BTC USD 82,260.2 Gold USD 4,195.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dividen ASB

Status
Not open for further replies.
sama ajer kl cimbclicks pun..
dividen asb dikira berdasarkan purata baki terendah bulanan selama setahun..
sbb itu la sy kata adalah lebih baik keluarkan pada tarikh 1hb dan masukkan pada hari yg sama supaya nilai terendah tersebut tidak terganggu..
jika keluar 30hb baki bulan tersebut dah berkurang dan mengganggu dividen anda..
jadi 1hb adalah tarikh untuk membuat sebrang pindaan dlm acc asnb..
tu untuk siapa yg nk masuk contest ipad la..

alamak sya ingatkan bank rimau jer yg wat contest tu..rupanya cimb pun ada..:o:o.
 
1/10: masuk 2k
31/10: kluar 2k
1/11: masuk semula 2k
ulang proses di atas sebelum 1 hari bulan sehingga tamat offer iPad...agak² boleh menang iPad tak...eheheheheh

boleh buat macam tu ker...takut nanti penyertaan dibatalkan...$$ asyik kluar masuk saja...
 
okey..kl cmtu dividen untuk bulan november dikira cmnie..andaian div asb 7.5%
div bulan nov : 7.5% x 4k / 12 = rm25

dan untuk bulan dec walau masuk 2hb pun xkan dapat dh div dr nilai yg dimasukkan sbb baki min adalah 0 sbb pada 1hb nilai dlm asb adalah zero.

tapi berbeza jika keluarkan pagi 4k pada 1hb dec dan masukkan semula sblm kul5 pada 1hb dec, dividen ttp dikira full untuk bulan dec..

kan ade promotion invest asb secara online boleh menang ipad..rujuk2 la laman web bank selalu..

dan jgn salah faham ttg pembahagian div dan juga bonus..
div : dikira berdasarkan baki terendah bulanan selama setahun..
bonus: dikira berdasarkan baki terendah bulanan selama sepuluh tahun ke belakang..
bermaksud siapa yg dh simpan 4k selama 10 tahun tanpa keluarkan akan dapat full div+bonus..barulah anda boleh tambahkan keduanya..:)

semoga mendapat pengmataharian

masih kabur2 ni tuan.. tlg terangkan dengan lebih lanjut mengikut situasi di bawah ye..

contoh kata dalam akaun ada 50k.. 1 November 2012 masukkan 4k, lepas tu 20 November 2012 keluarkan pulak 2k..

Then bulan 3 December 2012 masukkan lagi 4k.. lepas tu 1 January 2013 masukkan 4k lagi..

dividen dia kira macam mana tu tuan?.. boleh perincikan macam mana kiraan dividen dan kiraan bonus tu?.. kalau kita simpan keluar simpan keluar dalam tempoh 10 tahun tu, macam mana kiraan bonus dia?..

agak rumit jugak rupanya pengiraan untuk dividen asb ni yek..

btw, yg cimb punya, 1 November 2012 tadi saya ada buat online transfer dalam pukul 12.50pm.. lepas pukul 5 saya semak status masih "Pending acceptance".. maknanya deposit tu dh dikira on 1 hb atau akan dikira bila dh approved (2 hb)?
 
masih kabur2 ni tuan.. tlg terangkan dengan lebih lanjut mengikut situasi di bawah ye..

contoh kata dalam akaun ada 50k.. 1 November 2012 masukkan 4k, lepas tu 20 November 2012 keluarkan pulak 2k..

Then bulan 3 December 2012 masukkan lagi 4k.. lepas tu 1 January 2013 masukkan 4k lagi..

dividen dia kira macam mana tu tuan?.. boleh perincikan macam mana kiraan dividen dan kiraan bonus tu?.. kalau kita simpan keluar simpan keluar dalam tempoh 10 tahun tu, macam mana kiraan bonus dia?..

agak rumit jugak rupanya pengiraan untuk dividen asb ni yek..

btw, yg cimb punya, 1 November 2012 tadi saya ada buat online transfer dalam pukul 12.50pm.. lepas pukul 5 saya semak status masih "Pending acceptance".. maknanya deposit tu dh dikira on 1 hb atau akan dikira bila dh approved (2 hb)?
untuk online transfer check buku asb besok..

jgn pening2 dgn pengiraan dividen dan bonus..
basic yg anda perlu tau adalah cmna nk determine baki terendah simpanan bulanan
ok berdasarkan situasi yg diberi

nov: baki terendah adalah 52k
dec: baki terendah adalah 52k sebab 1hb&2hb jumlah simpanan adalah 52k..(paling rendah)..
jan: baki selepas pembahagian dividen adalah baki terendah bulan ini..sbb anda xdpt nk tambah duit pd 1hb sbb urusniaga masih ditutup untuk pengiraan dividen & bonus..anda tambah selepas tu pun baki min mengikut amount pada hari pendapatan masuk..

bonus lak keluar masuk ke dlm tempoh sepuluh tahun dikira berdasarkan baki terendah bulanan la..
 
Saya doakan yg terbaekk utk semua.

Siapa tambah simpanan hari ni 2hb dalam ASB ia tidak diambil kira sebagai baki terendah bulan semasa Nov 2012.

1 Disember pulak jatuh pada hari Sabtu.... so kalau RM tu memang dah ada dalam skim lain ASNB/PNB biar kat dalam skim tu je.

Kalau ada sumber luar sila tambah pelaburan ASB tu 30 Nov 2012.

2 Jan 2013 jom kemaskini buku........ yehaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
Kempen Labur Oh Labur Okt-Dis 2012

alamak sya ingatkan bank rimau jer yg wat contest tu..rupanya cimb pun ada..:o:o.

KEMPEN LABUR OH LABUR / (“Kempen”)
Terma dan Syarat
Kelayakan
1. Kempen ini bermula pada 12:00 a.m. 1 Oktober 2012 dan tamat pada 5:00 p.m. 31 Disember 2012 (“Tempoh Kempen”).

2. Kempen ini terbuka kepada semua pemegang unit tabung unit amanah yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (“ASNB”) kecuali semua kakitangan Kumpulan PNB iaitu kakitangan Permodalan Nasional Berhad , ASNB, Pelaburan Hartanah Nasional
Berhad, PNB Equity Resource Corporation Sdn. Berhad, PNB Merdeka Ventures Sdn.Berhad, Amanah Mutual Berhad, PNB Management Services Sdn. Berhad dan PNB Investment Institute Sdn Berhad.

3. Untuk layak menyertai Kempen ini, peserta mesti memenuhi syarat-syarat berikut:
(i) Peserta mestilah seorang pemegang unit Skim Amanah Saham Bumiputera (“ASB”);
(ii) Peserta telah berjaya membuat pelaburan minima RM2,000 per transaksi dalam ASB (“Pelaburan”);
(iii) Pelaburan mesti dibuat melalui portal perbankan internet ejen-ejen ASNB iaitu melalui www.maybank2u.com.my, www.CIMBClicks.com.my,www.rhb.com.my/RHBNow atau www.AffinOnline.com; dan
(iv) Pelaburan mesti dibuat dalam Tempoh Kempen. Setiap pelaburan yang berjaya akan dianggap sebagai satu (1) penyertaan.

4. Tiada had penyertaan untuk setiap peserta.

Hadiah
1. Sehingga sebanyak lima puluh lima (55) unit ‘new iPad’ akan diberikan setiap bulan iaitu secara agregat sehingga sebanyak seratus enam puluh lima (165) unit ‘new iPad’ akan diberikan sepanjang Tempoh Kempen.
2. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) unit ‘new iPad’ sepanjang Tempoh Kempen.
3. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai. ASNB berhak untuk mengganti dengan hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa dengan memberi notis empat belas (14) hari kepada pemenang melalui mana-mana kaedah komunikasi yang dipilih oleh
ASNB.
4. Pemenang-pemenang akan dimaklumkan serta dihubungi melalui mana-mana kaedah komunikasi yang sesuai yang dipilih oleh ASNB. Sekiranya pemenang gagal menghubungi ASNB menerusi telefon secara peribadi selepas 30 hari dari tarikh makluman, kemenangan akan dibatalkan dan pemenang lain akan dipilih mengikut budi
bicara mutlak ASNB.

Lain-lain Terma dan Syarat
1. Dengan menyertai Kempen ini, peserta telah bersetuju dengan Terma dan Syarat Kempen ini. Keputusan ASNB adalah muktamad dan sebarang rayuan dan/atau pertikaian tidak akan dilayan.
2. Peserta juga bersetuju bahawa melalui penyertaan mereka di dalam Kempen ini, peserta membenarkan ASNB dan ASNB berhak untuk menggunakan nama, butiran peribadi dan gambar pemenang untuk tujuan pengiklanan dan publisiti, menurut peruntukan
perundangan berkaitan, tanpa membayar sebarang kos atau pampasan.
3. Semua pemenang Kempen ini bertanggungjawab ke atas segala cukai, kadar, fi atau sebarang bayaran yang mungkin dikenakan ke atas mereka menurut undang-undang dan juga kos pemasangan (sekiranya ada), berkaitan dengan hadiah-hadiah dan Kempen ini.
4. ASNB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kerugian, samada secara langsung atau tidak langsung, yang berlaku berkaitan dengan Kempen ini. ASNB juga tidak boleh dipertanggungjawabkan jika berlaku sebarang kejadian bencana semula jadi, peperangan, rusuhan, mogok, sekatan, tindakan perindustrian, kebakaran, banjir, kemarau, ribut, kegagalan teknikal atau sistem atau sebarang kejadian yang di luar
kawalan ASNB.
5. ASNB berhak untuk meminda, memendekkan, membatal, menggantung atau menamatkan Kempen ini secara keseluruhan atau sebahagian atau untuk mengubah, memadam atau menambah mana-mana terma dan syarat pada bila-bila masa dengan memberi notis empat belas (14) hari terlebih dahulu melalui www.asnb.com.my atau mana-mana cara komunikasi yang dipilih oleh ASNB.
6. ASNB tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan atas sebarang kerugian yang ditanggung oleh peserta yang berpunca secara langsung atau tidak langsung daripada penyertaan peserta dalam Kempen ini.
7. Terma dan Syarat Kempen ini akan mengatasi mana-mana peruntukan atau kenyataan berkaitan Kempen ini yang terkandung dalam mana-mana bahan-bahan promosi samada bercetak atau elektronik.
8. Terma dan Syarat Kempen ini tertakluk pada undang-undang Malaysia.
9. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau konflik di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu bagi Terma dan Syarat Kempen ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi Bahasa Malaysia dan diterima pakai.
 
alamak sya ingatkan bank rimau jer yg wat contest tu..rupanya cimb pun ada..:o:o.

sebenarnya campaign LOL (labur oh labur) ni adalah under PNB .. boleh tengok kat website PNB.. semua agen(bank) yg ada buat on9 transfer utk asb layak utk penyertaan ni..

Sebab tu kak minah register anak akk 2 org kat MBB dan 2 orang kat CIMB.. dgn harapan winning chances lebih besar..:">:">.. tapi hampes utk august dan sept tak sangkut pon:((:((
 
sebenarnya campaign LOL (labur oh labur) ni adalah under PNB .. boleh tengok kat website PNB.. semua agen(bank) yg ada buat on9 transfer utk asb layak utk penyertaan ni..

Sebab tu kak minah register anak akk 2 org kat MBB dan 2 orang kat CIMB.. dgn harapan winning chances lebih besar..:">:">.. tapi hampes utk august dan sept tak sangkut pon:((:((

sya tak baca terms LOL tu..tulah akibat malas membaca..:D:D
jangan putus asa...otai kat atas tu dah kasi tips cara kluar masukkan $$ asb tanpa mengganggu dividen..boleh cuba lagi bulan nov-dec...sya pun akan try lepas ni...nak menang Ipad juga...:):)
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register