BTC USD 77,978.6 Gold USD 4,381.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dividen Bank Rakyat

Akhirnya umum hari ni..harap dividen lagi baik dari tahun lepas.dapatlah cover apa2 yg patut.😆
 
dividen sedap..

tp tulah, acc xleh bukak beso

duk la rm500 dlm gua
 
Yahudi jugak harga dia tu, mau kena tunggu 3-4 tahun nak breakeven.

boleh la.. 😅
tetap untung dari asb..

cth asb rm15k yearly profit rm900
x10 tahun 9000 ( x usik profit add on lagi bpe k + 15k principal)
cth bank rkayat rm15k yearly profit rm1400
x10 tahun 14000 (profit kena invest tmpt lain )+ 10k principal (can sell 14k value)
 
ada orang jual saham bank rakyat..
tp mahal.. satu unit rm 1.5 - rm1.6 mcm tu

Ada ka lagi orang yang jual RM1.50 to RM1.60. Siapa2 yang terdesak rasa nak jual boleh la pm ke saya. Direct dapat ke bank account selepas berurusan di cawangan Bank Rakyat Lembah Kelang

Semua ni selepas selesai PKP kita
 
1.50 tu ok lg. sebat je

ada jual rm2
 
Bank Rakyat sukar kekal prestasi dividen

KUALA LUMPUR: Prestasi kewangan Bank Rakyat dijangka terjejas bagi tahun kewangan 2020 disebabkan penularan COVID-19 dan pemberian moratorium selama enam bulan ke atas pembayaran ansuran bulanan.


Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Rosman Mohamed, bank juga dijangka tidak dapat mengekalkan prestasi pembayaran dividennya pada tahun ini berbanding beberapa tahun sebelum ini.

Bagaimanapun, tegasnya, Bank Rakyat tetap menggandakan usaha dan menjalankan pelbagai inisiatif bagi memastikan pembayaran dividen bagi 2020 tetap kompetitif.

“Tidak dapat dinafikan prestasi kewangan kumpulan pada 2020 akan terjejas disebabkan penularan COVID-19, selain moratorium selama enam bulan yang mewakili separuh pertama kewangan.

“Namun, secara jujurnya, kami mungkin tidak akan dapat memberikan pulangan dividen sehingga 14 peratus seperti pada 2019 atau 13 peratus pada 2018. Lebih rendah, namun tetap pada kadar terbaik.

“Bank Rakyat selama ini menjalankan operasi dengan sangat baik, mencatatkan peningkatan pulangan dividen tinggi setiap tahun. Komitmen itu akan dikekalkan oleh kami,” katanya.

Beliau sebelum itu menyampaikan sumbangan pek makanan kepada petugas media NSTP di Balai Berita, semalam.

Bank Rakyat mengedarkan 1,000 pek makanan tengah hari dan malam kepada petugas media yang menjadi sebahagian petugas barisan hadapan negara menghadapi penularan COVID-19.

Ditanya kemungkinan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan lagi kadar dasar semalaman (OPR) jika keadaan ekonomi semakin buruk, Rosman berkata, ia sesuatu yang berasas.

“Kemungkinan besar (penurunan OPR) akan berlaku. Ia bagus untuk pelanggan, namun akan menjejaskan keuntungan bank.

“Kadar OPR itu bergantung kepada keadaan ekonomi semasa. Itu dasar kerajaan dan BNM. Mereka akan lihat secara keseluruhan sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.

Rosman berkata, secara keseluruhannya, pertumbuhan ekonomi dunia dijangka merosot dan Malaysia juga tidak terkecuali dalam berhadapan dengan perkara itu.

Namun, tegasnya yang penting ketika ini adalah bagaimana keadaan itu dapat dipulihkan serta lantunan kembali ekonomi di peringkat domestik dan global.

Justeru, beliau berkata semua pihak harus bersatu dan memberikan sokongan bagi memastikan ekonomi negara dapat terus kukuh dan pulih kembali.

“2020 akan menjadi tahun yang penuh dengan cabaran kerana kita berhadapan dengan situasi baharu yang selama ini tidak pernah kita hadapi.

“Kita akan melihat impaknya selepas enam bulan jika wabak ini dapat ditamatkan. Namun, momentum perniagaan untuk meningkat semula akan memakan masa.

“Tahun ini dijangka sangat mencabar dan ini akan berpanjangan kepada 2021, di mana situasi baru hendak pulih dan akan menjadikan 2021 turut akan menjadi tahun yang sukar,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register