BTC USD 83,491.9 Gold USD 4,196.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dividen Bank Rakyat

baru ni g BR.depa offer PL pastu dapat share rm500 katanya.tp x amik pun la
 
Keuntungan Bank Rakyat 2009 tertinggi dalam 55 tahun

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai dan zakat Bank Rakyat tahun lalu berjumlah RM1.55 bilion, meningkat 25.6 peratus atau RM316 juta berbanding 2008.

Ia adalah keuntungan tertinggi dalam sejarah 55 tahun penubuhannya.

Peningkatan keuntungan itu disumbangkan daripada pertambahan pendapatan semua sektor perniagaan perbankannya.

Keputusan itu diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebentar tadi.

Berikutan keputusan yang memberangsangkan itu, Bank Rakyat mengisytiharkan dividen 15 peratus dengan jumlah keseluruhan RM299 juta yang akan dibayar kepada ahlinya mulai Isnin depan.


sumber → http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Mutakhir/20100219103445/Article/
 
Salam

"Ia adalah keuntungan tertinggi dalam sejarah 55 tahun penubuhannya. "

Dividen cuma 15 peratus........ salah makan ke apa...bonus bagi kat pekerja sampai 14 bulan.... kat pelabur sepatutnya 100 peratus la....:-?:-?
 
Petikan BERNAMA



Wowww, jangkaan melebihi 20% bagi tahun 2009..:D:)paid

salam

sayang sungguh, jangkaan 2bz4money kurang tepat.... diharap cuba lagi di tahun 2011 utk dividen tahun 2010.

Alhamdulillah 15% hari isnin nih.....:)paid:)paid
 
Tuai Dividen Tunai BR 15% @ 22/2/2010

salam

sayang sungguh, jangkaan 2bz4money kurang tepat.... diharap cuba lagi di tahun 2011 utk dividen tahun 2010.

Alhamdulillah 15% hari isnin nih.....:)paid:)paid

ebizz, jangkaan itu berdasarkan info Bernama..tapi masih melegakan saya selepas hanya dpt 7.3% dividen ASB..yg paling menyeronokkan lagi, dividen tunai disalurkan terus ke akaun AtTawfar BR..so, by 22/2 (Isnin), saya bole withdraw terus guna ATM kad dari nesin ATM di opis saya yg baru pasang tahun ni..:)cgrock:)paid:D
 
alhamdullilah... rezeki..rezeki, kebetulan poket tengah kontang
 
best la korang sempat menyimpan...aku ni xsempat
 
salam

sayang sungguh, jangkaan 2bz4money kurang tepat.... diharap cuba lagi di tahun 2011 utk dividen tahun 2010.

Alhamdulillah 15% hari isnin nih.....:)paid:)paid

Sebenarnya BNM yang tak luluskan dividen hingga 20%.......paling tinggi diluluskan cuma 15%......Kalau sape2 yang tak dapat invest dalam BR ni boleh labor dalam Koperasi yang kukuh dan terbesar diPerlis....dividen insyallah 15 - 18% bagi closing account pada 30hb Jun 2010....kalau nak join jom PM Kak Sue k.........
 
Back
Top
Log in Register