَ النُّشورُ

Maksudnya: “Ya Allah, denganMu kami memasuki waktu pagi, dan denganMu kami memasuki waktu petang, denganMu kami hidup, dan denganMu kami mati, dan kepadaMu kami kembali.”

[Hadis Riwayat Abu Daud, 5068]
 
IMG_20210825_084910_572.jpg

Doa Berlindung Dari Lapar & Khianat

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الجُوعِ فَإِنَّهُ بِئْسَ الضَّجِيعُ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الِخيَانَةِ فَإِنَّهَا بِئْسَتِ البِطَانَةُ

Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu dari kelaparan kerana ia mencelakan tidur dan daku berlindung denganMu daripada khianat kerana ia seburuk-buruk kelakuan."

[HR. Abu Daud, (1547)]
 
IMG_20210829_080744_444.jpg

DOA NABI NUH A.S

Memohon ampunan untuk diri, orang tua dan seluruh umat Islam.

رَّبِّ ٱغۡفِرۡ لِى وَلِوَٰلِدَىَّ وَلِمَن دَخَلَ بَيۡتِىَ مُؤۡمِنًا وَلِلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ وَلَا تَزِدِ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا تَبَارًۢا

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman) dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!”

-Surah Nuh 71:28
 
IMG_20210903_143344_332.jpg

Doa Ditambahkan Kebaikan

اَللَّهُمَّ زِدْنَا وَلاَ تَنْقُصْنَا، وَأَكْرِمْنَا وَلاَ تُهِنَّا، وَأَعْطِنَا وَلاَ تَحْرِمْنَا، وَآثِرْنَا وَلاَ تُؤْثِرْ عَلَيْنَا، وَارْضِنَا وَارْضَ عَنَّا

Maksudnya: "Wahai Allah, Tambahkanlah buat kami dan jangan engkau kurangkan, Muliakanlah kami, jangan hinakan kami, Berilah buat kami, jangan dicegahnya, Pilihlah kami, jangan engkau biarkan, Dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami."

Hadis Riwayat Al-Tirmizi, 3173
 
Back
Top
Log in Register