Dividen ASB

CG Sponsors

Status
Not open for further replies.

c3kgo

Active Member
Joined
Sep 17, 2008
Messages
1,007
Reaction score
1
Points
25
dapat....bahagi dengan 12 bulan...amik kira dari bulan 7-12 = 5 bulan...kali kan..

* pengiraan berdasarkan baki terendah setiap bulan..
apa yang nak dibahagi dgn 12? konpius
 
Sponsored Post

ayip

Active Member
Joined
May 6, 2009
Messages
2,294
Reaction score
371
Points
41
apa yang nak dibahagi dgn 12? konpius
30K * 7.3% /12 =182.5 sebulan

antara bulan 7-12 = 5 bulan

182.5 * 5 bulan =....

*estimate kawan..

next
 
c3kgo

Active Member
Joined
Sep 17, 2008
Messages
1,007
Reaction score
1
Points
25
owh...ok2...tq...lemah ckit math
 
Jakethitam

Banned
Joined
Sep 9, 2008
Messages
641
Reaction score
2
Points
15
TAHNIAH leerr bagi mereka yang talahpun menceburi dan mempraktikkan ilmu ODASB...memang besttt..macam jakethitam jugakk..masyukkkk..kui3
 
shazeti

Fun Poster
Joined
Dec 3, 2007
Messages
126
Reaction score
0
Points
10
biar betul bro. 30%++ NAV ASB dilabur of PNB dalam Maybank sebuah bank convensional.

i tak le reti sesangat pasal hukum ni tapi kalau source haram, income pun haram la. kalau dah haram boleh bayar zakat ka?
http://uruswang.blogspot.com/search...-max=2007-01-01T00:00:00-08:00&max-results=19

harap article ni dapat menjawab soalan saudara.

kalau kita tgk kat prospectus ASB mmg 30% pelaburan pergi ke konvensional bank, iaitu MAYBANK..so, apabila pelaburan ke tempat yg tidak syariah, maka dividennya pastilah haram dan tidak boleh dizakatkan dividen tersebut...

byk lagi instrument kewangan Islam yg boleh kita gunakan untuk menyimpan duit kita,
cth: Tabung haji dan Islamic Unit Trust yg mematuhi prinsip2 Syariah..dan pulangannya lebih tinggi dan lebih bersih dari ASB...
Wallahualam..
 
cdan

Active+ Member
Joined
Aug 8, 2006
Messages
4,382
Reaction score
367
Points
41
4hb Januari 2010 (ISNIN) - HARI MENUAI ASB..

* 1993: Dividend=9.00, Bonus=4.50* Total=13.5
* 1994: Dividend=9.00, Bonus=4.50* Total=13.50
* 1995: Dividend=10.0, Bonus=3.00*Total=13.00
* 1996: Dividend=10.25, Bonus=3.00*Total=13.25
* 1997: Dividend=10.25, Bonus=1.25*Total=11.50
* 1998: Dividend=8.00, Bonus=2.50*Total=10.50
* 1999: Dividend=10.5, Bonus=1.50*Total=12.00
* 2000: Dividend=9.75, Bonus=2.00*Total=11.75
* 2001: Dividend=7.00, Bonus=3.00*Total=10.00
* 2002: Dividend=7.00, Bonus=2.00**Total=9.00
* 2003: Dividend=7.25, Bonus=2.00**Total=9.25
* 2004: Dividend=7.25, Bonus=2.00**Total=9.25
* 2005: Dividend=7.25, Bonus=1.75**Total=9.00
* 2006: Dividend=7.30, Bonus=1.25**Total=8.55
* 2007: Dividend=8.00, Bonus=1.00**Total=9.00
* 2008: Dividend=7.00, Bonus=1.75**Total=8.75
* 2009: Dividend=7.30, Bonus=1.25**Total=8.55
wah.... suma gumbira ia dapat dividen 7.30% + 1.25% bonus...
kalau dapat 11.00% + 1.25% macam mana pula ia....:-?:-?:-?
 
cdan

Active+ Member
Joined
Aug 8, 2006
Messages
4,382
Reaction score
367
Points
41
Setuju bebenor dgn nazvm33..Mmg PNB main adjust2..kalu tak, mau diberinya 11%..:D

Ni petikan drpd Mstar Online hari ni..
suma dah terlalu gumbira... hingga terlepas pandang tu bro...
yang baki 3.7% tu kemana pula perginya???:-?:-?:-?

dicilok dari Utusan Malaysia Online
KUALA LUMPUR 14 Dis. - Seramai 6.78 juta pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) bakal mendapat agihan pendapatan sebanyak 7.30 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi tahun kewangan 31 Disember 2009.

Jumlah agihan pendapatan itu meningkat daripada 7.00 sen seunit pada tahun lalu.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, peruntukan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM4.95 bilion, peningkatan sebanyak 19.56 peratus berbanding RM4.14 bilion pada tahun sebelumnya.

Peruntukan bagi pembayaran bonus pula melibatkan sejumlah RM537.65 juta oleh PNB.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pengumuman prestasi ASB di sini, hari ini.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, jumlah agihan pendapatan itu adalah kompetitif meskipun ia mampu membuat agihan sebanyak 11 peratus.

Jelas berkata, pelabur tidak boleh membandingkan secara kolektif jumlah agihan pendapatan dan bonus tahun lalu masing-masing sebanyak 7.00 dan 1.75 sen seunit, sebaliknya perlu melihat prestasi dana ASB sendiri.

Mengulas lanjut, Hamad Kama Piah menjelaskan, dalam situasi semasa adalah tidak adil sekiranya para pelabur mengharapkan jumlah agihan yang tinggi.

"Biarpun ramai yang tidak suka cara saya membuat perbandingan, tetapi hakikatnya pulangan yang kita berikan adalah lebih baik daripada simpanan.

"Saya membuat perbandingan sedemikian kerana seperti yang saya katakan sebelum ini, para pelabur boleh mengeluarkan pelaburan mereka pada bila-bila masa, sama seperti bank.

"PNB memberi agihan 7.30 sen seunit sedangkan kalau kita menyimpan hanya memperoleh 1.7 atau 1.8 peratus sahaja, beza lebih lima peratus," ujarnya.

Ditanya mengapa perlunya PNB menyimpan rizab bagi dana-dananya, Hamad Kama Piah menjelaskan: "Ia adalah pendekatan PNB untuk membolehkan kita menambah pelaburan bagi memperoleh pulangan lebih baik pada masa akan datang".

Ahmad Sarji menambah, sehingga 10 Disember lalu, ASB telah memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM5.46 bilion, naik 3.4 peratus berbanding RM5.28 bilion pada 2008.

Syarikat-syarikat pelaburan menyumbang sebanyak RM1.48 bilion atau 27 peratus daripada jumlah pendapatan kasar manakala keuntungan daripada penjualan saham menyumbang sebanyak RM3.67 bilion.

Pendapatan selebihnya yang berjumlah RM309 juta diperoleh melalui pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan pelaburan lain.

Ahmad Sarji berkata, pengiraan pengagihan pendapatan itu adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASB yang berakhir pada 31 Disember 2009.

Sementara pengiraan bonus pula dibuat berdasarkan kepada purata baki pegangan minimum bulanan yang dimiliki pelabur dalam tempoh 10 tahun bermula 2000 hingga 2009.

Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang saham dan urusan mengemas kini mulai 4 Januari 2010.

Semua urus niaga bagi ASB di Ibu Pejabat Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) dan ejen-ejen di seluruh negara akan ditangguhkan bermula 21 Disember ini hingga 3 Januari 2010 bagi tujuan pengiraan pengagihan.

mampu membuat agihan 11%, tetapi dibuat 7.3% sahaja... huhu..:(

sudah tentu pelabur mengharapkan pulangan yang tinggi keatas pelaburan yang dibuat... mengapa pula jadi tidak adil...:-?

ngape pula ASB dibandingkan dengan bank... ada ura2 nak tukar ASB kepada Bank Saham Bumiputra ke???:-?

baki 3.7% tu dibawa ketahun hadapan rupanya... jika si A (bukan nama sebenar) sudah bukan lagi seorang pelabur ditahun hadapan, bagaimana???... kemana baki 3.7% + keuntungan tu ditujukan??? atau........ [email protected]#n....
 
c3kgo

Active Member
Joined
Sep 17, 2008
Messages
1,007
Reaction score
1
Points
25
OD tu apa maksudnya ek? ada tak mana2 tmpt yg terangkan dgn jelas tntg od
 
ahbond

Active+ Member
Joined
Dec 20, 2005
Messages
4,366
Reaction score
66
Points
30

Info yang menusuk kalbu....pahit ditelan tetapi tetap bersyukur.
:)cgrock
 
Status
Not open for further replies.
Sponsored Post
Top
Log in Register