BTC USD 84,018.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dividen Bank Rakyat

Bank Rakyat mengumumkan pembayaran dividen 13% kepada anggota bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 sebentar tadi.

Terima kasih atas sokongan anda dan memilih #BankRakyat sebagai bank pilihan.

Dari FB rasmi Bank Rakyat

ok la tu 13 %. Bila masuk dalam akaun ni.

Hehehe


ambe lak terxicited... padahal account wife :eek:
 
Bank Rakyat umum dividen 13 peratus berjumlah RM379 juta

D38ZvjyUwAEkJC1.jpg


CYBERJAYA: Bank Rakyat mengumumkan pembayaran dividen 13 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 membabitkan jumlah sebanyak RM379 juta kepada anggotanya.


Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, ketika mengumumkan perkara itu, hari ini, berkata pembayaran dividen masih tinggi walaupun trend pembayaran rendah dalam industri keseluruhannya.

Beliau berkata, pembayaran dividen kepada anggota akan mula dibuat pada 15 April ini.

“Jumlah itu diumumkan selepas perbincangan dan mendapat persetujuan dengan Kementerian Kewangan serta Bank Negara Malaysia (BNM).

“Bank Rakyat akan mengumumkan prestasi kewangan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, tidak lama lagi,” katanya pada sidang media selepas majlis pengumuman dividen Bank Rakyat bagi 2018, di sini.

Mohd Redzuan berkata, beliau gembira dengan prestasi Bank Rakyat walaupun berdepan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

“Jika mendapat dividen 10 peratus pada masa ini, sudah dikira bagus.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Bank Rakyat kerana masih dapat memberikan dividen tinggi kepada anggota,” katanya.

Tahun lalu, Bank Rakyat mengumumkan dividen 16 peratus dengan anggaran pembayaran berjumlah RM480 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, iaitu tertinggi sejak 2012.

Dividen bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 itu adalah bersandarkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.05 bilion yang dicatatkannya dalam tahun kewangan dikaji, meningkat 17.8 peratus berbanding RM1.74 bilion direkodkan pada tahun sebelumnya.

Media pada Mac tahun lalu melaporkan, keuntungan bersih bank koperasi itu bagi tahun kewangan dikaji juga mencatat peningkatan sebanyak 17.2 peratus kepada RM1.36 bilion, berbanding RM1.16 bilion sebelum itu.

Terdahulu, Mohd Redzuan melancarkan Garis Panduan Akreditasi Perusahaan Sosial (SE.A) yang menerangkan tatacara, prosedur dan syarat dalam mengemukakan permohonan bagi akreditasi perusahaan sosial serta perkara lain berkaitan.

Beliau berkata, SE.A diwujud untuk mengesahkan status sesuatu perusahaan sosial, sekali gus membantu pihak terbabit mendapat akses kepada pelbagai sokongan dan peluang lebih besar bagi mengembangkan perniagaan.

“Justeru, garis panduan ini memudahkan mereka yang terbabit dalam bidang itu untuk memohon dan mendapatkan manfaat daripada SE.A,” katanya.


https://www.bharian.com.my/bisnes/k...-umum-dividen-13-peratus-berjumlah-rm379-juta
 
Najib Razak
1 hr ·

Kadang-kala, saya juga bersimpati dengan Menteri HARAPAN Coin seorang ini.

Tiap-tiap hari dia dimaki.

Tetapi apa boleh buat?

Tanpa sebarang sebab, dia sering keluarkan kenyataan seperti ini untuk mengajak Rakyat untuk marah dengan dia.

56425614_10156008501915952_1664186577502339072_n.png

57155473_10156008502310952_2656123190207578112_n.png
 
Back
Top
Log in Register