Kempen Labur Oh Labur Okt-Dis 2012
alamak sya ingatkan bank rimau jer yg wat contest tu..rupanya cimb pun ada..


.
KEMPEN LABUR OH LABUR / (“Kempen”)
Terma dan Syarat
Kelayakan
1. Kempen ini bermula pada 12:00 a.m. 1 Oktober 2012 dan tamat pada 5:00 p.m. 31 Disember 2012 (“Tempoh Kempen”).
2. Kempen ini terbuka kepada semua pemegang unit tabung unit amanah yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (“ASNB”) kecuali semua kakitangan Kumpulan PNB iaitu kakitangan Permodalan Nasional Berhad , ASNB, Pelaburan Hartanah Nasional
Berhad, PNB Equity Resource Corporation Sdn. Berhad, PNB Merdeka Ventures Sdn.Berhad, Amanah Mutual Berhad, PNB Management Services Sdn. Berhad dan PNB Investment Institute Sdn Berhad.
3. Untuk layak menyertai Kempen ini, peserta mesti memenuhi syarat-syarat berikut:
(i) Peserta mestilah seorang pemegang unit Skim Amanah Saham Bumiputera (“ASB”);
(ii) Peserta telah berjaya membuat pelaburan minima RM2,000 per transaksi dalam ASB (“Pelaburan”);
(iii) Pelaburan mesti dibuat melalui portal perbankan internet ejen-ejen ASNB iaitu melalui
www.maybank2u.com.my,
www.CIMBClicks.com.my,www.rhb.com.my/RHBNow atau
www.AffinOnline.com; dan
(iv) Pelaburan mesti dibuat dalam Tempoh Kempen. Setiap pelaburan yang berjaya akan dianggap sebagai satu (1) penyertaan.
4. Tiada had penyertaan untuk setiap peserta.
Hadiah
1. Sehingga sebanyak lima puluh lima (55) unit ‘new iPad’ akan diberikan setiap bulan iaitu secara agregat sehingga sebanyak seratus enam puluh lima (165) unit ‘new iPad’ akan diberikan sepanjang Tempoh Kempen.
2. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) unit ‘new iPad’ sepanjang Tempoh Kempen.
3. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai. ASNB berhak untuk mengganti dengan hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa dengan memberi notis empat belas (14) hari kepada pemenang melalui mana-mana kaedah komunikasi yang dipilih oleh
ASNB.
4. Pemenang-pemenang akan dimaklumkan serta dihubungi melalui mana-mana kaedah komunikasi yang sesuai yang dipilih oleh ASNB. Sekiranya pemenang gagal menghubungi ASNB menerusi telefon secara peribadi selepas 30 hari dari tarikh makluman, kemenangan akan dibatalkan dan pemenang lain akan dipilih mengikut budi
bicara mutlak ASNB.
Lain-lain Terma dan Syarat
1. Dengan menyertai Kempen ini, peserta telah bersetuju dengan Terma dan Syarat Kempen ini. Keputusan ASNB adalah muktamad dan sebarang rayuan dan/atau pertikaian tidak akan dilayan.
2. Peserta juga bersetuju bahawa melalui penyertaan mereka di dalam Kempen ini, peserta membenarkan ASNB dan ASNB berhak untuk menggunakan nama, butiran peribadi dan gambar pemenang untuk tujuan pengiklanan dan publisiti, menurut peruntukan
perundangan berkaitan, tanpa membayar sebarang kos atau pampasan.
3. Semua pemenang Kempen ini bertanggungjawab ke atas segala cukai, kadar, fi atau sebarang bayaran yang mungkin dikenakan ke atas mereka menurut undang-undang dan juga kos pemasangan (sekiranya ada), berkaitan dengan hadiah-hadiah dan Kempen ini.
4. ASNB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kerugian, samada secara langsung atau tidak langsung, yang berlaku berkaitan dengan Kempen ini. ASNB juga tidak boleh dipertanggungjawabkan jika berlaku sebarang kejadian bencana semula jadi, peperangan, rusuhan, mogok, sekatan, tindakan perindustrian, kebakaran, banjir, kemarau, ribut, kegagalan teknikal atau sistem atau sebarang kejadian yang di luar
kawalan ASNB.
5. ASNB berhak untuk meminda, memendekkan, membatal, menggantung atau menamatkan Kempen ini secara keseluruhan atau sebahagian atau untuk mengubah, memadam atau menambah mana-mana terma dan syarat pada bila-bila masa dengan memberi notis empat belas (14) hari terlebih dahulu melalui
www.asnb.com.my atau mana-mana cara komunikasi yang dipilih oleh ASNB.
6. ASNB tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan atas sebarang kerugian yang ditanggung oleh peserta yang berpunca secara langsung atau tidak langsung daripada penyertaan peserta dalam Kempen ini.
7. Terma dan Syarat Kempen ini akan mengatasi mana-mana peruntukan atau kenyataan berkaitan Kempen ini yang terkandung dalam mana-mana bahan-bahan promosi samada bercetak atau elektronik.
8. Terma dan Syarat Kempen ini tertakluk pada undang-undang Malaysia.
9. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau konflik di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu bagi Terma dan Syarat Kempen ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi Bahasa Malaysia dan diterima pakai.